Wednesday, November 23, 2011

medan ikan bakar kg telok

masih cerita di PD. di sebelah malam kami ke medan ikan bakar kg telok, pasir panjang. jika keluar dari Tiara Resort ambik kiri dan teruskan perjalanan sampai nampak signboard, ambik kanan. drive saja sampai jumpa medan ikan bakar.

tempatnya kecil dengan hanya ada enam warung sahaja kalau tak silap. orang pun tak ramai. kami pergi awal sebelum gelap. takut tak jumpa tempat ni.

sampai saja terus order dinner. menu dia biasa-biasa saja. tak ada apa yang special. sama saja menu macam kat restoran tomyam :-)

dah order kami turun ke jeti. gambar makanan tak ambik la, biasa saja sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, ketam lada hitam dan khailan ikan masin.

kita tayang gambar pemandangan saja ya ... enjoy!

dua orang sedang menjala ...

ada juga yang tengah mengest power kamera




sempat lagi mengutip kerang

adam 'chom' saja muka.. dok sibuk nak snap gambaq
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, November 21, 2011

got wet in PD

kami sekeluarga berhujung minggu di Tiara Beach Resort, Port Dickson. nak balik kampung nanti takut tak sempat ke mana-mana. la ni asyik hujan. di kedah mak mertua memang sedang berjaga-jaga takut banjir. cadang nak datang KL pun di tangguhkan.

kalau ada budjet yang lebih boleh tempah terus dari TBC. macam kami ni lebih suka bercuti secara ekonomi. tak mau ajak anak bermewahan. makan kat luar saja. macam susah pulak nak cari kedai makan kat PD ni ... untuk sarapan pun bawa dari rumah. bawa bekal roti untuk makan lepas main air. licin! bawa chocolate chip cookies untuk kunyah-kunyah. licin juga!

kami tempah bilik melalui PMC. ada 6 jenis bilik semuanya. bilik studio (blok D) dengan pool view menjadi pilihan. turun dari apartment terus ke kids pool.
bilik ni ada 1 katil queen dan 1 katil single. kami bawa satu roll mattres.

ada banyak sebenarnya pemilik individu aparment Tiara ni. boleh cari di Mudah.my ada yang di lengkapi dengan microwave dan astro (kita bawa kad sendiri)

budak-budak ni bukan reti nak cuti rehat-rehat. bersantai tanpa buat apa-apa pun. nak yang macam ni. janji ada tempat boleh main air. bila balik rumah jadi letih.

 view from our room


 adam dah tak sabar nak turun
tunggu redup sikit



si sutun ;-) 

 our breakfast :-) kena la bawak sendiri apa yang patut 
sebab memang tak ada la room serive ke buffet breakfast ke. 
lain la kalau tinggal kat resort dia. 
lepas makan main air lagi!

 sebelum balik singgah di dataran Teluk Kemang. 
Adam teringin nak naik kuda. dia pilih si Tompok.

Adam sedikit stress (takut mungkin) sebab si Tompok ni 2-3 kali 
dok mengerang  (sebab ehem-ehem) sepanjang perjalan.
hahaha lawak pun ada

.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, November 18, 2011

sambal udang kerisik


selalu kalau mertau di kedah masak sambal tumis memang letak santan. sambal berkerisik ni belum pernah makan. kita masak agak-agak saja tak ikut sukatan resepi sebab udang tak sampai 500gm. masa menumis wangi je bau ... sedap sambal ni.

resepi dari nuridah
sumber dari ady


Bahan-bahan
500 gm udang galah, dibuang kulit
30 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 sb jintan putih } di kisar  serbuk
1 inci halia
½ biji kelapa dijadikan kerisik
1 cwn santan pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk ketumbar
minyak untuk menggoreng
daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara-cara
1. Goreng cili kering dengan sedikit minyak dan angkat. Kisarkan bersama-sama bawang merah, jintan dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi hingga garing, kemudian masukkan serbuk ketumbar.
3. Masukkan udang, santan, air asam jawa, kerisik, serta bawang besar yang di mayang tadi. Angkat bila udang telah kelihatan kemerah-merahan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, November 16, 2011

bahulu ros


rasanya yang sedap, wangi dan nostlagia. sekejap saja habis. separuh adunan letak dalam muffin tray tapi bahagian atas sedikit lembab. next time kena on kan sekejap pemanas bahagian atas. 1/2 lagi adunan tuang ke loyang saja dan  jadi nipis. kali ni panaskan sekejap bahagian atas. 

resepi dari mama myvi

Bahan-bahan ( saiz 20cm )
4 biji telur
1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
1 sdt esen rose
1 3/4 cwn tepung gandum
sedikit pewarna merah

Cara-cara
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
2. Masukkan esen rose
3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, November 14, 2011

karipap ufo



hodohnya la karipap .... tapi gebu :-)

resepi dari rosjintanmanis
sumber dari azlitamasammanis

Untuk pastri rapuh
400g tepung gandum
2 sb marjerin
1/2 cwn minyak
1/2 cwn air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Cara-cara
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
2. Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan jadi berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
3. Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
4. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
5. Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.


