Thursday, June 30, 2011

dua bulan telah berlalu



alhamdulillah ...

genap dua bulan babysit daniel. seminggu lagi daniel dah 5 bulan.  mula ramadhan nanti kita puasa, daniel will start his first solid food. 

last week beli kan dia teether. gusi dia dah gatai sungguh, gigit sana gigit sini. habis dengan jari-jari kita pun dia bedal. air liur meleleh-leleh tak payah cerita la. kalau tahan dengan baldi boleh buat bekal masa tak dak ayaq kat kl ni.


mama mala pun dah kurang (malas la yang betoi) nak mencuba itu-ini di dapur. banyak mencuba, berat pun naik so kita bagi dapur tu relax sikit sementara mama kurangkan dalam sekilo-dua hehehe. petang-petang dah start jalan kaki ke sekolah pick-up aimi. puasa nanti dah tak dapat jalan lagi.

ramadhan nanti kita cuba-cuba juadah untuk berbuka pula. last year, every monday to friday tak miss buat kuih itu dan ini. tukar-tukar dengan jiran. tahun ni kita tengok dapat buat ke tak. weekend selalunya beli kat bazaar ramadhan tmn setiawangsa.

ayam golek


murtabak singapore

kambing golek

hajat di hati nak buat cookies untuk mama dan mil. resepi banyak dah dok copy paste .. buatnya belum tentu lagi ...

PS: dalam berhajat diam-diam dah 6 balang cookies aku order. untuk raya kat rumah kita la. biasa la kan, aku kalau buat biskut tray yang 1st dengan 2nd ok mai tray ke3 dan seterusnya dah jadi macam-macam bentuk :)
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, June 27, 2011

assam prawn



when I was growing up, a very common dish that my mother cooked is the Assam Prawn. now this dish has become my children's favourite.

this is a super easy killer dish! just prawns marinated with tamarind paste (I used Adabi pes asam jawa), sugar and salt for about 20 minutes. fry in hot oil. serve immediately.

good with nasi lemak as well. yummy!!
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, June 24, 2011

free recipe book


ting! tong! 
mama! it is the postman!
yeah! dapat buku resepi free ..

koleksi resepi dari Amy Beh menggunakan susu Carnation
actually ni contest apa tah tak ingat nampak kat paper 
semua penyertaan akan dapat buku resepi ni

just submit the contest form with 3 labels 
of Carnation Evaporated Creamer

ada kot jawab soalan .. hehehe tak ingat


have a lovely weekend everyone!
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, June 23, 2011

apam mekar (no mood)

senyum dalam paksaan ..



apam lagi!

amboi... bukan main sombong apam ni dalam banyak satu saja mau senyum. tu pun tak ikhlas! tak dak mood la kot.. kelmarinkan mendung saja tapi tak hujan pun.

nak kena pi cari acuan yang berlubang-lubang tu baru cun! unutk 1st trial ni kita cuba buat separuh adunan sahaj.

resepi dari rossitamz 

Bahan-bahan ( 50pcs )
200gm - 250 gm gula
2 biji telur
1 sk esen vanilla 
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sk ovallate
pewarna
acuan kertas (papercup) secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika 3 warna bahagikan kepada 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup-balikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
8. Letakkan papercup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
9. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup)
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, June 20, 2011

apam dot dot




bersama ibubapa tersayang ;-)
apam ni aka apam polkadot aka apam dino. projek hari minggu. memang tabik spring la pada pengusaha-pengusaha apam dot-dot ni. letih dan berpeluh nak buat.

resepi dari lyne

Bahan-bahan
3 biji telur (buang tali pusat untuk hilang bau hanyir)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar
3 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sk ovallete

pes dan pewarna  yang disukai

Cadangan inti - sekaya, jem, kelapa, coklat dll

awat la pic cheq suka terbalik?

