Thursday, December 20, 2012

di langit biru



tiap-tiap pagi masa dok teman anak tunggu bas sekolah kurang-kurang 6 - 8 biji kapal terbang oman air ni dok lalu.

malam ni turn kami pulak dok dalam perut kapal terbang tu! yes!! balik kampung time!

setelah 8 1/2 bulan berada di bumi oman, kami sekeluarga akan terbang balik ke malaysia buat pertama kalinya. flight malam ni dan jangka tiba di klia sekitar 7:30am pagi hari khamis. harap-harap tak delay. target destination penang, kedah & kl. semoga selamat perjalanan ....

Monday, December 17, 2012

bergedil daging



resepi dari DianaA

Bahan-bahan ( 30 biji )
1 kg kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 g daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cwn bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 st serbuk lada putih
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

Friday, December 14, 2012

projek topi





hari selasa ni adam ada hat extravaganza parade kat sekolah. budak-budak kena pakai topi handmade ke sekolah. 

topi yang paling cantik ada habuan dia. cikgu bagi masa 2 minggu untuk siap. macam biasa parents kena tolong sikit-sikit ja. mana la reti budak ni nak buat topi. last-last mak dia jugak yang buat. kalau tak buat nanti dia sorang pulak yang tak bertopi ke sekolah hari selasa ni. 

dengan limited resources ni saja la yang mampu mama buat. maka terhasil lah topi dari watak kucing buku cerita dr. seuss "the cat in the hat" . 

brownies milo



resepi dari technicolorkitcheninenglish via alongroz

Bahan-bahan
125g coklat gelap - cincang
157g mentega tanpa garam - lembutkan
3/4 cwn gula perang
2 biji telur
¾ cwn + 2 sb (125g) tepung gandum
1/8 st baking powder
2½ sb serbuk koko
1/2 cwn Milo
1/2 cwn coklat cip
gula aising untuk di tabur

Cara-cara
1. Panaskan oven 180°C.  Lapik tin dengan kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1". Sapu mentega pada foil.
2. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil sehingga licin.  Sejukkan beberapa minit.
3. Masukkan gula dan telur dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan coklat.
5. Masukkan Milo dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan coklat cip.
7. Tuang adunan ke dalam tin dan bakar selama 30min - jangan terlebih masak.
8. Sejukkan sebelum di keluarkan dari tin dengan mengangkat lebihan kertas aluminium. Setelah sejuk ayak gula aising di atas brownie sebelum di potong.

Wednesday, December 12, 2012

kek karamel



birthday cake untuk abah. belang hijau kuning untuk anak kedah :-)

kali pertama buat kek karamel ni guna resepi dari yani. lama dah oktober tahun 2010. masa tu kek karamel yang belang-belang ni tak popular lagi. jumpa resepi ni di FB dengan sukatan cawan. terasa nak cuba lagipun dah tertangguh lama sejak bulan mei kakak teringin nak makan untuk birthday dia. masa tu keadaan tak mengizinkan. sibuk pindah randah. bulan 12 ni baru terasa nak buat. hutang dah langsai ....


resepi dari resepi bonda FB page

Bahan-bahan

A (gula hangus)
2 sb gula

Cara-cara
1.Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

B (puding karamel)
1/2 tin susu cair,
1/2 cwn gula
1/2 st esen vanila
3 biji kuning telur

Cara-cara
1. Kacau semua bahan sehingga sebati secara perlahan dengan garfu. Jangan sampai berbuih.
2. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

C (kek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara
1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
2. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

D (meringue)
6 biji putih telur
1/2 cwn gula
1 st cream of tartar (pastikan yang halal atau boleh di ganti dgn garam/cuka/juslemon)

Cara-cara
Satukan semua bahan, pukul sehingga betul-betul kembang dan bertanduk (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

Cara-cara
1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. Kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel. Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
4. Bakar secara double boil (letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tadi.
5. Bakar selama 1 jam, suhu 150C (api bawah sahaja) .
6. Setelah masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
7. Terbalikkan kek, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk

12.12.12


happy 40th birthday abah!

we love you.

adam buat kad dan hadiah untuk abah dia. travel kit dari oman air tu.. recycle!

Monday, December 10, 2012

apam gula hangus


buat lagi apam ni untuk di bawa ke ceramah agama .. tak jemu.
resepi di sini

Friday, December 7, 2012

agar-agar santan gula melaka


resepi dari naz

Bahan-bahan 
1 paket serbuk agar-agar 10 gm/11 gm (mala guna agar2 tali 20gm)
1 liter/4 cwn air - (mala guna1.5L)
1 ketul/250gm gula melaka
sedikit gula pasir sekiranya perlu
200-250 ml/1 cwn santan pekat- (mala guna santan tin 400ml)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara
1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Sekiranya kurang, tambahkan ari supaya menjadi 1 liter kembali.
2. Masak air gula yang telah di tapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING Setelah menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Adunan santan akan menjadi berbintil-bintil. Tutup api.
5. Basahkan loyang atau acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Wednesday, December 5, 2012

muffin coklat kukus



resepi dari chefzubaidah via maklangazie 

Bahan A
2 cwn susu cair (mala guna susu segar)
1 cwn minyak masak
1 3/4 cwn gula kastor
1 biji telur

Bahan B (di ayak)
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko (mala letak 2sb)
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 sb coklat emulco

Cara-cara
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, mengguna whisker.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin
3. Kukus selama 10 minit.

Tips :
Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok.

Monday, December 3, 2012

wadi bani khalid

selesai solat zohor dan lunch kami bergerak ke wadi bani khalid. nak pergi main air. maklum la tak mandi petang semalam dan pagi sejak di padang pasir :-)

wadi bani khalid terletak di wilayah sharqiyah sejauh 203km dari muscat. wadi ni sangat popular di sini sebab sentiasa ada air sepanjang tahun.

cantik kan ...


banyak kolam-kolam wadi ni ... ada yang dalam tapi kami cari yang cetek la senang budak-budak nak mandi. ikan pun banyak dalam wadi ni. gamabr yang tengah tu di buat laluan fajar untuk air mengalir ke kampung dan kebun kurma.


tak lama sangat berendam sebab air sejuuuk!


transporter ... nak naik boleh, nak suruh angkut barang-barang pun boleh. kesian tengok dah tua pakcik ni. yang tolak wheelbarrow pun ada. semua budak-budak saja.

Himar حمار   =    keldai 

"Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan." (HR Muslim)

*-*-*-*-*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...