Thursday, March 24, 2011

donut labu





resepi: dari jintanmanis - resepi asal menggunakan kentang

Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
80 gram  labu yang telah direbus dan lecek
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam - bergantung kepada tekstur adunan
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)


Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Jika mengguna BM, tekan ON dan tunggu siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yang telah ditabur tepung dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.






4 comments:

  1. waaa..nampak gebu betul yer.... kena buat gak ni..

    ReplyDelete
  2. mmg gebu dan lembut.. boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. laku tul donut hang. habis anak2 ku rembat. suka tul hang masak.

    ReplyDelete
  4. budak mana yg tak suka donut? mak budak pun suka hehehe shikin bagi labu. pagi tadi buat apam lak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...