Monday, May 23, 2011

talam keledek berlauk



buat talam ni untuk kenduri aqiqah daniel semalam di rumah mak tok daniel. resepi asal dari hanieliza menggunakan keladi tapi digantikan dengan keledek. stok keledek yang di bagi mama daniel tak habis-habis. dah tak ada idea nak buat apa dengan keledek kita jadikan talam. rezeki orang kampung sg. pelong :-)

resepi dari hanieliza

Bahan A
2 cwn tepung beras
2 sb tepung ubi
2 sb tepung gandum
6 cwn santan - 1 biji kelapa
1sk garam

Bahan B
2 cwn ubi keladi - potong dadu, rebus dan toskan (diganti dengan keledek)
2 sb udang kering
4 tangkai cili merah - cincang
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup - racik
2 sudu besar bawang goreng

Bahan C - hiasan
3 tangkai cili merah - cincang
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang - racik

Cara-cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yang telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.



cupcakes with daniel's edible pics - bukan mama yang buat ;-)

adam sempat berposing dengan wooden crocs
nak buat gaya macam pic abah di Darwin







3 comments:

  1. Mala...kak cek penh buat talam keladi...kalau talam keledek mesti lagi sedap ni sebab ada rasa manis2 keledek tu kan...leh tryla nak buat nanti...tq ek kongsi resepi...:)

    Adam...anak ayah...mesti nak tiru cam ayah jugakla...kan Mala...:)

    ReplyDelete
  2. not bad rasa dia ... walaupun selalu kita guna keladi.

    biasa la adam tu... hero sorang. dia memang look up to his dad!

    ReplyDelete
  3. Hello Mala, wow! That talam keledeklooks delicious.
    I guess ini tentu tiga pinggan nasi lichin, ha ha.
    Can see you ada black belt in cooking.
    If you masak fish head curry jemput saya, ha ha.
    Ada sambal belachan?

    Keep a song in your heart and have a great week.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...