Tuesday, April 30, 2013

blueberry cheese tart


resepi dari haz amon

Bahan-bahan 
Pastri
125g mentega
60g gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240g tepung gandum
esen vanila - tambah

Inti
250g cream cheese
50g gula aising
20g mentega (lembutkan)
1/2 b perahan lemon - tak letak
1 biji telur (gred B)
esen vanila - tambah

blueberry pie filling - mala guna wild blueberry jam. nak habiskan jem yang tak laku kat rumah ni



Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2. Untuk membuat pastri : Pukul mentega dan gula aising sehingga berkrim. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh.
3. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
4. Bakar atas bawah pada suhu 170C untuk  20-25 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
5. Untuk membuat inti : Pukul cream cheese, mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur dan perahan lemon dan pukul sebati.
6. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan sudukan sedikit jem. Paipkan adunan cream cheese ke dalam doh tart dan menutupi jem.
7. Corakkan (lihat bawah) permukaan cheese tart dan susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 7 minit atau sehingga permukaan inti nampak sedikit kering.

Corak : asingkan sedikit adunan cream cheese dan letak sedikit pewarna (ungu) dan sebati kan. masukkan ke dalam beg plastik dan gunting halus di hujung plastik. picitkan 3 dot atau keliling permukaan cheese tart. ambil sebatang pencungkil gigi bersih dan buat satu garisan secara bersambung di tengah-tengah dot. faham ke??

Sunday, April 28, 2013

anak menakan baru


tahniah buat adik ipar hasnol & isteri (siti) atas kelahiran baby boy pelengkap kepada empat kakak. mesti siti rasa lega hehehehehe

dalam gambar muhammad hafiz baru seminggu dah pandai senyum ... dari segi paras rupa nampak lain sikit dari kakak-kakak dia yang empat orang tu. kulit cerah pun ya .. adakah akan kekal kecerahan kulit sampai besar nanti. sebabnya family husband sebelah kedah ni ada terselit dalam setiap keluarga yang cerah melepak macam orang putih pun ada dan tidak di lupakan yang gelap pun ada :-)

syok ah tengok bila orang dapat baby ...kalau boleh main order online best gak hehehehe

Saturday, April 27, 2013

best moist chocolate cake


kek ni rasa biasa saja macam kek coklat lembab yang lain. cuma mungkin dari segi tekstur sebab guna buttermilk

cuaca di oman tak menentu sejak 3 hari lepas. hari ni sekolah tutup lagi. mendung-mendung macam ni kepala pun jadi berat. buat kek tapi tak lalu nak makan. 1/4 suruh abah bawak pi office. 1/2 ja bagi topping. kakak bawak pi sekolah sikit ada birthday kawan dia. tinggal 1/4 yang bertopping kat rumah.

ambik gambar pun ala kadar ja ... tak dak mood betul la bila kepala ni rasa semacam.

2 hari lepas kami terima berita gembira dari adik husband yang dah pregnant 7 minggu setelah 6 tahun kahwin. alhamdulillah


resepi dari bestmoistchocolatecake

Bahan-bahan (loyang  9" x 13")
2 cwn tepung gandum *
2 cwn gula kastor
3/4 cwn serbuk koko *
2 st soda bikarbonat *
1 st baking powder * (bahan * di ayak bersama )
2 biji telur saiz A
1 st garam halus
1 cwn buttermilk
1 cwn minyak jagung
1 1/2 st esen vanila
1 cwn air panas mendidih (untuk perisa kopi boleh larutkan 1/2 st serbuk nescafe)

Cara-cara

1. Panaskan oven pada 150° C (kaedah pembakaran secara perlahan)
2. Griskan bekas pyrex 9" x 13" dan tabur sedikit tepung.
3. Sediakan buttermilk : Isikan 1 cwn dengan 1 sb cuka atau jus lemon.
Tuangkan susu penuh krim sehingga penuh. Rehatkan selama  5 minit. Sedia untuk di gunakan.

4. Masukkan semua bahan KECUALI air panas ke dalam mangkuk pengadun.
5. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit dan masukkan air panas. Sambung putar sehingga semua bahan sebati dan licin (tidak bergentel)
6. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
7. Setelah 1 jam cucuk dengan lidi untuk periksa kek dah masak ke belum.
8. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum di hias/di potong.

