Monday, May 2, 2011

apam pisang tanpa telur dan minyak



pagi-pagi dapat pisang dari jiran  ....  lepas blogwalking nampak resepi ni di blog nazrah. separuh dah dimakan aimi dan adam. cepat-cepat simpan dalam 5biji untuk cuba resepi ni.

resepi dari kakfida

Bahan-bahan
1 cawan pisang lecek
1 cawan gula perang / gula halus (150g campuran gula)
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sk bicarbonate soda
4 sb susu segar

Cara-cara
1. Tepung dan bicarbonate soda diayak bersama.
2. Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
3. Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.
5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.





4 comments:

  1. haáh mcm tak caya... lembut saja

    ReplyDelete
  2. Mala....menu sihat ni...tak de telur...tak de minyak....

    ReplyDelete
  3. insyaAllah sihat cikcek ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...