Friday, January 7, 2011

jemput-jemput pisang


resepi dari wiredtotheworld

Bhg 1: Ibu Jemput-jemput

Beberapa biji pisang masak ranum
3/4 cwn brown sugar
1 sdt ground cinnamon
1 cubit garam
**Sukatan ini adalah untuk 2 cwn Ibu Jemput-jemput

Cara-cara
1. Lecek pisang bersama-sama kesemua bahan-bahan lain.
2. Simpan untuk minima beberapa jam supaya gula benar-benar cair.
3. Seelok-eloknya disimpan semalaman dalam peti sejuk supaya warna dan rasanya lebih sebati.

Jika kebetulan ada pisang yang ranum, boleh saja buat Ibu jemput-jemput ni kerana ia dapat bertahan sehingga seminggu dalam peti sejuk.

**Penting untuk simpan dulu Ibu Jemput-jemput. Kalau terus digunakan, gula akan mencair sementara kita menggoreng. Adunan pun akan mencair dan kita takkan dapat tekstur jemput-jemput yang gebu serupa kek tu!

Bhg 2: Adunan Jemput-jemput 
2 cwn Ibu Jemput-jemput
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sb bicarbonate of soda

Cara-cara
1. Ayakkan bicarbonate of soda ke dalam tepung dan gaul rata. Penting untuk mengayak bicarbonate of soda supaya tak berketul-ketul dalam adunan.
2. Tuangkan Ibu Jemput-jemput dan gaul rata. **Jangan panik. Adunan memang pekat dan kental.
3. Untuk mendapatkan bentuk yang bulat hendaklah menggunakan jari untuk menjemput adunan ke dalam minyak.
4. Goreng jemput-jemput dengan minyak yang sederhana panas. Sentiasa balik-balikkan supaya masak rata.
Apabila jemput-jemput sudah bertukar warna, angkat toskan dan sedia untuk dihidang.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...