Friday, November 29, 2013

pancake




baru balik dari camping semalam. badan dok sakit-sakit lagi. adam request nak makan pancake untuk breakfast pagi ni. tak sampai hati nak kata tak larat la adam .. lain kali boleh tak? buat la jugak ... 

mala guna egg pan. kuali non stick  yang paling kecik tu. dapat ngam-ngam 7 keping dan saiz lebih kurang sama besar. gebu pancake ni. lain sikit resepi dia. ada cream of tartar dan guna rub in method. selalu guna melted butter. sapa-sapa rajin boleh cuba resepi ni.

resepi dari alongroz

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )
115g tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk krim tartar
25g mentega
1 biji telur
150ml tusu segar
1 sb gula
secubit garam

Cara-cara
1. Campurkan tepung, soda dan krim tartar dan di ayak.
2. Rub in mentega sampai berderai macam serbuk roti.
3. Lubangkan tepung di tengah-tengahnya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit), susu, gula dan garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake (mala guna egg pan) yang panas dan di lenser dengan sedikit minyak.
5. Masak sehingga ada buih-buih udara dan tunggu sehingga buih-buih tu pecah baru di terbalikkan.

Monday, November 25, 2013

model 3D keratan sel


ini lah dia hasil dari membuat gam kanji hari tu

pagi ni kena hantar. seminggu jugak la aimi dok pikir macamana 
nak buat benda alah ni. cikgu nak dalam bentuk 3D. 
mama cuma tolong buat rangka dan bagi idea macana nak buat.
yang lain kena la buat sendiri ya. sendiri decide nak buat macamana.

siap saja rangka mala dah tak follow apa yang dia buat. 
biar dia sendiri usahakan. hasilnya not bad pada pandangan mata mama la.

tak tau la apa cikgu dia nak cakap. ambik markah ni ..


yang hijau ni sel tumbuhan


yang ni sel haiwan

Friday, November 22, 2013

teh adani



jom minum teh arab hujan-hujan ni ... kalau nak order teh kat middle east ni kita sebut شاي (shai)tapi dah lama-lama sebut jadi chai

Bahan-bahan
1 batang kulit kayu manis, di patahkan*
3 biji buah pelaga, di pecahkan sedikit*
5 kuntum cengkih*
1/4 st serbuk halia*
3/4 cwn susu segar*
3/4 cwn air *
1 st serbuk teh
gula secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan semua bahan* ke dalam periuk kecil  dan panaskan di atas api sederhana.
2. Apabila mula menggelegak masukkan gula dan serbuk teh. Kacau perlahan.
3. Biarkan teh mendidih selama 1-2 minit dan tutup api.
4. Tapis dan sedia untuk di minum.

hujan batu di negara orang

baik lagi hujan 'batu' (hailstorm) di negara sendiri .... sumber gambar dari fb

kesian adik ni kena kutip ais batu. ni kena tingkap pecah dan masuk dalam rumah. memang bahaya. kereta kalau parking kat tempat terbuka alamat la pecah habis semua. rumah kami semalam air meleleh masuk celah tingkap dan pintu. malam-malam dok mop rumah. tak syok tau!



 




Thursday, November 21, 2013

oman 43rd national day

oman dah selamat sambut hari kebangsaan yang ke 43 hari isnin lepas.  hari ni sekolah adam ada buat celebration. budak-budak kena pakai baju oman atau warna ikut bendera oman merah, putih, hijau. minggu depan kami kat sini long weekend. sultan bagi cuti 2 hari yahoo!

adam kena paksa posing .. tak mau senyum .. 
tak dak mood lagi sebab kena bangun awal nak bersiap.
 kakak pulak nak kena bawak pi kamera pi sekolah.


adam al hasni :-)

time ni dah ok sikit hahaha
tapi pakai ipad tak clear sangat gambaq dalam rumah



ni kuma, topi oman yang di pakai bersama dishdasha (jubah lelaki)
boleh baca lebih di sini tentang pakaian tradisional oman


posing bersama geng bas sekolah. anak-anak jiran warga venezuala. 
kakak yang lawa berambut panjang mengurai nama casandra.
 si adik yang comel  rambut kerinting nama camelia
setiap kali tengok dia teringat kat dora the explorer

Wednesday, November 20, 2013

homemade glue


bila kali terakhir buat gam tepung kanji? 

