Monday, January 3, 2011

kek pelangi KR




resepi dari KR


Bahan-bahan
250gm marjerin
220gm tepung gandum

1sdt baking powder
200gm gula castor
4 biji telur gred A
5sdm air susu (susu cair/ bancuhan susu tepung)
1sdt esen vanila
pewarna merah, hijau


Cara-cara
1. Griskan acuan, panaskan oven 180'c
2. Pukul mentega dan gula pada kelajuan sederhana sehingga betul-betul kembang dan gebu.

3. Perlahankan kelajuan masukkan telur satu persatu. Pukul sebati. 
4. Masukkan tepung yang telah diayak sikit demi sedikit dan di selangi dengan air susu. Masukkan esen vanila. 
5. Bahagikan sama banyak dan warnakan.
6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Kemudian warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar pada suhu180c selama 1 jam.






2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...