Wednesday, August 10, 2011
sagu gula melaka
dessert ni memang time puasa saja terasa nak buat. dessert setahun sekali :-)
nampak kakjee buat teringin pulak. sagu pulak ngam-ngam tinggal secawan. sirap ula melaka ada baki lagi dalam fridge. tinggal nak masak sagu saja. selalu makan dengan santan. kali ni guna susu cair. sedap ...
resepi dari kakjee
Bahan-bahan
1 cwn sagu biji
4 cwn air
gula melaka - dijadikan sirap
susu cair (evaporated milk)
Cara-cara
1. Masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sehingga melegak dan gula cair. Sejukkan. Kemudian rendam satu cawan sagu selama 20 minit.
2. Sementara itu, jeranglah empat cawan air di dalam periuk. Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. Masukkan cepat-capat ke dalam periuk air mendidih itu sambil di kacau perlahan-lahan sehingga sagu nampak jernih.
(tidak nampak mata ikan pada sagu).
3. Tuangkan ke dalam bekas-bekas comel yang ada. Setelah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
.
.
.
.
ttfn
mala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam selamat bepuasa..sdp kan makan sejuk2 dessert ni...terasa nyamamaje lalu kat tekak...
ReplyDeleteMala...lama betui tak singgah sini...ni kak cek dtg bwk kuih tako...leh makan buka posa nanti..leh la kak cek rasa puding sagu gula melaka ni..:)
ReplyDelete