Thursday, December 20, 2012

di langit biru



tiap-tiap pagi masa dok teman anak tunggu bas sekolah kurang-kurang 6 - 8 biji kapal terbang oman air ni dok lalu.

malam ni turn kami pulak dok dalam perut kapal terbang tu! yes!! balik kampung time!

setelah 8 1/2 bulan berada di bumi oman, kami sekeluarga akan terbang balik ke malaysia buat pertama kalinya. flight malam ni dan jangka tiba di klia sekitar 7:30am pagi hari khamis. harap-harap tak delay. target destination penang, kedah & kl. semoga selamat perjalanan ....

Monday, December 17, 2012

bergedil daging



resepi dari DianaA

Bahan-bahan ( 30 biji )
1 kg kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 g daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cwn bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 st serbuk lada putih
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

Friday, December 14, 2012

projek topi





hari selasa ni adam ada hat extravaganza parade kat sekolah. budak-budak kena pakai topi handmade ke sekolah. 

topi yang paling cantik ada habuan dia. cikgu bagi masa 2 minggu untuk siap. macam biasa parents kena tolong sikit-sikit ja. mana la reti budak ni nak buat topi. last-last mak dia jugak yang buat. kalau tak buat nanti dia sorang pulak yang tak bertopi ke sekolah hari selasa ni. 

dengan limited resources ni saja la yang mampu mama buat. maka terhasil lah topi dari watak kucing buku cerita dr. seuss "the cat in the hat" . 

brownies milo



resepi dari technicolorkitcheninenglish via alongroz

Bahan-bahan
125g coklat gelap - cincang
157g mentega tanpa garam - lembutkan
3/4 cwn gula perang
2 biji telur
¾ cwn + 2 sb (125g) tepung gandum
1/8 st baking powder
2½ sb serbuk koko
1/2 cwn Milo
1/2 cwn coklat cip
gula aising untuk di tabur

Cara-cara
1. Panaskan oven 180°C.  Lapik tin dengan kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1". Sapu mentega pada foil.
2. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil sehingga licin.  Sejukkan beberapa minit.
3. Masukkan gula dan telur dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan coklat.
5. Masukkan Milo dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan coklat cip.
7. Tuang adunan ke dalam tin dan bakar selama 30min - jangan terlebih masak.
8. Sejukkan sebelum di keluarkan dari tin dengan mengangkat lebihan kertas aluminium. Setelah sejuk ayak gula aising di atas brownie sebelum di potong.

Wednesday, December 12, 2012

kek karamel



birthday cake untuk abah. belang hijau kuning untuk anak kedah :-)

kali pertama buat kek karamel ni guna resepi dari yani. lama dah oktober tahun 2010. masa tu kek karamel yang belang-belang ni tak popular lagi. jumpa resepi ni di FB dengan sukatan cawan. terasa nak cuba lagipun dah tertangguh lama sejak bulan mei kakak teringin nak makan untuk birthday dia. masa tu keadaan tak mengizinkan. sibuk pindah randah. bulan 12 ni baru terasa nak buat. hutang dah langsai ....


resepi dari resepi bonda FB page

Bahan-bahan

A (gula hangus)
2 sb gula

Cara-cara
1.Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

B (puding karamel)
1/2 tin susu cair,
1/2 cwn gula
1/2 st esen vanila
3 biji kuning telur

Cara-cara
1. Kacau semua bahan sehingga sebati secara perlahan dengan garfu. Jangan sampai berbuih.
2. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

C (kek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara
1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
2. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

D (meringue)
6 biji putih telur
1/2 cwn gula
1 st cream of tartar (pastikan yang halal atau boleh di ganti dgn garam/cuka/juslemon)

Cara-cara
Satukan semua bahan, pukul sehingga betul-betul kembang dan bertanduk (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

Cara-cara
1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. Kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel. Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
4. Bakar secara double boil (letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tadi.
5. Bakar selama 1 jam, suhu 150C (api bawah sahaja) .
6. Setelah masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
7. Terbalikkan kek, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk

12.12.12


happy 40th birthday abah!

we love you.

adam buat kad dan hadiah untuk abah dia. travel kit dari oman air tu.. recycle!

