Monday, August 30, 2010

sagu delima


Bahan A
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan (di simpulkan)

Bahan B - dikukus sebentar
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam digaul rata

Cara-cara:
1. Sagu biji dibersihkan, kemudian rendam sebentar dan ditoskan.
2. Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau hingga sagu kembang.
4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
5. Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang digaulkan dengan garam.
6. Sedia dihidangkan.

Tip - bagi memudahkan sagu dipotong, gunakan pisau plastik semasa memotong kuih sagu ini.





2 comments:

  1. Eh... bukan ke hang dulu ada campurkan kordial sirap ros? Ke orang lain yang cerita kat aku ek? Tak ingatla...

    ReplyDelete
  2. tak da pulak.. boleh jugak tu ada bau wangi sirap :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...