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
2. Masukkan susu berselang-seli dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer.
3. Tambah esen vanilla dan ovallette, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah tekstur menjadi gebu. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang/acuan tart/ acuan apam asalkan berlapik.
6. Picitkan inti secukupnya
7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
8. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
9. Jangan buka api besar semasa mengukus kerana apam akan merekah.
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, June 17, 2011

bubur kacang merah




bila ternampak kakjee buat bubur ni teringin pulak nak rasa. selalu buat kacang hijau saja. masa singgah kedai runcit nampak kacang merah paket kecik-kecik RM1.50 terus beli. beli paket kecik saja sebab kita sorang saja yang suka makan bubur-bubur manis ni.   

actually masak ni main agak-agak saja. satu peket kacang merah dan satu peket kecil santan segar. letak gula merah sikit dan gula putih jugak. kalau nak resepi yang sukat betul boleh refer pada resepi cmg di bawah atau pun cuba resepi kakjee.

dulu-dulu masa kecik kalau pi Gama Supermarket suka makan gerai bubur kat situ. boleh view gambar2 gerai ni di sini. ni cerita kat Penang zaman dulu-dulu. paling suka makan bubur kacang hijau letak pulut cicah roti benggali.

resepi dari cmg

Bahan-bahan
2 cwn kacang merah, cuci dan rendam semalaman
1L santan kelapa
gula secukup rasa
1/3 st garam
2 helai daun pandan, disimpul

Cara-cara
1. Rebus kacang merah tadi hingga empuk.
2. Tambah daun pandan dan santan. Masukkan gula secukup rasa, kacau dan biar mendidih.
3. Akhir sekali masukkan garam, kacau rata dan masak sekejap.
4. Matikan api dan boleh hidangkan samada sejuk atau panas.


btw, today I celebrate my 36th birthday ... 
what I love about my birthday is, I was born on my mum's birthday.
what a special moment to deliver your first child on your birthday.
happy birthday mama!



.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, June 16, 2011

mihun goreng siam



ahad lepas punya breakfast :-)

resepi dari kakjee

Bahan-bahan
½ peket mihun beras (direndam sehingga lembut)
sedikit daging (rebus dan potong kecil - tak letak)
udang segar (isi ayam dan fishcake)
cili kering (ikut suka kepedasan)
2 biji bawang besar yang sederhana*
4 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering (dicuci dan toskan)*
1 sudu besar tauchu*
3 tangkai sawi (dipotong seinci setengah)
dua genggam taugeh (tak letak lupa beli)
minyak untuk menumis
 

cadangan hiasan
limau kasturi
daun sup/daun bawang/bawang goreng/hirisan cili
beberapa biji telur di jadikan telur dadar dan hiris halus

Cara-cara

1. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air sehingga halus. 
3. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan kisar/tumisan dan tumis sehingga garing. Sekiranya mengguna daging rebus, masukkan ketika sudah garing. jika tidak, masukkan dari awal. Setelah garing, masukkan udang basah dan sawi dan besarkan api. Goreng pantas dan masukkan mihun dan sedikit air. 
4. Perlahankan api dan kacau sekerap mungkin sehingga mihun masak. Kemudian  masukkan tauge dan gaul sehingga rata selama 1 atau dua minit atau sehingga taugeh setengah masak (supaya taugeh kekal ranggup)
5. Perisakan dengan garam atau sos ikan jika perlu kerana udang kering dan tauchu sudah cukup masinnya. 
6. Hidangkan dengan menabur daun sup/daun bawang/bawang goreng serta telur dadar. Juga perahkan sedikit limau kasturi.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, June 15, 2011

kaya lemon



dah try? produk baru dari Silver Bird

baru i think ... ke aku yang baru nampak :)

i like!!
.
.
.
.
ttfn
mala

Tuesday, June 14, 2011

agar-agar




tengok sana-sini orang dok buat puding. teringin tapi malasnya la nak buat... agar-agar yang paling senang dan ringkas. dulu-dulu kat penang makcik-makcik juai kuih mesti ada juai agar-agar ni. sebijik macam ni hehehe

