Wednesday, November 9, 2011
kuah kacang
resepi dari ummizaihadi
Bahan-bahan
500 gm kacang tanah (jenis kecil), digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar/tumbuk halus - cheq guna kacang yang dah siap tumbuk hehehe
8 sb cili kering yang dikisar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
3 sb udang kering - rendam dan tumbuk
1/3 cwn air asam jawa
1500 ml air/secukupnya
1 ketul (3/4 cawan) gula melaka - dicincang halus
gula pasir secukup rasa
garam secukup rasa
1/4 cwn minyak masak
Bahan Kisar Halus
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai - diambil bahagian putihnya
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan sedikit air, masak hingga naik minyak.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan udang kering.
4. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka, gula pasir dan air asam jawa. Kacau sebati.
5. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk/kisar tadi dan gaul rata sebentar.
6. Masukkan sebahagian dulu air dan masak kuah kacang hingga agak pekat. Tambah lagi air selebihnya dan garam secukup rasa. Masak lagi dengan api sederhana hingga kuah benar-benar pekat dan naik kemerahan. (lagi lama lagi bagus, biar kacang pun pecah minyak)
7. Akhir sekali seimbangkan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidang dengan nasi impit/jemput-jemput udang pun boleh.
.
.
.
.
ttfn
mala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as-salam mala
ReplyDeleteLama dah tak masak kuah kacang ni.. makan dengan nasi himpit, heeeemmmmmmmmmmm memang sedap!!!!
kak eni pun baru buat nasi impit mala....tapi bila tgk resepi mala lagi rajin...kak eni punya resepi pakai taruh2 saja...kacang blend sekali dgn kulit...he he...
ReplyDeletewasalm ady - waktu tinggal gi penang suka makan ni utk breakfast. beli saja :-)
ReplyDeletekak eni - lupa nak edit, cheq pakai kacang tumbuk segera :-)
assalam cheq
ReplyDeletejus buah pala tu ghasenya masam2 manih tak masam sangat cuba la ye ,kalau mau buah pala habaq ,nnti cheq boleh poskan