Monday, December 10, 2012

apam gula hangus


buat lagi apam ni untuk di bawa ke ceramah agama .. tak jemu.
resepi di sini

Friday, December 7, 2012

agar-agar santan gula melaka


resepi dari naz

Bahan-bahan 
1 paket serbuk agar-agar 10 gm/11 gm (mala guna agar2 tali 20gm)
1 liter/4 cwn air - (mala guna1.5L)
1 ketul/250gm gula melaka
sedikit gula pasir sekiranya perlu
200-250 ml/1 cwn santan pekat- (mala guna santan tin 400ml)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara
1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Sekiranya kurang, tambahkan ari supaya menjadi 1 liter kembali.
2. Masak air gula yang telah di tapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING Setelah menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Adunan santan akan menjadi berbintil-bintil. Tutup api.
5. Basahkan loyang atau acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Wednesday, December 5, 2012

muffin coklat kukus



resepi dari chefzubaidah via maklangazie 

Bahan A
2 cwn susu cair (mala guna susu segar)
1 cwn minyak masak
1 3/4 cwn gula kastor
1 biji telur

Bahan B (di ayak)
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko (mala letak 2sb)
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 sb coklat emulco

Cara-cara
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, mengguna whisker.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin
3. Kukus selama 10 minit.

Tips :
Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok.

Monday, December 3, 2012

wadi bani khalid

selesai solat zohor dan lunch kami bergerak ke wadi bani khalid. nak pergi main air. maklum la tak mandi petang semalam dan pagi sejak di padang pasir :-)

wadi bani khalid terletak di wilayah sharqiyah sejauh 203km dari muscat. wadi ni sangat popular di sini sebab sentiasa ada air sepanjang tahun.

cantik kan ...


banyak kolam-kolam wadi ni ... ada yang dalam tapi kami cari yang cetek la senang budak-budak nak mandi. ikan pun banyak dalam wadi ni. gamabr yang tengah tu di buat laluan fajar untuk air mengalir ke kampung dan kebun kurma.


tak lama sangat berendam sebab air sejuuuk!


transporter ... nak naik boleh, nak suruh angkut barang-barang pun boleh. kesian tengok dah tua pakcik ni. yang tolak wheelbarrow pun ada. semua budak-budak saja.

Himar حمار   =    keldai 

"Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan." (HR Muslim)

*-*-*-*-*

Friday, November 30, 2012

wahiba sands


hujung minggu ni di oman cuti 4 hari sempena hari kebangsaan. memang menjadi kewajiban boleh di katakan semua expat yang berada di oman kalau ada cuti lebih sehari pun mesti cari peluang untuk explore oman. pilihan kami kali ni berkhemah di padang pasir wahiba (wahiba sands) atau ramlat al-wahiba aka sharqiya sands

jarak dari utara ke selatan 180 km  dan 80 km dari timur ke barat dengan jumlah keluasan 12,500 km persegi. besar mana tu? tak tau la cheq!tapi yang pasti kalau sesat ... hmmmm tunggu la kot-kot ada unta lalu boleh tumpang hehehe



bertolak dari muscat pukul 9:30am kami berkonvoi sebanyak 6 buah kereta. 5 keluarga malaysia dan satu pasangan singapura. setibanya di meeting point sebelum ke wahiba sands, kami di join oleh satu lagi keluarga yang datang dari sur. selepas makan tengahari dan solat zohor kami gerak masuk ke wahiba. di sebelah malam satu lagi keluarga join sebab dia tak dapat cuti. kena datang lepas kerja. semua 8 keluarga. memang berani betul dia orang ni mai malam-malam. memandangkan dia tak dak 4W4 sampai saja kat satu point dua bapa pi ambik family ni.


memandangkan kami tak dapat booking desert camp kami pilih untuk pacak khemah saja. seronok betoi pengalaman berkhemah di padang pasir. adengan kereta sangkut kat pasir satu perkara biasa. nasib baik ada yang bawak penyodok dan tali. yang dah biasa berkhemah dan ke wahiba sands ni cuma sorang. yang lain tu main terjah ke dengan khemah dan makanan. fuh! lain kali nak kena bawak semua-semua tu. bapa-bapa merasa la apa dan macamana nak buat bila berhadapan dengan situasi macam ni.


waktu siang walaupun matahari terik tapi angin yang bertiup sejuk .. sedap ja. tapi kulit terbakaq jugak. lepas pada maghrib saja dah sejuk. subuh jangan cakap la ... menggigil! overall memang good experience. anak-anak pun suka dan nak pergi lagi.


budak-budak semua seronok main pasir ... bapa-bapa budak terasa macam dok ada dalam iklan "camel trophy". mak-mak budak pulak ... asalkan semua happy mak happy ja!
 

