Friday, October 26, 2012

walnut carrot cake



untuk kawan-kawan yang datang beraya di muscat dari dubai dan doha ...


resepi dari rahel

Bahan-bahan ( acuan 8x8" )
1 1/4 cwn gula perang
3/4 cwn minyak bunga matahari
3 biji telur
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 1/2 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 st serbuk kayu manis*
1 st esen vanilla
2 cwn lobak merah yang telah disagat halus
1/2 cwn kacang walnut yang telah dicincang

Cara-cara
1. Griskan acuan dengan mentega dan alas dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 170C.
2. Ayak bersama bahan-bahan bertanda*.
3. Masukkan gula dan minyak dalam mangkuk dan kacau sedikit hingga rata.
4. Masukkan telur dan pukul hingga berkrim selama 3 minit guna whisk. Tambahkan esen vanilla dankacau rata.
5. Kemudian masukkan tepung, kacau rata. Masukkan lobak merah, walnut dan gaul sebentar sehingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Tuesday, October 23, 2012

pasar ikan mutrah


beginilah suasana di pasar ikan di mutrah. semua penjual adalah lelaki dan pembeli juga majoriti lelaki.  gambar atas kanan ialah bahagian untuk siang ikan. berbayar la ... lagi banyak ikan nak siang lagi banyak la kena bayaq. kadang malas nak datang sini sebab kalau beli kat supermarket siang ikan free ja ...

yang musykil sampai la ni. pak2 arab ni pi market pakai dishdasha (jubah lelaki) yang kebiasaannya warna putih. tak kotoq pulak tu ...


Monday, October 22, 2012

tom yam thai


tak dan nak garnish apa-apa dah sebab husband nak sampai anytime untuk lunch. teringin nak makan tomyam walaupun baru last weekend dinner tomyam kat luar. bahan tak cukup sebenaqnya. lengkuas tak dak, daun limau purut dah habih. tak kira nak masak jugak tomyam. guna saja apa yang ada.


resepi dari intanimalina

Bahan-bahan
2 batang serai - ketuk
1 inci lengkuas - hiris
5-8 helai daun limau purut
2 sb pes cili thai 
1 kiub tom yam
10 biji cili padi - ketuk
3 senduk air limau purut
daun bawang - ganti daun ketumbar
1/2 cwn susu cair
garam - secukup rasa - ganti sos nampla
air (setengah periuk)
3 biji tomato
cendawan
lobak merah - tambah
kobis bunga - tambah
ayam
udang
sotong

Cara-cara
1. Rebus serai, daun limau purut dan lengkuas sehingga air mengelegak.
2. Masukkan pes cili thai dan kiub tom yam dan kacau sebati.
3. Masukkan bahan mentah dan garam/nampla.
4. Masukkan cili padi, cendawan, air limau purut, daun bawang dan susu cair.
5. Biar menggelegak seketika, baru lah di masukkan tomato.

double chocolate muffins




recipe from paty'skitchen

Ingredients (makes 12)
200 g plain flour
100 g caster sugar 
50 g cocoa powder 
1tsp cinnamon
2tsp baking powder 
125 g dark chocolate, chopped 
2 eggs
100ml vegetable oil 
250ml milk

Method
1. Preheat oven to 200C.
2. In a large bowl mix the flour, sugar, cocoa powder, cinnamon, baking powder and dark chocolate.
3. In a separate bowl whisk the eggs.
4. Add the oil and stir well until combined.
5. Add the milk and mix in again.
6. Now pour the wet ingredients into the dry with a fork or wooden spoon until just combined. You do not want to overwork it.
7. Divide the dough between a 12 hole muffin tray, lined with paper muffin cases and bake for 20 minutes.


