Wednesday, February 29, 2012

kasihnya abang



last day daniel di rumah. eh! abang tak pi sekolah hari ni? abang adam pi JPN buat Mykid tadi so ponteng la hari ni. cikgu dok suruh buat Mykid sebab nombor surat beranak adam tak boleh nak masuk dalam sistem sebab guna borang warganegara. macam-macam la sekolah ni ...

hari terakhir daniel



hari ni hari terakhir daniel bersama kami. atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan daniel terpaksa kami lepaskan.  terima kasih pada mama dan abah daniel kerana mempercayai kami. kami sekeluarga menumpang kasih budak comei ni. lebih-lebih lagi adam yang teringin nak jadi abang. dapat la merasa setahun jadi abang ye adam. jadi la kan .... :-)

daniel akan di tempatkan di rumah yang baru. keluarga yang tidak asing. saling mengenali juga. jiran terdekat. semoga daniel happy di sana. jangan nakai-nakai tau!



we will miss you dearly ...

love mama mala, abah hasni, kakak alia, kakak aimi n abang adam

Tuesday, February 28, 2012

muffin marble coklat rice



buat dua adunan untuk buat bekal sekolah dan bagi kawan-kawan

resepi dari Puan Ruhaya via kaknor

Bahan-bahan
100gm mentega
120gm tepung gandum/tepung naik sendiri,
(*sekirannya menggunakan tepung naik sendiri, baking powder tidak di perlukan)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 st esen vanilla
1/2 st pes coklat emulco
1 sb serbuk koko
coklat cip/rice secukupnya - hiasan

Cara-cara
1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
2. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula dan pukul sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila, pukul selama 2 minit.
4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar menggunakan senduk kayu atau whisk sehingga sebati.
5. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian di takmbah serbuk koko dan gaul rata.
6. Sudukan ke dalam papercup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip/rice.
7. Bakar 30 minit - 180C mengikut oven masing-masing.

* dah habis stok tepung naik sendiridan esen vanila

Sunday, February 26, 2012

kuih kosui



i need to finish up all my baking supplies. made this last yesterday. just want to share with all of you how we eat kuih kosui when we were kids. dengan sirap gula melaka. sirap ni belen-belen dah tinggal sikit. ngam-ngam untuk makan dengan kosui ni.


recipe from happyflour

Ingredients
100g palm sugar (gula melaka)
45g brown sugar
2pcs pandan leaves
500ml water

100g rice flour
90ml water
30g tapioca flour
1/2tsp alcaline water
dark soy sauce - added to get darker color purposes


Method
1. Mix grated white coconut with salt and steam for 10mins.
2. Set aside to cool.
3. Boil water, palm sugar, brown sugar and pandan leaves together until sugar dissolved.
4. Strain syrup and leave it aside to cool.
5. Add water into the rice flour and mix well.
6. Add in tapioca flour and alkaline water and mix well.
7. Slowly add in the cooled syrup and mix well.
8. Strain the batter.
9. Pour batter into preheated moulds until 80% full.
10. Steam kuehs in a preheated steamer for 35mins.
11. Leave it aside to cool.
12. Remove kueh from mould and coat it with grated coconut.

* dah habiskan stok tepung ubi dan gula melaka

Friday, February 24, 2012

ikan talang masin masak asam


my mama's style!

Bahan-bahan (tak dak sukatan ok, agak-agak saja banyak mana nak masak)
isi ikan talang masin - rendam sebentar dan tos. goreng garing, ketepikan
cili kering - kerat 2-3 bhg, rendam lembut dan tos
bawang besar - hiris bulat
bawang putih - hiris
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili sehingga agak lembut masukkan air asam jawa.
3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan talang dan gaul sebati. Siap.



sila-sila tambah nasi!

Thursday, February 23, 2012

al-fatihah untuk adik faris

FB status ayah faris .....
 
Allah lebih sayangkan Faris. Dia telah pergi buat selama lamanya.
Al-fatihah.
 
 

Monday, February 20, 2012

kaswi pandan




kaswi gula merah dah pernah cuba. kali ni buat yang pandan pulak. resepi ni dah lama salin hehehe tapi baru hari ni terasa nak buat. air kapur tak bubuh sebab tak dak tapi tekstur OK lembut ja dan sedap. pewarna pun tak letak, guna air pandan saja dah cantik.

resepi dari cikuhafi

Bahan-bahan ( untuk 4/5 org mkn )
1 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula pasir
1 sb tepung ubi

2 cwn air
beberapa helai daun pandan

sedikit perwarna hijau
1 sk air kapur makan

1/2 biji kelapa parut (putih shj)
sedikit garam - gaul bersama kelapa parut dan kukus sebentar

Cara-cara
1. Kisar daun pandan bersama air dan tapis.
2. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan gula bersama air pandan dan kisar sekali lagi. (kecuali kelapa parut dan garam)
2. Tapis bahan yang telah di kisar ke dalam loyang yang telah diglis dengan sedikit minyak dan kukus selama 30-40 minit.
3. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu.
4. Potong menggunakan pisau plastik dan gaul bersama kelapa parut yang telah digaul bersama garam.

