Tuesday, August 9, 2011

onde-onde aka buah melaka


alhamdulillah, petang semalam sempat gentel buah melaka untuk iftar. resepi dari buku chef hanieliza. saja tambah sikit (terlebih sebenaqnya) pewarna merah bagi ceria.




Bahan-bahan
2 cwn tepung pulut
1 sb tepung gandum
1 cwn air pandan (3helai daun pandan)

2 ketul gula melaka didadu kecil - inti

1/2 biji kelapa muda parut (ambil bahagian putih sahaja) - dikukus bersama sedikit garam

Cara-cara
1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan seperti bebola.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi.
5. Apabila kuih timbul, boleh diangkat dan toskan ke dalam tapisan.
7. Golekkan kuih dengan kelapa parut yang bercampur sedikit garam dan hidangkan.
.
.
.
.
ttfn
mala

3 comments:

  1. Sa;am selamat bepuasa..sdp kan buat melaka ni ...kuih yg mmg setiap kali puasa je muncun..x puasa pun kekadang buat juga....masuk mulut letup2 gulamerahnya ..tu yg buat sdp....ingat nak buat lg lah...

    ReplyDelete
  2. Selamat berbuka...kalau gi pasar ramadhan..kuih ni memang kita cari..tapi ari tu beli kena tipu..alih alih x der gula pun kat dalamnya...tawar plak tu...yg ni mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  3. wasalam sheila - kuih yang senang nak buat. tak ambik byk masa. ini la yang termampun nak buat.

    naz - kuih ni pun nak tipu ... teruk betoi la. puas hati buat sendiri letak lebih sikit gula melaka kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...