Sunday, October 21, 2012

swiss roll vanilla


percubaan pertama buat kek roll. bahan dan cara pukul memang senang. yang susahnya proses nak gulung. tengok la kulit dia tak cantik. mengelupas :-(

so next time kena buat satu loyang saja supaya tebal sikit. ni dah jadi mini roll. teringat kek roll yang dijual di brunei masa raya.

satu di sapu butter cream belen dari birthday day kek adam. satu lagi sapu jem aprikot. gambar kanan bawah tu setelah sehari dalam peti sejuk. cantik melekat dia.

resepi dari kek roll coklat maklang tapi mala buat vanilla saja sebab nak habiskan butter cream hijau.


resepi maklangazie via hasue

Bahan-bahan
A
3 biji telur gred A/B
4 sb/60 gm gula kaster
1/2 st serbuk penaik
1/2 st esen vanilla
1/2 sb ovallate
5 sb tepung gandum (untuk versi coklat lihat nota di bawah)
1/2 sb susu tepung

B
60g mentega (dicairkan dan disejukkan)

Nota: versi coklat
3 sb tepung gandum
2 sb serbuk koko


Cara-cara
1. Satukan semua bahanA dalam mixing bowl, putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
2. Keluarkan 1-2 sb adunan ini dan campurkan sedikit pes pandan dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
3. Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang di ingini.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
6. Sapukan permukaan kek dengan krim mentega secara lemah lembut.
7. Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper.
8. Balut kek yang siap di gulung dengan baking paper dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum di potong dan di hidang.



Saturday, October 20, 2012

oman oasis


trak yang di tunggu-tunggu setiap sabtu. lori air ... hehehe tinggal ja botol kosong kat depan pintu dengan kupon. nanti pekerja dia ambik yang kosong dan bagi botol baru yang berisi. kat sini semua kena minum air botol ni sebab air paip di ambil dari laut. masa kat rumah transit dulu air paip siap rasa masin!

Wednesday, October 17, 2012

al jabal al akhdar



al jabal al akhdar bermaksud green mountain - gunung hijau

weekend lepas kami berkonvoi 3 buah keluarga pi camping kat atas gunung. sepatutnya 4 tapi last minute kawan sorang ni bos turun dari dubai kena paksa rela buat kerja di hujung minggu. frust menonggeng! kambing dah marinade!

best sangat ...sejuk!! malam suhu jatuh 18C bila sampai subuh jatuh lagi ke 10C - 13C. beku tangan masa ambik wudhu. pengalaman pertama camping dengan anak-anak. alhamdulillah depa enjoy.

untuk naik ke gunung ni hanya kenderaan 4WD sahaja di benarkan dengan 6 orang penumpang maksimum. jalan naik ke atas gunung bertar elok. dan selekoh tak tajam. naik cameron highland, batu feringghi lagi gerun!

kita tengok gambar saja lah na. nak cerita pun banyak sangat.


la ni tengah musim buah delima. depa jual 10biji 5riyal. manis sangat dan besaq-besaq. kat ataih gunung ni memang senang la nak nampak kambing dan kaldai. sangat jinak. ni yang orang kampung kat atas gunung bela.


sekitar kawasan campsite siap dengan gazebo, playground dan kemudahan tandas.


sebelah malam kami berbbq. sebelum pergi memang dah rancang setiap family bawa makanan apa dan pastikan berlainan. malam tu ada sate, kepak ayam, udang, salmon garlic bread, mushroom soup dan kentang. untuk sarapan sekadar roti, sambal ikan bilis, scramble eggs dan baked beans. snack masa siang tu sambil-sambil naikkan khemah makan donut, apam gula hangus dengan kek birthday adam!


pakcik ni salah sorang penjual buah delima  di jabal akhdar ni. cukup peramah walaupun dia bantai cakap arab. yang kami ni semua terkial-kial menjawab betoi ka dak pun tak tau. main hentam saja. sekali nak balik dia salam dengan husband tanya boleh cakap arab tak. husband jawab tak boleh. teruih dia keluaq english 'whats your name?' sehingga berjumpa lagi ... 

saja ambik gambaq pakcik ni sebab muka ala-ala pak pak tok wan di penang kedah hahahaha tang hidung!