Monday, November 26, 2012

dubai roadtrip

dari as-suwayq castle kami teruskan perjalan ke dubai. perjalanan dari muscat ke dubai mengikut google lebih kurang 458.6km selama 6jam. kami melalui pos sempadan hatta. suasana cukup berbeza bila dah melepas oman. tak ada lagi bukit-bukit batu tapi nampak padang pasiaq! puaih hati dah nampak padang pasiaq, unta pun banyak. 

 

sampai saja dubai .. adam kata kita dah sampai new york hahaha banyak cantik new york. suasana tu memang la macam new york. penuh dengan bangunan tinggi. highway yang 7 lorong. orang hon! sana, hon! sini. potong sana, potong sini.
very-very buzy city.

tapi kan dubai ni tak natural la .... rasa macam dalam movie lak crita space


kami cuma sight seing saja di dubai ... 
nak kena bawak duit 3 -4 guni baru boleh berpoya-poya :-)
 sempat la ambik gambaq souk madinat jemeirah, ski dubai, atlantis, wild wadi.


dah sampai dubai kalau tak snap gambaq dua bangunan ni kira tak sah la kan ...
burj khalifa (burj dubai) & burj al arab,

next trip boleh la kita naik burj khalifa   
tiket baik beli online AED100 kalau beli kat situ jugak bayar la AED400


juga aktiviti yang wajib bila di dubai ialah berkunjung ke naif souq untuk borong abaya  dan kedai kain pulwani (air crew shop) untuk beli kain ela. tuan kedai ni boleh cakap melayu. dalam kedai dia penuh dengan business card rakyat malaysia dan keratan akhbar cerita pasal kedai ni.sambil memilih kain dia jamu kita dengan 'chai' - teh susu




terima kasih banyak-banyak pada su yang bagi kami bermalam kat apartment dia. dah selamat duit hotel untuk 2 malam. su dah start kerja. siang hari kami jalan-jalan sendiri ikut tips dari su dan berpandu kan minah garmin. sebelah malam baru su bawak kami jalan-jalan shopping dan makan. yang penting su bawak kami makan satu kat restoren singapura dan satu lagi indonesia. nikmat rasanya dapat makan makanan melayu!



pagi lepas subuh kami terus gerak balik ke muscat dan huda pun beransur balik ke doha. alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi masing2 tanpa ada masalah/halangan di sempadan! line clear gitu!

lain kali kita mai lagi ... inshaAllah



Sunday, November 25, 2012

muffin pandan


lembut!

resepi dari yani

Bahan-bahan ( 6 biji - 7cm acuan muffin )
90g mentega
70g gula halus
1 biji telur
1 sk esen vanila 
1 sk pandan emulco
110g tepung gandum }
1 sk baking powder } di ayak bersama
40 ml susu segar


Cara-cara
1. Pukul mentega sehingga lembut. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan pandan emulco. Pukul sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan baking powder sedikit demi sedikit dan berselang-seli dengan susu segar sambil di kacau.
4. Sudukan ke dalam kertas muffin. Bakar selama 25 -30minit pada suhu 180C.

Saturday, November 24, 2012

cantiknya petunia


musim sejuk dah tiba ... sekitar muscat ni penuh dengan bunga petunia . kat tepi jalan, kat taman penuh dengan bunga. yang ni park dekat rumah saja. orang ramai pun dah mula lepak sambil berkelah di park. sebelum ni park sunyi tapi sekarang dah meriah. yang buat birthday party pun ada.






teringat pulak kat rumah lama di brunei tanam pokok pisang kipas ni.
3 bradik tersusun sepanjang driveway nak masuk rumah.


beria sorang bawak bola, sorang lagi bawak skipping rope
tapi sampai kat park main air ;-)


PS: terima kasih cahayahatiku-lyafrina berkongsi tips cara penyelesaian untuk blog yang tak boleh upload gambar. pada huda juga yang bagi link ni.

Thursday, November 22, 2012

as suwayq castle

kalau berkunjung ke oman tak sah kiranya tak melawat kubu dan istana lama. alhamdulillah dapat juga huda merasa masuk ke dalam kubu/istana. semua kubu/istana lama di oman ni lebih kurang saja bentuk dan rupa dia. istana ni sempat kami lawat dalam perjalan ke dubai. al suwaiq (arabic: السويق‎)  merupakan sebuah bandar di persisiran pantai yang terletak di wilayah al batinah. lebih kurang 121km dari muscat. istana ni menghadap laut.

