Saturday, May 21, 2011

roti sosej mini










resepi dari yani 

Bahan-bahan ( 16 biji )
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
8 btg sosej (bagi 2= 16btg)
susu segar utk sapu di roti
 

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pada breadmaker untuk buat doh roti.  (Atau uli secara manual sehingga doh licin, tidak melekat dan berkilat. Rehat selama 1jam)
2. Bila dah siap, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3. Ambik sebiji doh, gentel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Setelah doh kembang ia akan menetupi semua bahagian sosej) 4. Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
5. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar untuk kelihatan lebih perang. 

6. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.




5 comments:

  1. wow Mala...gebunya roti tu..sampai tenggelam sosej

    ReplyDelete
  2. kat sini susah la nak dpt tepung roti..blh x guna tepung gandum jer dan lebih kan yis..

    ReplyDelete
  3. cute la bun neh mala...akak semalam dok pikir nak buat bun sosej jugak...last2 x jadi...p buat karipap sardin...esok masih ada...hehehe

    ReplyDelete
  4. as-salam mala
    Waaah..gebunye roti...macam pipi daniel..hahaha..

    ReplyDelete
  5. Nazrah - hahaha malu lak sosej tu.. ;-)
    akuamy - kalau guna tpng gandum biasa boleh tapi tekstur tak sama dan akan cepat keras.
    MQ - karipap kita fail la... jom tukar
    ady- wasalam hahaha betoi2 mcm pipi daniel.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...