Bahan-Bahan
12g agar-agar tali
250g gula batu
1 bungkus air (menggunakan pembungkus plastik agar-agar)
1 senduk kecil sirap ros
2 helai daun pandan disimpul
pewarna

awat pic ni terbalik pulak ...
Cara-cara
1. Agar-agar tali digunting pendek-pendek dan rendam sehingga lembut.
2. Rebus agar-agar bersama daun pandan sehingga agar-agar hancur.
3. Masukkan gula batu dan kacau hingga gula larut.
4. Masukkan pewarna dan sirap ros. Kacau hingga rata.
5. Setelah menggelegak tutup api dan tapis agar-agar kedalam acuan dan biarkan betul-betul keras.
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, June 13, 2011

cucur kentang udang




rasa lapaq bila nampak cucoq kat rumah makqis. makan panaih-panaih sambil minum ayaq teh O sedap.....

resepi dari makqis

Bahan-bahan
A - campurkan semua bahan dalam satu mangkuk dan gaul rata
2 cwn tepung gandum
1/4 st baking soda
1 cwn udang kecil putih
3/4 cwn bawang besar putih cincang
1 biji cili merah cincang
1 cwn daun kucai cincang
3/4 cwn kentang potong dadu
2 sk garam
1 sb gula
1 sk kunyit serbuk

B - sukatan air untuk membancuh cucur
1/2 cwn air panas thermos + 1 1/2 cwn air biasa

C
1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. Tuangkan air sedikit-sedikit kedalam campuran tepung dan gaul rata.
2. Tambahkan setengah cawan tepung (bahan C) sedikit-seiikit dan gaul hingga betul-betul sebati. Bancuhan cucur harus likat.
3. Panaskan minyak dalam kuali.  Sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng terendam hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
4. Hidang panas dengan sos cili/tomato/mayonis.
.
.
.
.
ttfn
mala

Saturday, June 11, 2011

spaghetti tumis sardin


bila jumaat saja dia mai ... jadi malaih. dah fridge dengan pantry pun dah kosong. untuk lunch masak ala pek dan tin. sepeket spaghettii dan setin sardin. tapi licin jugak budak-budak ni makan.

Bahan-bahan
sepeket spaghetti - rebus al-dante
setin besar sardin - buang sos tinggalkan sikit saja, tulang tengah ikan sardin dibuang
bawang putih - cincang
bawang besar - cincang
lada hitam -  tumbuk kasar

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu masukkan lada hitam.
2. Masukkan sardin dan spaghetti. Gaul rata. Ikan sardin akan hancur setelah digaul.
3. Perisakan dengan garam. Siap!
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, June 10, 2011

pizza rolls


second batch yang membuak-buak

rupa sebelum masuk oven
untuk minum petang kelmarin. nak habiskan tepung roti dan mozarella sebelum expired. inti hanya sosej.  licin di kerjakan budak-budak ... alhamdulillah


resepi dari ttm

Bahan-bahan
200ml air
1 3/4 sk yis
2 1/2 cwn tepung roti
1 sb minyak zaitun
1 sk garam

Bara-cara
1. Satukan air dan yis. Biarkan 5- 10 minit.
2. Satukan bahan-bahan yang lain didalam bekas.
3. Masukkan campuran yis ke dalam tepung.
4. Gaul rata dan uli sehingga doh tidak melekat dan licin. Perap selama 45minit - 1 jam.
5. Setelah doh naik dua kali ganda tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada dua bahagian.
6. Setiap satu bahagian ratakan jadi 4 segi, sapu sos pizza, tabur bahan-bahan inti dan keju.
7. Setelah siap, gulung dengan berhati-hati dan potong setebal 1 1/2 inci dengan pisau yang tajam. Saya potong 6 sebab menggunakan bekas muffin 6 lubang :-)
8. Susun dalam dulang muffin atau di susun rapat-rapat.
9. Bakar suhu 200C.





