Tuesday, May 10, 2011

frittata makaroni berkeju





this is a scheduled post ;-)

our dinner last two weeks. resepi telah di olah mengikut bahan-bahan yang ada dalam simpanan.

resepi idea dari mykitchensnippets

Bahan-bahan
3-4 cwn makaroni - direbus dan tos
4 btg sosej - di dadu
2 ulas bawang putih -di  cincang
1 labu bawang besar - di cincang
1/2 cwn sayur campur beku - carrot, peas, corn
4 biji telur
1 cwn susu segar (kotak)
1/2 cup keju cheddar/mozarella/parmesan
garam dan lada sulah/hitam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan oven pada 180C. Sapu majerin pada loyang bulat 8".
2. Didalam bekas satukan telur, susu dan keju. Pukul hingga sebati dan ketepikan. 
3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan naik bau. Masukkan sosej, sayur campur, garam dan lada. Setelah sebati dan sosej masak, masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul sebati dan tutup api.
4. Tuang makaroni goreng tadi ke dalam loyang dan tuang bancuhan susu dan telur. Taburkan keju.
5. Bakar selama 30minit. On kan pemanas bahagian atas untuk mencairkan keju selama 5minit dan keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebentar selama 5-10minit. Boleh la dipotong dan makan dengan sos cili.






2 comments:

  1. wow...menarik resepi ni...
    anak anak kita pasti suka...

    ReplyDelete
  2. suka resepi yang mcm ni, sekali masak dalam satu bekas, kenyang satu family.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...