Friday, August 19, 2011

murtabak mini



cuma guna resepi inti. kulit tak larat nak buat ganti dengan kulit pohpia. :-)


resepi dari kakbesah

Bahan-bahan
1/2 kg kentang - potong dadu kecil
1/2 kg daging lembu/ayam - dihiris halus.
7 biji bwg merah*
5biji bwg putih*
sedikit halia muda* ditumbuk
4 sb rempah kari daging - dibancuh dengan semangkuk air.

6 biji telur besar
2 biji bawang besar - potong dadu kecil
sepokok daun sup - dihiris

kulit pohpia

Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi danmasukkan bancuhan rempah kari. Goreng hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan secawan air. Apabila daging hampir empuk masukkan kentang. Biarkan hingga kentang empuk.
3. Perisakan dengan secukup garam. Apabila nampak inti sudah kering dan masak. Tutup api dan sejukkan.
4. Campurkan telur, bawang besar cincang, daun sup dan inti yang telah sejuk tadi dan gaul sehingga rata. Ketepikan.
5. Panaskan kuali atas api yang agak kecil. Sapu minyak atas permukaan tutup periuk.
6. Letakkan inti di tengah kuolit pohpia dan lipat menjadi empat segi. Lekatkan dengan bancuhan tepung gandum. 
7. Angkat murtabak mentah itu dengan cermat menggunakan kedua belah tangan dan letakkan atas kuali. Apabila bahagian bawah telah garing, balikkan. Buat sehingga habis.
8. Hidangkan bersama bawang besar cincang dan cuka/ kuah kari/makan begitu saja.
.
.
.
.
ttfn
mala

2 comments:

  1. rajin nya Mala...kita beli jer kat Pasar Ramadhan...beratur lagi tu...

    ReplyDelete
  2. hehehe teringinnya pasal ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...