Friday, April 29, 2011

currently reading


teman sebelum tidur ketika ini ..... :-)

Publisher: Telaga Biru
RRP: RM23.00



Thursday, April 28, 2011

puding jagung



jumpa ni kat Giant. brand baru ke? harga lebih murah dari tin. ada juga pes tomato dan kacang merah

resepi dari F&N

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
1. Satukan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air di dalam periuk. Kacau sehingga sebati sehingga tepung kastad larut dan tidak berketul.
2. Letakkan periuk di atas dapur (api yang sederhana). Sentiasa dikacau sehingga pekat, berkilat dan sebati.
3. Padamkan api dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum di potong.





Wednesday, April 27, 2011

easy meat lasagna



made this last sunday for tea cum dinner. budak-budak still lapar, singgah Jusco pekena Hot&Roll

recipe as printed on the back of lasagna box :-)

Ingredients
250g San Remo instant lasagna ( even though it says No Pre-Cooking Required, you will have to boil it to al dante)
2 tbsp oil (I used olive oil)
1 onion, finely chopped
1 carrot, finely chooped
1 clove garlic, crushed
500g minced beef
5 tbsp tomato paste
2 x 400g canned tomatoes
2 cups chicken stock
salt and pepper to taste
pinch of nutmeg
2 tbsp butter
2 tbsp plain flour
2 cups milk
125 mozzarella/cheddar cheese

Method
Meat sauce
Heat oil in a saucepan. Add onion, carrot and garlic, cook until soft. Add minced beef, cook until brown. Stir in tomato paste, canned tomatoes and chicken stock. Season with salt, pepper and nutmeg. Cover and cook gently 20mins.

Cheese sauce
Melt butter in a separate saucepan, stir in flour and cook for 2 minutes over gentle heat. Remove from heat, stir milk. Return to heat, stir until thick and smooth. Season with salt, pepper and add mozzarella or cheddar cheese, stirring over low heat until cheese melts.

Assembly
Preheat oven to 180C. Pour 1/2 cup of the meat sauce into a lightly greased baking dish. Alternate layers of lasagna, meat and cheese sauces, ending with cheese sauce layer (allow 4 layers). Sprinkle with grated parmesan/mozarella cheese, bake in oven for 35 - 40 minutes or until cooked through (test if cooked by pricking with a fork). Let stand 5 minutes before serving.





Tuesday, April 26, 2011

pandan and golden raisin roll



resepi asal adalah roti paun tapi telah diolah. di tambah perisa pandan dan golden raisin (kismis kuning). buat minum petang Sabtu lepas .... cicah Neslo :-)

resepi dari nekma

Bahan-bahan
1 sk yis (kalau nak cepat naik letak 2- 21/2 sudu kecil)
1 cwn air suam
½ cwn gula
½ cwn marjerin/mentega
½ cwn tepung gandum + di tambah sikit-sikit
sedikit minyak untuk dilenserkan diatas roti (I used margerine)

Bahan yang ditambah
pandan paste
golden raisin

Cara-cara
1. Air suam dicampurkan bersama yis dan biarkan seketika hingga larut.
2. Sediakan bekas besarmasukkan lebih kurang ½ cawan tepung gandum kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yang bercampur yis tadi kedalam bekas yang berisi tepunggandum.
3. Masukkan pula gula dan kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/mentega kedalamnya kacau sampai sebati.
4. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum dan di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlalu banyak tepung takut jadi keras. Cuma agak-agak boleh diuli dengan tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sehingga menjadi doh yg lembut. Masukkan sedikit pes panda dan juga raisin
5. Rehatkan doh sehingga ½ - 45 minit. Kemudian boleh dibentukkan dan di susun ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin.
6. Dibiarkan naik sehingga dua kali ganda lepas itu dilenserkan minyak/marjerin ke atas roti yang dah kembang kemudian dibakar dengan kepanasan 180C selama 10-15minit dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.




Saturday, April 23, 2011

ini cerita lama

pada tarikh ni 23 April tahun 2002 kami  empat beranak mendarat di bumi  minyak  Negara  Brunei Darussalam. masa tu  alia@3 tahun dan  aimi@45 hari. yup! baru lepas pantang.


apa kami buat kat sana? suami dapat pelung kerja dari BSP. kontrak selama 2 tahun. ala .... sat saja dua tahun. sedaq-sedaq dah tiga kali sambung kontrak!