Thursday, April 25, 2013

singgang tumis ikan parang



beli ikan parang tapi tak tau nak masak macamana. macam best ja nampak orang dok pegang sekor-sekor ikan parang kat market. kita pun beli jugak. setelah chatting dengan cmelor beberapa resepi di cadangkan tapi kerana bahan mentah dak cukup terpaksa di lupakan. tanya jugak kat husband nak masak apa ikan parang ni. sekali dia email resepi matgebu ni nampak sedap. padahal dia tak suka lauk singgang. 

tak pa la kita masak jugak la lauk singgang ni. kita memang suka lauk macam ni. takut dia saja la yang tak boleh nak telan. tapi dah standby sambal belacan dan satu lagi lauk sambal tumis.

ini lauk hari selasa 23/4 ... masa tengah makan tiba-tiba husband cakap ni bukan ikan parang ni. barracuda kot! lantak la ... janji sedap

resepi dari cmg

Bahan-bahan
3 keratan ikan parang, cuci bersih*
3/4 st serbuk kunyit*
sedikit garam* (*digaul rata dan perap sekejap)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1/2 kiub ikan bilis (optional)
1 st pes asam jawa
1/2 st serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
hirisan daun sup untuk hiasan - tak dak daun sup ganti daun ketumbar


Cara-cara
1. Ikan parang digoreng tapi jangan sampai garing, biar lembap2 saja. Angkat dan toskan. Malas nak goreng ... masak atas magic grill pan :-)
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah kiub ikan bilis (jika guna). Bila mendidih, masukkan ikan dan belahan cili hijau. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..

Tuesday, April 23, 2013

p.o.l.i.g.a.m.i

"..... Marry of the women that please you : two or three or four. But if you feel that you shall not be able to deal justly, then only one or what your right hand possesses. That would be more suitable to prevent you from doing injustice."   (Qur'an 4:3)


tahu kah anda ......... When and already married man marries a new wife, he is allowed by law an acquaintance period with his new wife of seven consecutive days if she is a virgin and three days if she has been married previously. He does this without making up the time for the remaining wife or wives. This law is based on the Sahabi, Anas Radi-Allahu 'Anhu


saya suka ......... "A man ought to be considerate of his first wife because through marriage to her he has satisfied one of the most basic human needs. And, although the desire behind marrying another wife is similar to the desires which led to marrying the first one, there is one major difference. That difference lies in the fact that it was necessary to marry the first in order to fulfill those desires and once these needs have been satisfied they are no longer necessities." ..... page 95


kesimpulan ......... polygmy is not easy and well, sharing is not always caring ;-)

Sunday, April 21, 2013

sambal cencaluk


1st time sediakan cencaluk kat rumah. mala buat tak ikut sukatan resepi la. baru dok potong bawang husband call tak balik lunch

buat dalam 2 sb cencaluk, bawang besar separuh, cili merah sebiji, tomato separuh dan limau sebiji. garam gula sikit.

resepi dari hotmama86

Bahan-bahan ( 1-2 orang )
3-4 sb cencaluk
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1 cili merah besar (tumbuk halus)
1 cili padi merah (tumbuk halus)
8 biji limau kasturi (perah jus, buang biji)
1/2 biji tomato (potong dadu) - mala tambah

Cara-cara
1. Masukan semua bahan-bahan yang telah di sediakan ke dalam mangkuk yang sesuai dan gaul sebati. Boleh di tambah garam atau gula mengikut kesesuain selera. Hidang bersama ulam-ulaman.

Saturday, April 20, 2013

kangkung tumis belacan


setahun duduk di oman setahun jugak la tak makan kangkung. walaupun kangkung sentiasa ada kat pasar, kedai runcit, supermarket. sebabnya husband tak suka kangkung. ai suka you kangkung!! 

weekend lepaih ai tak tahan dah nampak kangkung kat supermarket. ai rembat 2 ikat. bila timbang harga OMR 0.150 dalam RM 1.20.  udang kering pun ada sikit lagi. perggh! sedapnya kangkung belacan! tapikan orang tu kata dia tak suka makan kangkung. ai tengok dia pun belasah sekali sama naik dengan ai :-) hahaha sekali hadap saja kangkung tu. ada la tinggal sikit ja kotkot aimi balik sekolah nanti nak try. kalau dia suka ada lah kaki nak makan kangkung belacan lagi.

