alhamdulillah ....
daniel dah mula makan bubur nasi sejak kita berpuasa isnin lepas. sebagai panduan hendak lah kita bagi makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut. ini untuk mengenal pasti sekiranya bayi ada alahan terhadap sesuatu bahan.
bayi juga di beri makan sehari sekali unutk minggu pertama bagi membiasakan perut dengan proses penghadaman. takut sembelit pulak. kalau sesuai dan tak ada masalah boleh mulakan dua kali sehari.
unntuk minggu ni daniel makan bubur nasi, ayam, lobak merah dan kentang. masak semua sehingga menjadi bubur dan kisar halus. simpan dalam 'Tupperware' yang kecil-kecil sesuai untuk satu hidangan dan bekukan.
.
.
.
.
ttfn
mala
No comments:
Post a Comment