hehehe lama sungguh sampai terpaksa google cara-cara nak buat gam ni.

aimi ada projek sekolah nak kena siap dan submit minggu depan. nak jimat kos kita buat gam sendiri la. gam ni di warnakan pink. saja ja for fun dan lagi pun aimi nak kena warnakan pink bahagian luar tu.

kalau dulu-dulu buat gam in tak ada letak garam. masa google banyak blog mat salleh suruh letak garam. fungsi dia untuk menghilangkan bau tak sedap gam tu dan juga mematikan kulat. ada juga resepi yang guna gula dan cuka.

gam ni tahan antara 3 - 4 minggu dalam peti sejuk. sesuai untuk projek seni anak-anak sebab tiada bahan kimia dan tidak bertoksid.

Bahan-bahan
500ml air
1 sk pewarna (optional)
4 sb tepung ubi kayu
1 sk garam

Cara-cara
1. Sekiranyanya menggunakan pewarna. Satukan air dan pewarna di dalam periuk kecil sehingga sebati.
2. Masukkan tepung ubi dan garam. Gaul sehingga semua bahan sebati.
3. Panaskan di atas api sederhana dan sentiasa di kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Monday, November 18, 2013

seri ayu kismis

 

kat sini tak ada kelapa parut yang puth saja. ada kelapa parut pun kasar-kasar jenuh nak asingkan yang hitam-hitam. selalu kalau kena pakai kelapa parut segar, mala guna kelapa kering saja. tak kick kan! so kita mereka cipta la boh kismis ni ...

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )
2 biji telur
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 cwn susu cair
1 sk ovallete
1 sk pes pandan
1 sk pewarna hjau epal
kismis secukupnya


Cara-cara
1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, susu cair, pes pandan dan pewarna hijau, pukul lagi sehingga sebati.
3. Oleskan sedikit minyak pada acuan. Isikan beberapa biji kismis ke dalam acuan dan tuangkan adunan sehingga hampir penuh.
4. Pastikan tudung pengukus di balut dengan kain sebelum mengukus. Kukus selama lebih kurang 7 minit.

Thursday, November 14, 2013

pulau masirah

mengumpul kekuatan dan semangat nak cerita pasal camping trip sempena raya haji yang lepas. sesungguhnya bukan lah jenis yang suka menggarang tapi lebih pada buat ringkasan. tapi demi kenang-kenangan peribadi dan tatapan untuk keluarga dan kawan-kawan kita buat la juga cerita ke pulau masirah ni. ini cerita 3 hari 2 malam

ok .. first of all kita semak kedudukan pulau masirah ni. silat lihat peta hehehe Masirah atau Mazeira Island (Arabic: مصيرة) ialah pulau terbesar di Oman. terletak di sebelah pantai timur, kira-kira 95km panjang dari utara-selatan, antara 12 -14km lebar, dengan keluasan lebih kurang 649km², pupulasi anggaran 12,000 penduduk dalam 12 perkampungan yang mana kebanyakannya terletak di sebelah utara pulau. info ni cheq ambik dari wiki :-) sebelah selatan tu kawasan larangan milik tentera udara oman (dulu british). memang tak ada penduduk kat situ.


perjalan dari muscat ke jeti shana lebih kurang 6 jam. bergantung pada berapa kali berhenti untuk isi minyak, cari tandas, beli itu, beli ini. lagi banyak stop lagi lambat la sampai. ni kira macam nak balik changlun dari KL dah ni.

sampai saja kat jeti leganya rasa. hilang sat lenguh pinggang bila nampak feri (ni macam nak balik penang) pulau kapas sedia berlepas pOn!!!!! hehehe


sebiji kereta kena bayar 10riyal (cuba kali 8 tengok!) tak pa - tak pa, bukan selalu kalau bukan musim cuti 5riyal saja feri ni ...

nasib kami baik sebab sampai kat jeti terus ada feri, kalau tak tunggu la. dah masuk feri pun kena tunggu feri penuh baru jalan. nak sampai pulau another 1hr 45 minutes so ... kita lena dulu! zzzzzzzzzzz
.
.
.
.
.
.