Inti keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh di ganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sb udang kering
2 sb serbuk kari
1 sb cili kisar
garam


Cara-cara
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air.
2. Kisar udang kering dan ikan bilis sehingga hancur, ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan pes serbuk kari sehingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan yang di kisar tadi dan kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air. Kacau selalu dan biarkan keledek empuk
6. Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa. Setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Cara-cara membuat 
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil
2. Canai doh nipis (sekiranya guna mesin canai set pada no 3)
3. Kemudian terap doh bentuk bulat.
4. Dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh.
5. Ulangi langkah tadi sehingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng sehingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, November 11, 2011

nasi jintan putih


sedap nasi jintan ni ...

resepi dari aayisrecipes
sumber dari makqis

Bahan-bahan
41/2 cwn beras basmati (di basuh, rendam sekejap, basuh dan tos) I used beras ponni

1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
2-3 daun pandan

4 sb minyak sapi
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih

1 1/2 kiub sayuran
4-5 sb plain yogurt
5-6 cwn air (ikut jenis beras)
2 biji cili hijau - dibelah tak payah putus - terlupa letak
2 sb susu cair
garam


kita makan dengan Taka Tala Chutney buah tangan dari fakirfikir  yang dah habis buat PhD di Adelaide, Australia. sekarang berkhidmat di UM. tahniah!


Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.
2. Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu.
3. Masukkan lada hijau, serbuk kunyit, garam dan beras yang sudah dibasuh dan tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub sayuran, susu dan air. Biarkan masak macam masak nasi biasa.
 
have a lovely weekend everyone!
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, November 10, 2011

giveaway koleksi resepi nannie



berkenan dengan piring bertangkai di atas :-)
.
.
.
.
ttfn
mala

kek coklat kukus lembab


kek raya haji :-)

resepi dari hana6877

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )
1 cwn tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko 
1 sk baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cwn gula halus
1/2 cwn mentega
3 sb susu pekat manis
1/4 cwn minyak masak (I used corn oil)
1 sk esen vanila

Topping
3-5 sb susu pekat
1/4 cwn serbuk koko 
2 sb mentega
2 sb susu segar



Cara-cara
1. Pukul telur, gula dan butter sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan.
4. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilengser minyak/marjerin. (I tuang dalam pyrex 8 x 8) Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 45minit. Setelah masak sejukkan.

Untuk topping - campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. (I microwaved sampai cair sambil kacau-kacau hehehe) Curahkan ke atas kek yang telah sejuk tadi. Hiaslah mengikut citarasa. Simpan kek di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di potong.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, November 9, 2011

kuah kacang




resepi dari ummizaihadi

Bahan-bahan
500 gm kacang tanah (jenis kecil), digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar/tumbuk halus - cheq guna kacang yang dah siap tumbuk hehehe
8 sb cili kering yang dikisar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
3 sb udang kering - rendam dan tumbuk
1/3 cwn air asam jawa
1500 ml air/secukupnya
1 ketul (3/4 cawan) gula melaka - dicincang halus
gula pasir secukup rasa
garam secukup rasa
1/4 cwn minyak masak

Bahan Kisar Halus
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai - diambil bahagian putihnya


Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan sedikit air, masak hingga naik minyak.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan udang kering.
4. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka, gula pasir dan air asam jawa. Kacau sebati.
5. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk/kisar tadi dan gaul rata sebentar.
6. Masukkan sebahagian dulu air dan masak kuah kacang hingga agak pekat. Tambah lagi air selebihnya dan garam secukup rasa. Masak lagi dengan api sederhana hingga kuah benar-benar pekat dan naik kemerahan. (lagi lama lagi bagus, biar kacang pun pecah minyak)
7. Akhir sekali seimbangkan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidang dengan nasi impit/jemput-jemput udang pun boleh.
.
.
.
.
ttfn
mala

Tuesday, November 8, 2011

raya haji kami lima beranak


raya haji memang tak pernah balik kampung. cuti singkat tak berbaloi dengan masa dan duit untuk balik kampung. kalau balik kena balik dua-dua rumah di penang & kedah. kalau tak balik nanti ada yang kecik hati. maka jadinya tak balik langsung. kita bayar hutang cuti sekolah hujung tahun nanti. jangan marah!

