Monday, August 22, 2011

sardine roll




resepi dari noorsha

Bahan-bahan ( 27 pcs )
200 gm tepung gandum
100 gm mentega sejuk
air sejuk
secubit garam

Bahan-bahan untuk inti
1 tin besar sardin
1 biji bawang besar - dihiris
* 3 ulas bawang putih
* 5 biji cili api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 biji lada merah - dihiris
garam
secubit gula
1 - 2 biji limau kasturi 

Cara-cara
Penyediaan pastri 
1. Ayak tepung gandum bersama garam ke dalam mangkuk.
2. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan ke dalam adunan tepung.
3. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti  serbuk roti.
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin dan tak melekat di tangan.
5. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Penyediaan Inti
1. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
2. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
3. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis bersama hingga layu.
4. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula dan limau kasturi.
6. Tumis hingga betul-betul garing. 

Cara menyediakan Sardine Roll
1. Canai nipis pastri dan potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. 
2. Masukkan sedikit inti sardin dan gulung.
3. Susun dalam dulang pembakar dan sapukan permukaan roll dengan kuning telur.
4. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi dan bakar pada 150C lebih kurang 15 - 20minit sehingga kuning keemasan.
.
.
.
.
ttfn
mala

2 comments:

  1. Salam..Emmmmm sardine roll..peberet ni

    ReplyDelete
  2. wasalam - mmg best sardine roll ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...