  

daun hijau kat atas tu di jual untuk makanan kambing. tak pasti la apa nama dia.



kami sampai awal, istana belum di buka lagi. sementara menunggu penjaga istana datang kami singgah gerai jual kuih-kuih dan pekena 'chai' (teh susu). bagi segar sikit badan dan mata sebab jauh lagi perjalanan ke dubai.



setiap kubu/istana selalunya lengkap dengan penjara, bilik stor penyimpanan kurma, menara kawalan, bilik tidur dan majlis.


 bergambar kenangan di atas tangga salah satu menara tinjaun
bukan senang nak kumpul budak-budak ni semua :-) 

dengan ini berakhir lah cerita cuti-cuti oman bersama su & huda ...

lepas ni cerita dubai pula ..

Wednesday, November 21, 2012

muffin pisang



memang lembut muffin ni. tesktur tak sama dengan ck sebab mala belasah pisang tu tak sukat 3/4 cawan. nak perabih punya pasal. jadi moist muffin ni :-)


resepi dari cendanakasih

Bahan-bahan
1 cwn tepung naik sendiri*
1 st baking powder*
1/2 st soda bikarbonat* di ayak bersama
1/2 cwn gula
1 biji telur
3/4 cwn pisang lenyek
1/4 cwn minyak sayur
1 st esen pisang/vanila
coklat rice/chip - hiasan

versi coklat - 2sb serbuk koko + tepung di jadikan 1 cwn

Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan pisang, minyak dan esen. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan ayak dan gaul rata.
4. Sendukkan ke dalam papercup.
5. Tabur coklat rice/chip
6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.

Tuesday, November 20, 2012

bait al zubair

bait al zubair atau rumah al zubair adalah sebuah musuem persendirian yang di buka kepada umum pada tahun 1998. di asaskan sepenuhnya oleh keluarga zubair. musuem ni mempamerkan artifaks omani yang di anggap sebagai koleksi terbaik di miliki oleh pihak persendirian.



yang sebenaqnya tak boleh ambik gambaq dalam musuem. :-)

yang kat luaq ni boleh ambik gambaq . miniture perkampungan oman zaman dahulu kala dengan sistem falaj untuk kegunaan harian dan ladang kurma.


yang ini pula salah satu bangunan yang menempatkan barang-barang rumah. yang ni dia bagi ambik gambaq.


Sunday, November 18, 2012

bimma sinkhole

salah satu tempat yang mala idam-idam sangat nak pergi dan tengok sendiri sekiranya dapat peluang menetap di sini iaitu bimma sinkhole (melayu panggil apa ek? lubang tenggelam?) di dunia hanya terdapat beberapa saja sinkhole. boleh baca lebih lanjut di sini.


keajaiban alam semula jadi dunia ... sangat menakjubkan ... 

sinkhole terjadi apabila terdapat pergerakan pada muka bumi dan dengan keadaan yang tidak stabil kawasan terbabit runtuh/tenggelam dan membentuk lubang. kawasan bimma sinkhole ni terdiri dari batu kapur ...... macam belajar geografi pulak!  >>>>>>>>>>>>>>> dengan keluasan 500 meter - 40 meter lebar - 20 meter dalam, sinkhole ini di kata mempunyai terowong semulajadi yang bersambung dengan laut.belum pernah ada penyelam yang berjaya menyelam menerusi terowong tersebut dan tembus ke laut. air di dalam sinkhole ni air masin laut. dari jauh air  ni nampak sangat hijau kebiruan. sangat cantik!


dari dam wadi dayqah kami terus mencari bimma sinkhole. ini merupakan destinasi ke3 kami selepas sultan qaboos grand mosque dan dam wadi dayqah. sampai saja kat kawasan park terus cari port bawah pokok untuk rehat dan makan. budak-budak dah tak sabar nak turun. kita makan dulu lagi pun tengah panaih rembang! menu untuk piknic tengahari ni bihun goreng. semua selamat!

 

hijau biru kan air dia .. ? sambil duduk-duduk kat atas batu tu ada ikan-ikan kecik mai segala daki yang ada di kaki. tak gaduh nak pi fish spa!



nampak haluih ja orang dok turun tangga ... lengguh lutut gak la nak naik tangga tu


budak-budak oman dok seronok main lawan terjun. tinggi tu! seriau! tapi depa suka sebab pengujung semua dok bersorak bagi semangat!




susahnya la nak suruh budak-budak ni jangan bergerak dalam 5 seconds

puas hati berendam ....







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...