Monday, October 15, 2012

ain a'thawwarah


ain a'thawwarah ialah kolam air panas di bawah kaki gunung. lokasi hanya 2km dari kubu nakhal. air dari sinilah yang menjadi sumber pengairan sistem falaj ke ladang kurma dan penduduk kampung sekitar.

lepas dah letih dan berpanas dekat kubu nakhal kami ke sini untuk berkelah. bawak nasi lemak, bihun goren dan roti sosej. budak-budak seronok main air. kawasan sekitar penuh dengan orang oman sebab cuti raya kan. depa siap berbbq dan masak (dapur kayu) nasi beriani lagi kat situ. yang budak lelaki pulak berkumpul sambil bergendang dan menyanyi.


Friday, October 12, 2012

apam gula hangus



membuak-buak apam ni kembang hehehe puaih hati dapat banyak. buat hari rabu baru ni. separuh abah bawa pi pengajian hadis, separuh lagi simpan bawa pergi camping trip ... nanti kita cerita pasal camping trip :-)


resepi dari kakbesah

Bahan-bahan 
1 cwn gula pasir } jadikan gula hangus 
1 cwn air panas }
1 cwn mentega
1 1/2 cwn gula pasir
3 biji telur gred A @ B
3 cwn tepung gandum
2/3 cwn susu cair
1 sb soda bikarbonat

Cara-cara
1. Masukkan secawan gula dalam kuali, goreng (tanpa minyak) hingga ke semua gula cair dan jadi coklat keperangan. Kemudian masukkan secawan air panas. Didihkan lagi hingga gula yang keras tadi cair dan agak pekat. Tutup api dan kemudian masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair, ketepikan.
2. Kisar gula bersama telur sehingga gula hancur dan telur berbuih.
3. Masukkan soda bikarbonat dan kisar lagi 5 saat.
4. Masukkan gula hangus bercampur mentega tadi dan kisar 3 saat.
5. Tuang adunan yang telah dikisar kedalam mangkuk, campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan whisk.
6. Akhir sekali masukkan susu dan kacau sebati whisk.
7. Panaskan air dalam pengukus. Sementara tu sapu majerin/minyak dalam acuan. Masukkan adunan hingga 1/3 penuh acuan sahaja. Apam akan mengembang.
8. Setelah air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.

Wednesday, October 10, 2012

happy 7th birthday adam

 

besaq dah anak mama. adam sambut birthday yang ke 7 hari ni 10 oktober.

tahun lepas buat kek angry bird yang tak brapa nak angry. tahun ni mama buat kek sempoi jersi bola nombor 7 special untuk adam heheheh.

nama kek span tapi rasa bahulu! tak pa la janji boleh makan. bahagian yang potong-potong tu dah bagi abah bawak pi office cicah kopi :-)



resepi dari hanis

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula  - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sk susu segar
15g mentega - panaskan susu dan cairkan mentega di dalamnya
1 st esen vanila


Cara-cara
1. Panaskan oven ke suhu 180C. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan.
2. Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
4. Masukkan kuning teluar yang telah dipukul tadi ke dalam adunan.
5. Masukkan campuran susu dan mentega dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.

kek cawan vanilla




cupcake untuk classmates adam. guna resepi di bawah tapi aising tak buat la. copy sekali sebagai rujukan. mala buat saiz muffin dapat 24 biji. ngam-ngam budak-budak ada 21 orang. lagi tiga dapat sorang satu kat kakak-kakak dan adam sekali.

mala tambah sikit strawberry dan chocolate emulco. bagi berseri sikit :-)

bersemangat hari ni adam pergi sekolah usung cupcake .. happy birthday my son.

resepi dari miss ad

Bahan-bahan
150g mentega
185g tepung naik sendiri
150g gula kastor
1/2 st soda bikarbonat
3 biji telur
1 st esen vanilla

Untuk aising:
100g mentega
200g gula ising
2 st air panas
1 st esen vanilla
chocolate rice untuk tabur

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sebati.
4.  Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C.
5. Untuk aising, pukul mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
6. Sapukan aising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh hias dengan manik atau choc rice.