resepi dari hasue

Bahan-bahan ( semangkuk besar )
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah (nak pedas, bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis/udang kering*
1 sm (atau lebih) belacan*
garam dan perasa (ajinomoto) secukup rasa
minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara
1. Potong kangkung mengikut citarasa, bersihkan dan toskan. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan kacau sehingga naik bau atau sedikit kekuningan..
3. Masukkan garam dan perasa. Kacau sekejap dan masukkan kangkung.
4. Gaul rata dan kacau sehingga masak (jgn terlampau masak) Bagi yang suka berkuah boleh di tambah sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api.
5. Hidangkan segera dengan nasi panas. (hepp!org dlm pantang takleh mkn kangkung,org tua2 ckp takut sejukkk)huhuu.. :P

Thursday, April 18, 2013

cucur nasi udang kering


abah ada appointment service kereta pukul 6:30am. sekarang ni dah awal cerah. menandakan summer dah tiba. siangnya panjang malamnya pendek.

pagi ni sarapan cucur. memandangkan nasi semalam ada lebih, cukup untuk buat cucur nasi udang kering. guna udang kering saja sebab stok ikan bilis makin menyusut. kena simpan untuk sambal. udang kering jarang guna. paling-paling perencah nasi goreng. kali terakhir buat cucur dalam hujung bulan 9 tahun lepas. lama dah tu ... memang tak rajin menggoreng :-)

kalau sempat sat gi nak p ke Muscat City Centre nak cuci mata kat butik Clarks.
iklan sat  discount up to 50% from 4th Apr until 3rd May kalau ada rezeki nak berclarks sepasang.

adam pulak tak habih-habih nak ke toy r us. walaupun setiap kali pergi sekadar cuci mata. tak larat la nak beli toys setiap kali jalan kat mall.

 ini burung indian roller yang singgah kat tingkap betul-betul sebelah meja komputer kelmarin. warna hijau dan biru ...




Wednesday, April 17, 2013

puding jagung




welcome summer! hari ni suhu di muscat 37C. suhu meningkat agak mendadak. sekolah pun dah keluarkan panduan berapa banyak air harus di minum budak-budak dengan cuaca panas ni. hari ni buat puding jagung. kakak request last week. sedap makan cuaca panas ni. puding ni tekstur lembut. 

sebelum tengok resepi ada sikit cerita di dari timur tengah .....

petang semalam (16/4) berlaku gempa bumi berskala ritcher 7.8 di iran berhampiran sempadan pakistan. rumah ni bergegar jugak. glass door pun bergegar.  gegaran turut di rasai di dubai dan abu dhabi. 

so sekarang baru tahu yang di oman juga boleh berkemungkinan berlaku gempa bumi setelah rujuk peta di bawah. dari website earthquake pula hari ni (setakat ini) ada 4 lagi gempa di iran. tanpa kita sedar punya la banyak gempa bumi setiap hari!




sukatan air dan gula bergantung kepada serbuk agar-agar. ikut arahan pada label.

Bahan-bahan
10 gm agar-agar serbuk
1L air masak/tapis
250g gula
1 tin susu cair
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastad
1 sk pewarna kuning
1 tin jagung manis/krim jagung

Cara-cara
1. Masukkan agar-agar serbuk, gula dan air ke dalam periuk dan masak sehingga semua bahan larut.
2. Apabila semua bahan larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastad yang telah dibancuh dengan susu cair.
3. Masukkan krim jagung dan pewarna kuning.
4. Selalu di kacau sehingga agak pekat dan matikan api.
5. Tuang/sejukkan ke dalam loyang yang telah di basahkan dahulu.
6. Sejukkan di dalam peti ais.

