Thursday, May 19, 2011
blended orange with grated carrot cupcake
esok Adam ada sambutan hari guru di Kindy. di sebabkan cikgu dah pesan kena bawak healthy food so mama pun buat la cupcake yang mudah ni. kira healthy la sebab ada orange dan carrot. idea untuk menambah lobak merah datangnya dari nazrah menggunakan resepi asal dari kakfida. cuma mama parutkan carrot.
Bahan-bahan
1 biji buah oren
1 batang lobak merah (sederhana besar) - disagat
1 cwn minyak (I used corn oil)
3/4 cwn gula halus
3 biji telur
2 cwn tepung gandum*
1 sb baking powder* (*diayak bersama)
1 sk esen oren
Cara-cara
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah.
2. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
3. Masukkan ke dalam pengisar bersama, minyak, gula dan telur. Kisar sehingga halus.
4. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan lobak yang telah diparut. Masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati.
6. Tuangkan adunan kedalam cawan kertas. Bakar pada suhu 170C selama 15 - 20 min atau sehingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sukanya budak yg pegang bakul tu..cikgu mesti suka sebab kek yang healthy....sedap kan
ReplyDeletemmg suka ... blm msk rmh dah pesan esok kena bwk food ada party :-)
ReplyDelete