Monday, December 3, 2012

wadi bani khalid

selesai solat zohor dan lunch kami bergerak ke wadi bani khalid. nak pergi main air. maklum la tak mandi petang semalam dan pagi sejak di padang pasir :-)

wadi bani khalid terletak di wilayah sharqiyah sejauh 203km dari muscat. wadi ni sangat popular di sini sebab sentiasa ada air sepanjang tahun.

cantik kan ...


banyak kolam-kolam wadi ni ... ada yang dalam tapi kami cari yang cetek la senang budak-budak nak mandi. ikan pun banyak dalam wadi ni. gamabr yang tengah tu di buat laluan fajar untuk air mengalir ke kampung dan kebun kurma.


tak lama sangat berendam sebab air sejuuuk!


transporter ... nak naik boleh, nak suruh angkut barang-barang pun boleh. kesian tengok dah tua pakcik ni. yang tolak wheelbarrow pun ada. semua budak-budak saja.

Himar حمار   =    keldai 

"Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan." (HR Muslim)

*-*-*-*-*

10 comments:

  1. syok nya ....bila lah nak peghi ke sini.

    ReplyDelete
  2. pakcik tu ibarat saudagar senja lah mala di sana..macam kat m'sia lah, pandang pakcik tua yang masih membawa beca!

    p/s gambar paling atas tu berjalan macam atas ban kat sawah aja, cuma lawalah sikit dari batu konkrit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la .. mmg kesian tgk pak cik tu.

      haáh betoi2 mcm kat bendang :-)

      Delete
  3. Mala,
    Cantik gambar.. boleh buat poskad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik pemandangan ... tak puas rasa nak kena pi lagi.

      ramai gila ind&^ sebab public holiday!

      Delete
  4. Tak berkeruh ke air kolam tu bila orang mandi ramai-ramai gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan yg baik Puan Huda!

      kami cari spot baik punya ... yg boleh nmpk dasar. hahaha

      banyak pokok kat tepi-tepi wadi tu dan air dia hujan gelap.

      Delete
  5. As salam Huda,

    Terujanya saya melihat pemandangan yang cantik ni... Teringat masa pergi ke Huacachina dulu! Tasik ditengah padang pasir :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...