Tuesday, April 16, 2013

jom pi mar_ket!



sotong katak, lobster .. ady greatsword kata sedap masak spagetthi dan ikan pari apatah ..


pengusaha nasi dagang suka la mai market ni ...



pilih ikan sampai kaki naik ataih!


udang brutal!

kerapu hitam/kertang 
quote dari adik ipar yg kaki pancing dia kata mata terjojol 
sebab perubahan tekanan air semasa didaratkan


 ikan kecik-kecik campoq-campoq

 ikan talang


 isi ikan yang di perap dengan garam. ikan masin/pekasam arab??
selalu nampak garam saja. kali ni ada yang hijau-hijau. tak tau apa. 
satu hari nak kena beli baru tau sedap ka tak? 
walaupun rupanya kurang menyelerakan ;-)


dah siap beli ikan boleh la hantar kat bahagian ni untuk di siang. 
bayaran bergantung kepada tukang siang.
 

dah beli ikan kita beli sayoq dan buah pulak. kecik saja bahagian sayoq. 
 satu lorong tu ja la. sayoq-sayoq ok-ok saja la. 
tak semeriah pasar tani kita. pucuk paku, toge, daun kunyit, serai, tak dak la :-(



Monday, April 15, 2013

kenangan umrah

alhamdulillah ... syukur dan terima kasih kepada Allah swt untuk pengalaman dan kenangan terindah ini. umrah 27hb mac - 3hb april umpama mimpi jadi kenyataan. perancangan yang di rancang bertahun hanya terlaksana ketika kami di oman. semuanya telah di atur baik dan cantik.


 

di sini mala abadikan koleksi gambar di mekah yang di edit oleh adik sebagai kenangan. moga bila anak-anak dah besar dan berkeluarga nanti akan menjejak kaki ke sini lagi dengan keuarga masing-masing.



Sunday, April 14, 2013

hujung minggu baru

bermula 1mei cuti hujung minggu di oman ialah jumaat dan sabtu. sama la kita huda
 

 His Majesty Sultan Qaboos bin Said



Muscat -
The biggest news on Saturday this week in Oman was not just the announcement of the new weekend from May 1, which will now be on Friday and Saturday for the entire country.

For the first time, His Majesty Sultan Qaboos bin Said has directed that the nation – both public and private sectors - must follow the same period of holidays on all national and religious occasions. The statement by the Council of Ministers also said that the number of holidays will be determined by the existing Royal Decrees.
Typically, the period of holidays for the public sector on all occasions from Eid to National Day usually exceed that of the private sector by one to three days.
Saturday's decision also means that Saudi Arabia remains the only GCC country to have Thursday-Friday as its official weekend.
A clearly excited chairman of the Oman Chamber of Commerce and Industry (OCCI), Khalil al Khonji, told Muscat Daily, “We have been waiting for this for a long time and I am happy to say that this will help us attract more Omanis to the private sector. We are deeply thankful to His Majesty the Sultan for his decision on this issue.”
Khonji also pointed out that now with a fixed number of holidays, there will be no more uncertainty with public institutions, for example hospitals, who typically would not be able to give appointments when longer holidays were expected due to uncertainty regarding the dates.
While the public sector has had a two-day weekend since the late 1980s, the two-day weekend for the private sector only took effect from November 2011.
Khonji said the benefits of the Friday-Saturday weekend are manifold. “There will no longer be families with different members following different weekends. Now our children will also have the same weekend. For business, this is very good news because this will shorten the gap between us and Europe; we used to lose four days before.”
In end-2012, H H Sayyid Fahd bin Mahmoud al Said had met with senior business leaders from the private sector to highlight the government’s commitment and efforts to provide a healthy and conducive environment for the private sector to flourish.
The attendance of a number of ministers and government officials as well as the OCCI chairman at the meeting held at the Council of Ministers' headquarters in Muscat bore testimony to the significance the government has been attaching to the role of private players in the overall progress of the nation.

Saturday, April 13, 2013

kek cheese bersalji



snowy cheese cake in the house. kek ni memang gebu-lemak-sedap. 1st time makan masa di brunei. memang famous kek ni kat sana.

resepi dari sherry_mz

Bahan-bahan  (loyang 9")
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong/superfine  (mala guna tepung gandum)
60g tepung jagung 
50g air sejuk (dari peti ais)
1 st baking powder
2 sb ovallete
75g mentega (di cairkan)

Bahan krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
Satukan kedua bahan dan putar sehingga sebati.

Bahan tabur
1/2 kotak kraft cheddar cheese - di parut halus

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk pengadun.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkann mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit mentega.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Setelah kek masak biarkan sejuk. Setelah kek sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheddar cheese yang telah di parut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum di potong.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...