Brunei sebuah negara yang menarik. pasai apa ... sebab tiada cukai, pendidikan dan kesihatan percuma dan minyak petrol ... oh minyak boleh dikatakan lebih murah dari air!! setiap kali Ramadhan dapat kurma percuma kurniaan dari Sultan.

orang selalu tanya syok ka dok Brunei? kalau tak syok, tak la aku dok lama kat situ. negara yang sunyi sepi dan aman damai.  paling syok $$$. duit dia plastik macam duit Australia. matawang Brunei ikut nilai matawang Singapura. kat Brunei memang boleh berurusniaga dengan Sing Dollar. Janji duit tu tak ada cacat cela.

image google



di Brunei kami tinggal di Seria. kalau tengok map Brunei Seria, dekat dengan Miri. bila nak shopping dan lepas-lepas gian pekena fast food kami pi Miri. murah sikit la dari Brunei. soalan: pernah jumpa mamasya? tak pernah sebab mamasya di Bandar Sri Begawan (BSB). jauh tau! highway di Brunei bukan macam kat Malaysia. tak dak R&R okey! toll memang tak dak la ...

tahun 2003 pernah drive dari Seria ke Kota Kinabalu 9jam kau!! cop pasport sampai nak habih muka surat jugak lah hahaha. kalau perati betul-betul map Brunei untuk ke Sabah kita akan keluar Brunei masuk Sarawak, keluar Sarawak masuk Brunei, keluar Brunei masuk Sarawak dan keluar Sarawak masuk Sabah!!

image: http://www.lonelyplanet.com/maps/asia/brunei/



 kalau ke Seria boleh tengok nodding donkey . memang banyak benda ni. boleh baca fungsi dia wikipedia.


ahli yang kelima ni memang produksi dan pengeluaran sepenuhnya di Brunei. gambar semasa berusia sehari. dilahirkan pada 10/10/2005 di JPMC, satu-satunya hospital swasta ni Brunei. adat duduk di Brunei ni sebabkan terlalu senang stress free sampai boring tak tau apa benda nak buat. maka ramai la yang subur hehehe


setelah lost count brapa kali sambut birthday dan sambut raya di Brunei keputusan telah diumumkan dan  muktamad. every good things will come to an end. maka pada 23 Nov 2009 (kami datang ber4) balik ber5


hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tak pa kita kutip emas banyak-banyak kat tempat orang bawak balik tempat kita :-)

Alhamdulillah ... terima kasih Brunei Darussalam





Friday, April 22, 2011

sambal udang limau purut


Bahan-bahan
250g udang
1 helai daun limau purut - dihiris halus
segenggam cili kering* - rendam air panas sehingga lembut
beberapa ulas bawang merah* - kisar bersama
sos tomato
serai - dihiris serong
bawang besar -dihiris
tomato - potong baji
garam dan gula

Cara-cara
1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan serai.
2. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila tumisan sambal sudah timbul minyak masukkan udang dan daun limau purut.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato. Kacau sebati dengan sambal dan tutup api.


hat ni pulak gulai ikan tenggiri santanless :-)





Thursday, April 21, 2011

kejadian itu dan ini


kejadian ahad lepas. cermin kereta pecah terkena batu yang terpelanting ketika kontraktor DBKL mesin rumput. RM170 melayang ..... kontraktor kata bagi resit nanti boleh claim dari bos.boleh harap ke ni?
 


pagi ni dapat free sup segera  dari Campbell. yeah! esok breakfast sup!





Wednesday, April 20, 2011

super moist eggless chocolate cake



ramai yang dah cuba kek ni. tangan pun dah ketaq gatai nak baking! resepi pula eggless. hah! maka terjadi lah ni siap topping lagi . dapat satu kek yang comel, cukup untuk lepas gian..... 


resepi dari dayangjack

Bahan-bahan
1 cwn/cup tepung gandum / plain flour
1 sk/tsp baking powder
1/2 sk/tsp soda bikarbonat
1/2 cwn/cup serbuk koko / cocoa powder
2 sb/tbsp susu tepung / milk powder
1 1/4 cwn/cup air sejuk (dari peti ais) / cold water
1 cwn/cup gula perang / brown sugar
1 sk/tsp esen vanilla
1/2 sk/tsp coffee/chocolate emulco
secubit garam/ a pinch of salt
1/2 cwn/cup minyak masak sayuran/jagung/ vege oil
1 sk/tsp cuka atau jus lemon/ vinegar or lemon juice

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali masukkan cuka/jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Topping: panaskan whipping cream bersama coklat masakan dan sedikit gula halus sehingga semua cair dan larut. kacau sebati dan sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek. tabur dengan chocolate rice.




Tuesday, April 19, 2011

kerabu kacang botol dan telur puyuh



kerabu ni terjadi secara tidak sengaja. dah rebuih teluq puyuh lepas tu tak tau nak masak apa. maka terjadi lah kerabu ni di gaul pulak dengan sambal belacan 'belen'dari stok seminggu. memang selalu buat stok sambal belacan untuk stok seminggu. simpan dalam peti ais. bila nak makan nasi saja cedok. tak larat nak tumbuk/blend setiap kali nak makan...

