Tuesday, May 31, 2011

sudah potong?


Alhamdulillah

48 jam telah pun berlalu. adam telah di khatankan di Klinik Mediviron secara laser. he is recovering well.  perancangan yang tertangguh sejak tahun lepas. kesian tau ..... doktor siap suruh mama tunggu kat luar. biaq abah sorang saja yang temankan. eh-eh! macam tau-tau saja. mama bukan setakat tunggu kat luar.. mama duduk kat luar klinik terus. hehehe kakak alia & aimi pun sama ikut mama sebab tak sanggup nak dengar adam menjerit.

memeranjatkan dia tak melalak pun.. sikit aja masa dah nak siap, cari mama. doktor pun heran ... sepupu dia ada yang lari lintang pukang terus tak jadi khatan, ada yang baru crita dah teriak! itu lah dia hero mama yang sorang. dah besaq dah!








Monday, May 30, 2011

banana chocolate muffin




tergoda pulak nampak muffin ni di blog makqis  kebetulan pisang emas yang di beri jiran ada lagi dalam freezer. dah hitam legam pun. semalam dah keluarkan pisang letak bahagian sejuk.

baby daniel datang rumah pukul 7am, then 7:30am dia tidur. pukul 8am hantar adam ke Kindy, balik sidai baju, check FB dengan email (sempat lagi tu), cepat-cepat sediakan semua barang-barang nak masak untuk lunch then terus bancuh muffin.

tepat 9:30am baby daniel bangun 6biji muffin dah pun masak. seronok aimi dapat bekal muffin ke sekolah hari ni.

resepi asal menggunakan Food Processor tapi kita guna wooden spoon saja. jadi resepinya kena edit sikit la.

resepi dari yani

Bahan-bahan ( -+12 biji )
170g tepung gandum *
30g serbuk koko *
1 sudu kecil baking powder *
130g gula
secubit garam
100g coklat masakan - potong jadi kecil-kecil atau guna chocolate chips
2 biji telur - dipukul sedikit >
75ml minyak masak >
100ml susu segar >
sedikit vanila esen >
2 biji pisang - di lenyek >

Cara-cara
1. Panaskan oven sehingga 170C.
2. Ayak bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula, garam dan coklat. Gaul sebati mengguna senduk kayu.
3. Kemudian masukkan bahan yang bertanda (>). Gaul sehingga sebati.
4. Cedukkan ke dalam cup muffin. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
5. Cadangan hiasan - tabur aising sugar/badam cincang/coklat cip/hirisan pisang.





Thursday, May 26, 2011

nasi beringin @ nasi serai



this is a scheduled post ;-)

2minggu lepas mencuba nasi beringin/serai dari myresepi. rupa macam nasi biasa saja but the taste is not bad. very light and aromatic. I also prepared chicken potato curry to go with this rice.

resepi dari syidamustafa

Bahan-bahan ( 4 orang )
2 cwn beras biasa (I used basmathi)
1 sudu kecil jintan kasar
½ biji bawang besar (yang kuning)
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5~6 btg Serai
1 sb marjerin
air untuk menanak nasi
sedikit garam

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia.
2. Titikkan serai.
3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin.
4. Tumis dahulu jintan kasar.
5. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama-sama serai yang dititik.
6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa.





Tuesday, May 24, 2011

bubur som-som pandan



resepi dari kakfida

Bahan-bahan
100g tepung beras
100g tepung jagung
1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau (opt)

Sirap gula melaka
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis. Ketepikan.
2. Satukan ke semua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata.
3. Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan. Sajikan bersama sirap gula melaka.






Monday, May 23, 2011

talam keledek berlauk



buat talam ni untuk kenduri aqiqah daniel semalam di rumah mak tok daniel. resepi asal dari hanieliza menggunakan keladi tapi digantikan dengan keledek. stok keledek yang di bagi mama daniel tak habis-habis. dah tak ada idea nak buat apa dengan keledek kita jadikan talam. rezeki orang kampung sg. pelong :-)

resepi dari hanieliza

Bahan A
2 cwn tepung beras
2 sb tepung ubi
2 sb tepung gandum
6 cwn santan - 1 biji kelapa
1sk garam

Bahan B
2 cwn ubi keladi - potong dadu, rebus dan toskan (diganti dengan keledek)
2 sb udang kering
4 tangkai cili merah - cincang
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup - racik
2 sudu besar bawang goreng

Bahan C - hiasan
3 tangkai cili merah - cincang
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang - racik

Cara-cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yang telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.



cupcakes with daniel's edible pics - bukan mama yang buat ;-)

adam sempat berposing dengan wooden crocs
nak buat gaya macam pic abah di Darwin







Saturday, May 21, 2011

roti sosej mini










resepi dari yani 

Bahan-bahan ( 16 biji )
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
8 btg sosej (bagi 2= 16btg)
susu segar utk sapu di roti
 

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pada breadmaker untuk buat doh roti.  (Atau uli secara manual sehingga doh licin, tidak melekat dan berkilat. Rehat selama 1jam)
2. Bila dah siap, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3. Ambik sebiji doh, gentel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Setelah doh kembang ia akan menetupi semua bahagian sosej) 4. Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
5. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar untuk kelihatan lebih perang. 

6. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.




Friday, May 20, 2011

baby daniel

this is baby daniel. he is now 3months 1week






Thursday, May 19, 2011

blended orange with grated carrot cupcake






esok Adam ada sambutan hari guru di Kindy. di sebabkan cikgu dah pesan kena bawak healthy food so mama pun buat la cupcake yang mudah ni. kira healthy la sebab ada orange dan carrot.  idea untuk menambah lobak merah datangnya dari  nazrah menggunakan resepi asal dari kakfida. cuma mama parutkan carrot.

Bahan-bahan
1 biji buah oren
1 batang lobak merah (sederhana besar) - disagat
1 cwn minyak (I used corn oil)
3/4 cwn gula halus
3 biji telur
2 cwn tepung gandum*
1 sb baking powder* (*diayak bersama)
1 sk esen oren

Cara-cara
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah.
2. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
3. Masukkan ke dalam pengisar bersama, minyak, gula dan telur. Kisar sehingga halus.
4. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan lobak yang telah diparut. Masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati.
6. Tuangkan adunan kedalam cawan kertas. Bakar pada suhu 170C selama 15 - 20 min atau sehingga masak.






Tuesday, May 17, 2011

kek coklat lembab




today we celebrate kakak's 12th birthday with a moist chocolate cake. Happy birthday kakak!

resepi dari kak AnaIna@FB

Bahan-bahan
A - dikisar dalam blender
1 cwn mentega - cairkan
1 cwn gula
5 biji telur

B
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 st esen vanilla

C - di ayak bersama
1 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikabonat

Cara-cara
1. Sediakan bahan-bahan mengikut turutan.
2. Didalam satu bekas satukan bahan A dan B kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bahan C dan kacau sebati.
4. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah di gris terlebih dahulu. Bakar pada suhu  180C selama lebih kurang 40 minit.






Monday, May 16, 2011

vanilla cupcakes



aimi decorating the cuppies with rainbow sprinkles



I baked some mini vanilla cuppies for my children to share with their friends and teachers. "Happy Teacher's Day" to all teachers ...

recipe from joyfbaking

Ingredients
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, room
2/3 cup (130 grams) granulated white
3 large
1 teaspoon pure vanilla extract
Zest of 1 large lemon (outer yellow skin)
1 1/2 cups (195 grams) all purpose
1 1/2 teaspoons baking
1/4 teaspoon
1/4 cup (60 ml) milk

Method
1. Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and line 12 muffin cups with paper liners.
2.In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter and sugar until light and fluffy. Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Beat in the vanilla extract and lemon zest.
3. In a separate bowl whisk together the flour, baking powder, and salt.
4. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and milk, in three additions, beginning and ending with the flour. Scrape down the sides of the bowl as needed.
5. Evenly fill the muffin cups with the batter and bake for about 17 - 20 minutes or just until set and a toothpick inserted into a cupcake comes out clean. (Do not over bake or the cupcakes will be dry.)
6. Remove from oven and place on a wire rack to cool. Once the cupcakes have completely cooled, frost with icing. If you want flat topped cupcakes then slice off the dome of each cupcake, with a sharp knife, before frosting. Cupcakes are best eaten the same day they are made, but they can be covered and stored for a few days.




Sunday, May 15, 2011

currently reading



assalamualaikum

pagi ni (khamis) buka peti surat nampak satu sampul yang di tunggu-tunggu. buku yang di pesan telah pun sampai. di autograf sendiri oleh Prof. terima kasih.

tak sabar nak baca. another addition for my library..... :-)

Publisher: PTS Islamika
RRP : RM14.00





Friday, May 13, 2011

pesta buku 2011

pertama kali ke KLIBF di PWTC  sebab Mr. H mencari satu set buku agama untuk abahnya. according to 

him ada juga buku yang dijual online di tawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding di pesta ni.

rasanya tak lain kali tak payah pergi lagi sebab terlalu ramai orang. sungguh tak selesa untuk membeli buku.

bergesel bahu dan perut. terpijak kaki semua ada. lebih baik ke kedai buku sahaja.



 kami sampai awal dalam 9:30am. so lepak kat ruang legar ...
 
sungguh ramai budak-budak perempuan kat gerai ni. 
penulisnya sedang beri autograph dan sesi ambil gambar.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...