Sunday, August 7, 2011

burger malaysia



semalam punya, habih dah! tak dapat rasa pun. buat kecik-kecik dapat 10 biji. bagi jiran sorang sikit yang lain budak-budak dengan bapak budak perabih ...

resepi dari yani

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung gandum *
140ml susu/ air *
2 sb mentega/margerin *
2 1/2 sb gula halus *
1/2 sk garam *
2 sk dry yeast *

minyak untuk menggoreng

Inti
- sambal ikan bilis
- timun

Cara-cara
1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis.
.
.
.
.
ttfn
mala

1 comment:

  1. oh..inilah kuih zaman sekolah saya..best..suka beli, suka makan dan suka buat.. (tp bulan pose ni tak sempat nk buat lagi...)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...