Bahan-bahan
telur puyuh  - direbus dan kupas
kacan botol - hiris nipis
bunga kantan - hiris
bawang merah - hiris
cili merah/padi - hiris
kerisik - paket kecil
udang kering - rendam, tos, sangai dan tumbuk kasar
sambal belacan

limau
garam
gula

Cara-cara
Gaul sebati semua bahan. Masukkan garam, gula dan perah limau secukup rasa.




Monday, April 18, 2011

coklat chip cookies



 resepi dari bridget@Oman

Bahan-bahan
280g + 3 sb tepung biasa
garam
3/4 sk soda bikarbonat
220g mentega tanpa garam
180g gula
146g gula perang
2 biji telur (size besar)
1 sk esen vanilla
280g coklat susu (di hiris nipis2 dan kecik2 sikit)

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat.
2. Pukul mentega selama 1 minit, masukkan gula dan pukul lagi sehingga ringan dan kembang lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung dan coklat. Gaulkan dengan senduk kayu.
5. Sudukan lebih kurang 1 sudu teh adunan ke atas loyang yang telah di lengser dan jarak-jarak. Biskut akan mengembang semasa proses membaka. Bakar pada suhu 160C lebih kurang 11minit.





Saturday, April 16, 2011

homemade sale

tiramisu untuk Ina


carrot cake untuk Shikin

thank you neighbors!





Thursday, April 14, 2011

red ruby



Thai dessert: Tub-tim grob means crunchy ruby

Ingredients
water chesnuts/sengkuang cina
tapioca flour/tepung ubi kayu
red food coloring/pewarna merah
coconut milk/santan

Syrup - sirap gula
4 cups of water/air
230 gm sugar/gula
pandan leaves (cut into strips)

jackfruit slices/hirisan buah nangka (optional)


Method
1. Prepare the syrup first. Bring those ingredient of syrup to boil until smell of pandan leaves fragrant off the fire let it to cool down.( adjust sweetness to preference)
2. Wash water chestnut and remove skin. Dice water chestnut into cubes.
3. Add red colouring to the chestnut coating evenly (if too dry, add a little water)











4. Toss coloured water chestnut in tapioca flour.











5. Scoop the chestnuts into a strainer to get rid of the excess flour and put onto a dry plate and spray some water on it, and toss in tapioca flour again.











6. Repeat step 4 and 5 till you get the right size of ruby you want.
7.  Boil a pot of water. When boiling, dump the coated rubies in. The cooked rubies will float and show their beautiful color.











8. Scoop them up in a strainer and dump them in ice water.












9. Add 500gm of coconut milk to the cold syrup. Then add in the drained red ruby. Serve with crushed ice and sliced jackfruit.





Wednesday, April 13, 2011

puding susu laici

 

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin laici dalam sirap
2 cwn air
1 paket serbuk agar-agar
6 sb gula
1 st esen vanilla

Cara-cara
1. Asingkan buah laici dari sirap dan ketepikan. Buah laici boleh di siat-siat kecil atau biarkan sebiji-biji.
2. Satukan serbuk agar-agar, gula, susu cair, air dan sirap buah laici  di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
4. Letakkan seulas buah laicin ke dalam acuan kecil-kecil.
5. Tuang adunan agar-agar ke dalam acuan dan sejuak selama 10minit sebelum disimpan dalam peti sejuk.


Untuk menyerikan puding bolehlah dicelupkan sedikit sahaja buah laici ke dalam pewarna merah sebelum dimasukkan ke dalam acuan.





Tuesday, April 12, 2011

blueberry muffin



 resepi dari matgebu

Bahan-bahan ( hasilkan lebih kurang 24 biji )
170 g mentega
160 g gula kastor/gula perang
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum
20 g baking powder
160 ml susu segar/cair
1 st esen vanilla
blueberry filling secukupnya
badam keping untuk hiasan
muffin cup secukupnya (+- 24 biji)

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
5. Keluarkan dan sejukkan.





Monday, April 11, 2011

cinnamon roll

I skipped the frosting :-)


resepi dari yani

Bahan-bahan ( 10 biji )
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml susu segar/air (suhu badan)
8g yis kering/segera
1 sk garam

Bahan filling 
2-3 sk serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)*
60g gula perang*
20g mentega-suhu bilik* bahan* disatukan dan sebatikan
cip coklat atau kismis (tambah)

Topping (tak buat, malas... :-) ..)
50g krim keju - suhu bilik
20g mentega - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara
1. Gaulkan mentega dengan tepung sehingga jadi seperti serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Tutup dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Ambik satu bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. sapukan campuran mentega dan serbuk kulit kayu manis dan tabur coklat cip atau kismis jika suka.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil (lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup atau susun di dalam loyang yang telah di lenser dengan sedikit mentega. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
8. Penyediaan aising - Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
9. Bila roti dan masak (ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yang banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...