Thursday, June 9, 2011

sambal telur limau purut


resepi dari syarasin

Bahan-bahan
3 - 4 biji telur - di rebus dan di goreng kekuningan
1 helai daun limau purut - dihiris halus
7 biji cili kering - di kisar
2 biji bawang merah/besar - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
1 inci belacan
1 biji jus limau nipis/purut/kasturi ( optional )
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih , halia dan cili kering kisar sehingga garing.
2. Masukan belacan , jus limau, garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila tumisan sambal sudah timbul minyak masukan daun limau purut.
4. Akhir sekali masukkan telur rebus yang siap digoreng. Kacau sebati dengan sambal.

my limau purut

my limau kasturi

.
.
.
.
ttfm
mala

Wednesday, June 8, 2011

walimatulurus

made a short trip back to penang and kedah to attend my sil's wedding. this is their second marriage for both bride and groom.


shiroh & fauzi
5 jun 2011
@ masjid changlun


pasangan pengatin 
bersama anak-anak shiroh, danial & akmal 



adam berposing gaya budak baru sunat seminggu 
di dalam masjid changlun sementara menunggu akad nikah selesai



sempat sediakan dua biji kek coklat sebagai buah tangan untuk 
famili di penang dan mertua di kedah. resepi disini.
.
.
.
.
ttfm
mala



Tuesday, June 7, 2011

homemade hot&roll paratha



this is a scheduled post :-)


dah dua kali makan kat outlet Hot&Roll AEON AU2. menarik produk dia dan ringkas saja sebenarnya. boleh dibuat sendiri di rumah. malam ni kita buat hot&roll sendiri :-)

Bahan-bahan
1 paket instant paratha/capati (5keping)
5 batang sosej - di goreng/rebus sebentar hingga masak
bawang besar - dicincang
serbuk lada sulah/hitam
kejut parut secukupnya - mozarella/cheddar/parmesan
mayonis
sos cili/tomato/thousand island


Cara-cara
1. Masak paratha/capati atas kuali leper atau non-stick.
2. Setelah satu bahagian masak, terbalikkan paratha/capati.
3. Letak sosej di satu hujung dan tabur bawang cincang, keju parut dan lada sulah.
4. Picitkan mayonis dan sos kegemaran.
5. Apabila keju mula mencair gulung paratha/capati dari arah hujung sosej dan tekan-tekan sedikit supaya melekat. Siap!
.
.
.
.
ttfm
mala

Friday, June 3, 2011

sugar cinnamon palmiers





aka elephant ears ;-)


Bahan-bahan
1 paket puff pastry sejuk beku (dilembutkan tapi masih sejuk)
gula
serbuk kulit kayu manis

Bahan-bahan
1. Letakkan sekeping puff pastry di atas papan pemotong atau kitchen counter yang bersih. Nipiskan sedikit puff pastry dengan rolling pin. Tabur gula dan serbuk kayu manis.
2. Gulung dari kedua-dua arah sehingga bertemu ditengah.
3. Potong menggunakan pisau yang tajam lebih kurang 1/2 inci.
4. Susun atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas dan di sapu mentega/marjerin.
5. Bakar pada suhu 200C selama 10-12minit atau hingga keemasan.

Nota: Kalau dapat puff pastry yang lebih besar lagi cantik. Jenama Kawan dapat kecik je.. :-)
.
.
.
.
ttfm
mala

Wednesday, June 1, 2011

mini pizza




pada suatu malam ketika keluar dari rumah untuk menghantar kakak ke kelas tusyen, anak-anak telah ternampak mat pizza di rumah sebelah. ah! sudah! mula la 'mengorder' dari mama. dah lama mama tak buat pizza. ok la cuti nanti mama buat pizza. TETAPI memandangkan malam ni (jumaat 27hb) tak ada benda nak di makan; pukul 5pm mama pun mula menguli. maka makan lah pizza malam tu.

resepi dari fendi

Bahan-bahan ( 10 biji )
200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung

Topping:
- mozarella
- sosej
- cendawan
- nenas
- bawang
- sos pizza
- telur untuk sapu pada roti

Cara-cara (telah di edit dari resepi asal)
1. Satukan semua bahan kecuali air dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat, licin dan lembut.
3. Perap selama 1jam atau naik 2 kali ganda.
4. Tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit
5. Ambil sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm.
6. Buat sehingga habis. Biarkan naik 2 kali ganda.
7. Letak topping kegemaran.
8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang. 
.
.
.
.
ttfm
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...