apa aktiviti raya haji kami tahun ni? lepas sembahyang raya, makan lepas tu kami pi sunway pyramid ....

juadah raya haji kami lima beranak .... kek coklat dan sherperd pie habis dalam satu hari. fruit tart semalam baru habis. ketupat plastik dan kuah kacang dok ada dalam peti ais lagi. ketupat cuma rebus 18 paket  saja pun tak habih. nasib baik tak beli lemang.  akan di recycle leftover ...
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, November 4, 2011

nasi goreng cendawan dan udang


nasi goreng untuk lunch tengahari jumaat yang sejuk dan damai. makan dengan sambal belacan.

Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk
2 -3 ulas bawang putih - dicincang
1 paket cendawan tiram - di koyak-koyak sedikit
udang basah secukupnya
daun bawang dan sup - di cincang
serbuk cendawan Deli Chef keluaran Cosway
serbuk lada putih
garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga agak garing dan wangi. Masukkan udang.
2. Setelah udang separuh masak masukkan serbuk cendawan. Tumis sebentar dan pecahkan telur.
3. Bila telur dah masak masukkan nasi  dan cendawan gaul rata. Tabur sedikit lada sulah dan garam secukup rasa.

Jika tidak menggunakan serbuk cendawan boleh ganti dengan kicap cair. Boleh juga tambah sayuran yang lain jika ada seperti jagung, peas, carrot atau pun hirisan kacang panjang. Kalau nak pedas boleh letak hirisan cili padi.

Have a lovely weekend and Salam Aidil Adha everyone!
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, November 3, 2011

pindang serani


mencuba resepi dari seorang kawan yang sama-sama menetap di Brunei dulu dan kini di Doha, Qatar.
 
kita memang suka lauk macam ni. yang masam-masam pedas. boleh dijadikan lauk orang berpantang juga ni.

bila nak masak tu ada saja benda yang tak dak. macam kunyit hidup, korek-korek peti ais alaaa... lupa aku dah pi tanam kunyit hidup. masa dok tersadai elok ja, tak pulak nak pakai. dah malas nak pi korek kat tanah ganti dengan kunyit serbuk. cili padi pun sama, stok dalam peti dah sedia maklum habis. pi jengok kat belakang dalam pasu pun tarak. so, ganti dengan cili hidup saja. boleh la Huda ye.... :-)

resepi dari hudaahsin

Bahan-bahan
1/2 kg ikan pilihan - (ikan jenahak)
1 biji bawang besar - hiris
1" kunyit hidup - hiris
2 ulas bawang putih*
5 biji lada cili*
1" halia*
1 btg serai*  (bahan* diketuk)
3 keping asam keping
garam
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
2 cwn air

Cara-cara
1. Tumis semua bahan-bahan yang telah dihiris dan diketuk sehingga hampir garing.
2. Tambahkan asam keping, garam, serbuk lada hitam dan lada putih.
3. Tuangkan air dan didihkan.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan reneh sehingga ikan masak.
5. Sesuaikan rasa masam dan masin. Sedia untuk dihidang.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, November 2, 2011

roti telur cis!



untuk sarapan pagi ni kita makan roti telur kapit cheese. buat macam biasa sama macam kita buat roti celup telur (french toast) cuma di dua keping roti letak cheese sekeping di tengah-tengah celup dalam telur yang telah di pukul dan goreng. tak gaduh nak buang-buang kulit. makan saja semua, kenyang! :-)
.
.
.
.
ttfn
mala

Tuesday, November 1, 2011

kerabu mangga



 
terlioq tengok makqis buat kerabu mangga. kita buat ikut apa yang ada di dapur. mangga yang di bagi jiran tinggal sebiji lagi. dah berapa hari tapi tengok tak masak-masak. dok keras. bila di kupas putih saja isinya. dah dihiris baru nampak kuning-kuning sikit. tak brapa keras. elok sangat di buat kerabu. sambil menaip dok tertelan ayaq lioq!

Bahan-bahan
1 biji mangga sederhana besar
2 biji cili padi
1 cili hidup
1 biji bawang besar
1 helai daun limau purut
1/2 biji tomato
2 sb udang kering - rendam, tos, disanggai & tumbuk

1 biji limau kasturi
1 - 2 sb nampla
1/2 st gula

Cara-cara
1. Hiris lima bahan yang pertama di atas. Kuantiti sebenarnya terpulang mengikut citarasa masing-masing.
2. Satukan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
3. Perisakan dengan nampla dan gula. Perah sebiji limau kasturi dan gaul rata.
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...