jenoh makan durian tahun ni. ada yang beli, ada yang jiran bagi, durian kampung pulak tu! tempoyak pun dapat. Alhamdulillah rezeki.
punya banyak makan durian sampai Aimi dah tak makan durian. awal-awal dah perasan masa abah dia beli durian Aimi cuma makan seulas lepas tu tak mau.
bila jiran bagi langsung dia tak makan. bila tanya, dia kata tak suka durian. mual ke, pening lepas makan ke (spesis abah dia) tak pulak dia cakap. dia bagi alasan malas nak gosok gigi lepas makan durian. dah di buat muffin pun tak makan jugak. Aimi memang masa kecik tak makan durian, dia kata busuk. dah besar sikit makan lah jugak.
Aimi membesar di Brunei, kami jarang makan durian masa di Brunei sebab mahal. bila balik cuti di kampung tak pernah kena musim durian. gamaknya lekat sampai ke tua lah Aimi ni tak makan durian ....
resepi dari
cmg
Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )
125g mentega
100g gula halus
2 biji telur gred A + 1 kuning telur
130g tepung gandum*
3/4 camca teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
20 ml susu segar
70g isi durian
30g hazelnut/almond/walnut, dicincang kasar (optional)
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Masukkan cincangan hazelnut/almond/walnut dan gaul rata menggunakan spatula.
4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing-masing.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.
|
yang ini di hantar ke rumah cmelor sempena birthday makcik google |
|
sepiring dibalas pada jiran yang rajin hantar kuih,
tak sabar tunggu puasa. dia rajin hantaq kuih hahaha
|
.
.
.
.
ttfn
mala