Thursday, March 24, 2011
donut labu
resepi: dari jintanmanis - resepi asal menggunakan kentang
Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
80 gram labu yang telah direbus dan lecek
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam - bergantung kepada tekstur adunan
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Jika mengguna BM, tekan ON dan tunggu siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yang telah ditabur tepung dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waaa..nampak gebu betul yer.... kena buat gak ni..
ReplyDeletemmg gebu dan lembut.. boleh cuba.
ReplyDeletelaku tul donut hang. habis anak2 ku rembat. suka tul hang masak.
ReplyDeletebudak mana yg tak suka donut? mak budak pun suka hehehe shikin bagi labu. pagi tadi buat apam lak..
ReplyDelete