Monday, October 8, 2012

kubu nakhal



asyik gambaq makan saja kali ni kita jalan-jalan oman pulak. cuti raya baru ni kami berkesempatan melawat ke sebuah kubu di oman iaitu kubu nakhal. kubu nakhal terletak di kaki gunung iaitu Jabal Akhdar yang di bina sekitar kurun 17.

oman ni banyak kubu dan istana lama. ada 16 buah kubu dan istana semuanya yang di syorkan oleh kemeterian pelancungan oman. ntah sempat ka tak nak lawat semua sepanjang kontrak 4 tahun ni.

di mana kawasan yang ada sumber air (wadi) ada lah kubu. bila ada air boleh bercucuk tanam. so ada la ladang kurma .... seluas mata memandang




dalam kubu ni sebenaqnya macam rumah ada bilik (majlis) untuk anak-anak lelaki dan perempuan, ada majlis untuk tetamu. stor pun ada untuk simpan kurma (gambar yang bawah hujung paling kiri)



antara barang-barang deko yang terdapat di dalam majlis. meriam tu bukan deko la .. real punya :-)




sapa pandai cuba teka. ni lantai dalam salah satu menara kawalan. apakah fungsi lubang ini ... adakah ???


Friday, October 5, 2012

homemade telur masin


cukup dua minggu dah! jeng jeng jeng ...... telur masin perantau (telur ayam kulit putih) suka! suka! suka! dekat sini ada dua jenis telur satu yang biasa kulit coklat satu lagi kulit putih. yang putih ni sebab ayam dia diet vegetarian. tak pasti la nak kata telur organik ka tak. cuma kali ni dapat telur yang kuning dia kuning. sebelum ni beli kena kuning dia yang oren. memang oren sangat.


rasa nikmat sangat pekena telur masin ni dengan bubur nasi hari ni. mala dah masak awal bubur nasi untuk lunch nanti tapi tak sempat lunch dah habis bubur satu periuk.

resepi dari ain86

rujukan dari cmelor


Bahan-bahan ( 10 biji )
10 biji telur itik (ganti telur ayam)
3 genggam garam kasar
air secukupnya
bekas platik berpenutup

(ratio telur dan garam lebih kurang 3 biji telur dan segenggam garam)

Cara-cara
1. Basuh telur sebersihnya, skrub perlahan-lahan kulit telur dengan span lembut atau berus gigi dan tos sehingga kering.
2. Didihkan air secukupnya bersama garam sehingga garam larut. Kuantiti air sekadar cukup untuk menenggelamkan semua telur. Sejukkan sepenuhnya.
3. Ambil bekas bersesuaian yang berpenutup, susun telur dan tapiskan air garam tadi ke dalam bekas telur (untuk memastikan air garam betul-betul bersih tanpa benda kotoran sampingan) tambah air jika perlu sekadar untuk tenggelamkan telur.
4. Tutup bekas serapatnya untuk menggelak dari di masuki benda asing. Label bekas dengan tarikh pembuatan dan tarikh telur masin sedia untuk di rebus. Simpan selama dua minggu pada suhu bilik untuk rasa masin yang sederhana, antara 14-18 hari untuk rasa yang agak masin.
5. Cukup masanya, keluarkan telur, basuh, rebus dan boleh dimakan. Yang selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Thursday, October 4, 2012

steak salmon bersama sos putih


pertama kali beli dan masak ikan salmon. biasanya kalau di hidang ikan salmon memang tak sentuh sebab tak suka la hanyir. tapi bila nampak kaknoor di brunei buat salmon bakar nampak macam best ja. terasa nak cuba. dah tu ternampak pulak resepi ni kat myresepi. lain kali kita buat cara kita la cicah kicap dak pun ayaq asam.


