Monday, May 30, 2011

banana chocolate muffin




tergoda pulak nampak muffin ni di blog makqis  kebetulan pisang emas yang di beri jiran ada lagi dalam freezer. dah hitam legam pun. semalam dah keluarkan pisang letak bahagian sejuk.

baby daniel datang rumah pukul 7am, then 7:30am dia tidur. pukul 8am hantar adam ke Kindy, balik sidai baju, check FB dengan email (sempat lagi tu), cepat-cepat sediakan semua barang-barang nak masak untuk lunch then terus bancuh muffin.

tepat 9:30am baby daniel bangun 6biji muffin dah pun masak. seronok aimi dapat bekal muffin ke sekolah hari ni.

resepi asal menggunakan Food Processor tapi kita guna wooden spoon saja. jadi resepinya kena edit sikit la.

resepi dari yani

Bahan-bahan ( -+12 biji )
170g tepung gandum *
30g serbuk koko *
1 sudu kecil baking powder *
130g gula
secubit garam
100g coklat masakan - potong jadi kecil-kecil atau guna chocolate chips
2 biji telur - dipukul sedikit >
75ml minyak masak >
100ml susu segar >
sedikit vanila esen >
2 biji pisang - di lenyek >

Cara-cara
1. Panaskan oven sehingga 170C.
2. Ayak bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula, garam dan coklat. Gaul sebati mengguna senduk kayu.
3. Kemudian masukkan bahan yang bertanda (>). Gaul sehingga sebati.
4. Cedukkan ke dalam cup muffin. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
5. Cadangan hiasan - tabur aising sugar/badam cincang/coklat cip/hirisan pisang.





6 comments:

  1. alamak mala...akak pn tetibe teringin plak muffin pisang pagi neh...hehehe...ada lagi tak..mai sikit

    ReplyDelete
  2. ala kita baru je habihkan stok pisang buat lepat kalau idak buleh buat muffin ni

    ReplyDelete
  3. mq - mmg best la muffin ni
    cm - tak pa peram dulu resepi hehehe
    nazrah - permurah la katakan, byk la choc hip nya :)

    ReplyDelete
  4. As'salam mala

    semalam baru habis stok pisang buat jemput2 pisang perasa koko :D

    salam kenal ya, singgah dari dapur Ady tadi terus masuk kesini :)

    ReplyDelete
  5. wassalam kak CT, terima kasih sudi singga :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...