setelah 1jam 45 minit ... yeahhhhh dah sampai pulau


aktiviti ekonomi kat masirah memang perikanan la ... so pemandangan kat sini memang banyak kapal dan bot nelayan. macam biasa bila semua dah sampai kat pulau kami terus cari kedai makan. sebenarnya kami terpisah pada dua kumpulan sebab feri penuh. bukan senang nak cari kedai makan yang buka sebab kebanyakkannya tutup sebab raya haji (raya ke2)


perut dah isi. solat pun sudah. kami teruskan perjalanan ke campsite. kami masih lagi berkhemah cuma berdekatan dengan kawasan chalet kiteboarding. tujuannya sebab nak guna (berbayar) facilities (tandas danmandi la tu). elok sampai bersembang sat dengan tuan punya chalet. tokei kata dia charged sorang 2.5riyal seorang/sehari.briefing apa yang patut. kami pun mula pacak khemah sebelum gelap. elok semua siap naik khemah dah maghrib. waktu maghrib terkini di muscat 5:27pm. selesai solat ada buat sedikit tazkirah. alhamdulillah kami cuba selitkan sedikit pengisian ilmu dalam setiap camping trip.


camping kali ni special sikit sebabnya dato & datin - duta malaysia ke oman pun ikut jugak. pasangan yang romantic & sporting.


bila dah gelap memang tak ada aktiviti lain selain bbq. dah selesai makan ada bapa-bapa pi cari ketam. kecik-kecik saja ketam. ada yang duduk keliling unggun api sambil minum kopi borak-borak. budak-budak la yang paling seronok. dah penat semua tidur.


to be continued ... 
maklum la trip 3 hari 2 malam. selalu 1 malam saja ;-)

Wednesday, November 13, 2013

thai style rice noodle with beef salad


boring makan nasi ...... 

Bahan utama
1 pkt keow teow kering - di rebus hingga masak dan lalukan bawah air paip
hirisan daging yang telah masak secara rebus/goreng/panggang
bak choi - potong dua dan di celur
lobak merah - hiris batang macis
tomato - hiris
cili padi - hiris

Dressing - kuantiti secukup rasa dan gaul rata
nampla
jus limau/lemon
minyak zaitun
gula
garam

Bahan tabur
kacang tanah - di tumbuk kasar
daun ketumbar - cincang kasar

Cara-cara
1. Sediakan bahan utama dalam satu mangkuk besar.
2. Tuang dressing yang telah di gaul sebati ke dalam mangkuk besar berisi bahan utama. Gaul semua bahan sehingga rata.
3. Akhir sekali tabur kacang tanah dan daun ketumbar.

Sunday, November 10, 2013

mandazi



pertama kali merasa donut afrika ni terus suka. ada kawan bawak masa nak pergi camping. nanti kita cerita pasal camping trip raya haji hari tu. budak-budak pun suka. dah dua kali mala buat ni. sapa-sapa yang rajin boleh cuba resepi ni ...

mandazi donut afrika

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
2 st yis
1/4 sk serbuk kayu manis
1/4 sk serbuk pelaga
1/2 cwn susu penuh krim
1 biji telur, di pukul
2 sb mentega, di cairkan


Cara-cara
1. Semua bahan harus pada suhu bilik. Satukan semua dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya perlu.
2. Perap doh sehingga naik dua kali ganda. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbuk untuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bebola sebesar bola tenis.
3. Canai doh membulat sehingga lebih kurang 1/4 inci tebal. Potong doh kepada 4 bahagian segitiga.
4. Goreng sehingga keemasan dan toskan minyak.
5. Mandazi sedia di makan bersama teh/kopi. Boleh juga di tabur gula aising/gula halus setelah siap di goreng dan masih panas.


Saturday, November 9, 2013

roti puri



resepi dari yatiezaini

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cwn tepung gandum
1 sk yis mauripan
1/2 sk garam *
3 sb minyak masak *
2 sb gula * (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
minyak utk mengoreng


Cara-cara
1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan, kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
2. Satukan tepung dan yis dan gaulkan
3. No.1 dimasukkan kedalam No.2 , dan digaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
3. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti
4. Tambahkan air sedikit-sedikit dan adun sehingga tidak melekat di tangandan menjadi doh. Perap doh selama 30minit.
5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian bulat yang kecil. Canai doh nipis seperti membuat kulit karipap atau sebesar saiz duit 50 sen
6. Panaskan minyak dan siap untak digoreng sebiji demi sebiji. Gunakan api yang kecil/sederhana. Semasa menggoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas puri dan setelah mengelembung barulah diterbalikkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...