resepi dari skyblue

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon 
1 sb minyak zaitun
secubit garam
secubit lada hitam

Bahan-bahan untuk sos
2 sb mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sb tepung gandum
1/2 sk daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cwn susu segar
secubit garam
secubit lada hitam

Cara-cara
1. Sediakan sos: Panaskan majerin dalam periuk kecil, tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang. Masukkan bahan-bahan lain, masak sehingga mendidih sambil di kacau-kacaukan. Matikan api dan ketepikan.
2. Ikan di lumur dengan minyak zaitun dan tabur garam dan lada hitam. Gorengkan dalam kuali leper non-stick sehingga perang/masak.
3. Boleh di hidangkan bersama butter rice atau kentang putar atau sayuran yang di celur.

Wednesday, October 3, 2012

cucur nasi udang kering


breakfast weekend yang lepas. lembut betoi cucoq ni ... kalau goreng lama sikit bagi garing luar dia crunchy tapi dalam still lembut. nasi pun tak membazir dan asyik jadi nasi goreng saja ....


resepi dari lydiahoney

Bahan-bahan
2 cwn nasi sejuk
2 1/2 cwn tepung gandum
1 gengam udang kering
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 sb bawang goreng (lupa etak)
1/4 st baking soda
1/4 st baking powder
2 cwn air (+-)
garam secukup rasa
sedikit daun bawang - diracik halus*
sedikit daun sup - diracik halus*
cili merah - diracik halus (ikut kepedasan anda)*
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kisar nasi, bawang besar dan udang kering bersama 1 cawan air sehingga halus seperti makanan bayi.
2. Masukkan bawang goreng, tepung gandum, baking powder dan baking soda.
3. Kisar lagi hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Tuang adunan ke dalam bekas yang bersih dan masukan bahan- bahan bertanda* dan gaul sebati.
5. Rehatkan adunan selama 5-10 minit.
6. Panaskan minyak, jemputkan dan goreng hingga keemasan.
7. Hidangkan bersama sos cili kegamaran atau sambal tumis.

Tuesday, October 2, 2012

asam pedas melaka


6 bulan dok di oman ni first time masak asam pedas. adam dengan abah siap hirup dan cicah roti kuah asam pedas ni. sama ada sedap atau pun dah lama tak makan ;-)

resepi dari junjs11

Bahan-bahan )
3 keping ikan tenggiri/kembung
3 biji bawang merah*
10 biji cili kering *
1/2 inci halia *
1 st jintan manis *
1 st jintan putih *
1/4 st lada hitam *
1/2 inci kunyit hidup *
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar - hiris
1/4 st biji sawi
1/4 st halba
2 tangkai daun kari
1 mangkuk kecil air asam jawa 
air secukupnya
1 biji tomato - belah dua
5 biji kacang bendi
1 serai - di ketuk
1/2 bunga kantan
daun kesum
minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar halus semua bahan bertanda *. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar, biji sawi, halba dan daun kari. Masukkan bahan kisar dan biar pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Biar mendidih. Setelah mendidih masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
3. Masukkan garam dan gula, biar hingga masak.

Monday, October 1, 2012

kek batik coklat



resepi dari bakewithmilla

Bahan-bahan
200gm milo
250gm mentega
3 sb serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut meri secukupnya

loyang yang di lapis dengan aluminium foil (senang nak keluarkan)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dalam kuali atas api yang kecil sekali.
2. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit. Gaul sehingga milonya hancur . Seterusnya masukkan koko dan gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul.
3. Setelah pekat susun biskut meri selapis dan diikuti degnan lapisan coklat selapis. Buat sehingga habis dan simpan semalaman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...