Thursday, August 11, 2011

donut kentang sira sambal


alhamdulillah ... dalam sibuk-sibuk babysit daniel masih sempat prepare something untuk famili. this time ada orang tolong uli ... hehehehe Miss BM binti Cosway yang dah dekat sebulan bertapa dalam kotak! sonang rupa nya ...

resepi dari jintanmanis

Bahan-bahan donut kentang
250g tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sb susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80 - 90ml susu segar boleh ganti dengan air suam - bergantung pada doh
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sb gula
4g yis ( 1 1/2 sudu kecil)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang,



resipi dari noorsha

Bahan-bahan untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
10 -15 biji Donut yang telah digoreng


Cara-cara
1. Kisar lada kering dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada manis atau tidak. Boleh di tambah lagi jika nak manis,
3. Kacau lagi hingga tumisan kering dan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yang terhasil semasa menumis tadi.
4. Dengan api yang paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. Teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api dan sedia dihidang.
.
.
.
.
ttfn
mala

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...