doa untuk adik faris

image dari bersamamazidul

semalam kami sekeluarga ke SJMC untuk melawat adik faris. sampai lebih kurang pukul 2 petang. ramai sedang berkumpul di luar ICU. mungkin ramai yang dah tahu kisah adik faris melalui blog mazidul. bagi yang belum boleh klik sini untuk perkembangan terkini.

keluarga ini memerlukan doa dari kita semua dan juga bantuan kewangan. sempat bersembang dengan mak cik faris katanya semalam adalah hari yang ke 19. bil hospital dah mencecah RM75K! adik fairis tak dapat di pindahkan ke HKL kerana risiko terlalu tinggi.

kedua ibubapa adik faris adalah kenalan suami mala. ini kali pertama mala jumpa keluarga ni. puan Zuraine Mohamad pernah menuntut bersama-sama suami di ITM Manjung dulu, kini berkhidmat dengan Celcom. manakala ayah faris pula en. Shamrulismawi Ismail adalah kenalan semasa bujang dan pernah berkhidmat di syarikat suami bekerja sekarang. kini beliau berkhidmat dengan Standard Chartered Bank.


mala tak masuk tengok adik faris dari dekat. cuma abah saja yang masuk. adik faris di dalam bilik ICU. kawalan ketat hanya dua pelawat saja di benarkan masuk pada satu-satu masa dan kena cuci tangan dan pakai mask sebelum masuk. 

keadaan di sekitar ICU/NICU  murung. setiap yang masuk dan keluar pasti mengalirkan air mata. sebenarnya tak sanggup nak masuk tengok. nampak mama faris sambil berlinangan air mata bila keluar dari bilik faris. bila husband keluar nampak mata dia pun merah. abah kata dada fairis turun naik tinggi. mama faris cakap faris susah nak absorb oksigen. sedihnya :-(  berat sungguh dugaan yang menimpa.

sama-sama lah kita bantu .... terima kasih



Saturday, February 18, 2012

kerabu keladi bunting



hari tu nampak cendanakasih buat kerabu ni. nampak menarik. selalu nampak ulam ni kat pasar tani di jual oleh sorang makcik yang jual segala bagai ulam. so, pagi ni pergi pasar tani nampak ada 3 ikat. satu ikat dah ada orang rembat, tinggal dua. cepat-cepat ambik satu ikat. seringgit ja ...

bila bawak balik rumah hubby tanya apa ni? kat internet kata keladi bunting orang dok buat kerabu. Oh! ni hat yang dekat bendang (sawah) ni ... dia tau la dia orang kedah :-)

menurut tuan punya resepi kata ni kerabu basah utara. makcik yang jual kata celur cicah sambal belacan pun sedap!

resepi dari kak ann

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
seikat keladi bunting - bersihkan dan rebus kemudian toskan.
sambal belacan - (1 bj cili besar + 3bj cili api + belacan + asam jawa + garam + 1sb udang kering - ditumbuk lumat)
1 labu bawang besar dimayang halus
1 biji limau kasturi
1 sb kerisik
garam dan gula secukupnya
(mala tambah udang)


Cara-cara
1. Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Perasakan dengan garam, gula dan limau nipis.
3. Siap untuk dinikmati. Untuk lebih rasa umphh tambahkan dgn ladah itam yang ditumbuk kasar.



keladi bunting / paku rawan / limnocaris flava
satu ikat RM1.00 di pasar tani KL

Thursday, February 16, 2012

satay d'rimba


kali ni kita promosi kedai makan milik keluarga abah daniel 
(mala babysit dari umur 2 bulan)


baru di buka bulan 12 thn lepas. keluarga abah daniel memang dah berpengalaman dalam perniagaan satay. kita dah rasa satay masa cuti raya cina hari tu. satay di sini ala minang sebab depa orang minang hehehehe.  memang sedap ada kelainan dari satay yang biasa kita makan. makan satay saja pun boleh kenyang sebab besaq-besaq daging dia!





untuk peminat ikan tilapia boleh pekena tilapia bakar. fresh dari kolam di dalam kawasan kedai makan tu jugak. selain tilapai depa bela keli jugak. ada jugak menu lain tapi masa pergi hari tu memang nak makan satay dan tilapia bakar.


kedai buka bermula pukul 5pm ke atas. bilik solat di sediakan. bagi yang berdekatan boleh la singgah dan cuba. elok sangat kalau lepas picnic kat air terjun pekena satay kat sini. kalau nak pergi ramai-ramai seeloknya booking la dulu.

Satay D'Rimba
Batu 23, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor
(hanya 1 km dari simpang ke Air Terjun Gabai)

GPS Position  N3.1512 E101.9095

Untuk tempahan tempat duduk boleh hubungi no. di bawah 

Salmah (019-3095845) atau Mazri (019-6386162)

Untuk lihat lebih banyak gambar sila lawati FB Satay D Rimba

contest happy faces by captkeon alhan and oh daus



tag by kak sam


 happy faces by kakak alia (6y) and kakak aimi (3y)
with adam (3 months old)

adam di lahirkan di Brunei.   

 kalau di brunei gelaran untuk adam ialah awang adam.

di Brunei penanda nama awang ialah untuk lelaki yang membawa 
makna sepadan dengan encik di Malaysia
  
kalau kakak-kakaknya mula dengan dayang

bayangkan kalau nama orang tu awang? 
awang awang jadi nya  :-) 

kenangan 8 tahun menetap di brunei 

I tag U!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...