Wednesday, November 14, 2012

kek pisang xpress


memang cepat dan mudah nak buat. kek pulak gebu! dapat dua biji kek saiz loaf pan.


resepi dari chefzubaidah via maklang via mamafami  via cmg

Bahan-bahan
200g tepung gandum*
1 st soda bicarbonate*
1 st baking powder* (*satukan dan ayak)
150g pisang
170g gula kastor
1 sb ovallate 
secubit garam (mala tambah)
3 biji telur gred A
120g minyak sayur 
1 st esen pisang/vanilla
chocolate rice sebagai hiasan

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah di ayak, minyak sayur dan esen pisang/vanilla. Gaul hingga sebati.
4. Tuang dalam tin kek dan taburkan  chocolate rice.
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

Monday, November 12, 2012

sultan qaboos grand mosque

sekiranya melancung ke tanah arab tak sah kiranya tidak melawat masjid yang cantik lagi besaq ..... selain souq ;-)


oman juga tak terkecuali. di sini masjid yang paling besar iaitu sultan qaboos grand mosque. boleh baca sejarah pembinaan masjid ni pada link. secara ringkas masjid di bina dalam tempoh lebih kurang 6 tahun dan di rasmikan oleh sultan oman pada mei 4, 2001.


kami singgah ke masjid ni sebelum hantar su ke airport balik dubai. su terbang je ....

masjid ni di katakan mempunyai karpet buatan tangan dan lampu candeliar yang kedua terbesar di dunia. karpet tu ambik masa 4 tahun nak siap ... lama tu. masjid pun siap dalam 6 tahun. lampu pulak setinggi 14 meter dari german.



ada 72 keping gambar yang di ambil tapi cuma mampu upload ini ja. nak puas tengok kena la mai cuti-cuti di oman ni.




Sunday, November 11, 2012

mufin vanila ala Kenny Rogers


adoi la .... lain kali salin resepi kat kertas perati elok-elok. padan la masa dok kacau adunan punya la susah ... keras semacam. pi la tambah fresh milk 2sb baru boleh kacau. tapi still pekat la adunan. elok dah siap bakaq naik ataih tengok kat lappy heemmmm tertinggal susu rupanya. mufin ni jadi kering la tapi rasa sedap.

mala cuma buat separuh adunan saja. dapat 12 ketoi. macam biasa cukup untuk bekal sekolah dan minum petang:-)


resepi dari deenos via intaidapur


Bahan-bahan ( 2 dozen muffin)
8 sb mentega, dicairkan
4 cwn tepung
2 cwn gula
2 cwn susu segar
4 sb baking powder
1 st garam
2 biji telur
1 sb esen vanilla

Cara-cara
1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2. Isikan adunan tadi ke dalam bekas muffin.
3. Bakar pada suhu 180C selama 20minit.

Saturday, November 10, 2012

ayam afrika


resepi dari kakmars

Bahan-bahan
ayam setengah ekor potong kecil
3 biji ubi kentang – hiris atau wedjes
3 ulas bawang merah – di hiris*
2 ulas bawang putih – di hiris*
1/2 inci halia – di hiris*
2 batang serai – di titik*
1 bawang besar - hiris bulat
1 st lada hitam - dikisar
2 sb kicap manis
2 sb kicap pekat masin
1 sb sos tiram
1 sb madu
garam secukup rasa - optional 
1 st cuka - optional
hirisan cili padi - optional

Cara-cara
1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit, sedikit garam, sedikit kicap masin dan kicap manis. Goreng ayam tersebut dengan api perlahan hingga cukup masak. Jika sukakan garing, boleh goreng lama sedikit.
2. Goreng ubi kentang pula hingga empuk.
3. Kurangkan minyak anggaran sesenduk kecil dan tumiskan bahan * hingga naik bau. Masukkan sos tiram kacau lagi. Masukkan ayam, ubi kentang serta lada hitam dan gaul rata.
4. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Gaul lagi.
5. Bila sudah mesra, masukkan hirisan bawang besar. Kacau lagi sedikit hingga bawang sedikit layu. 
6. Akhir sekali masukkan madu, balik-balikkan ayam dan sedia untuk di hidang. 7. Kalau inginkan lebih pedas boleh masukkan beberapa hirisan cili padi sebelum diangkat dari kuali.

Wednesday, November 7, 2012

masih di old muscat

dah puas ronda di sebelah pagi, kami sambung lagi berjalan lepas asar. kali ni kami singgah di muscat gate musuem. ni pintu gerbang sebenarnya dan di jadikan musuem. 2 in 1 la kiranya. pemandangan dari atas memang sangat cantik.







bangunan lama sekitar matrah. cantik-cantik dan unik bangunan putih-putih ni ada beranda. seni bina perancis. masjid Al Lawatiya. puak syiah di masjid ni solat dengan sujud di atas batu macam batu sungai. pernah tersilap masuk sekali hehehe lepas azan yang bunyinya lain macam sikit terus cabut. belakang masjid ni semua ada rumah kommuniti Al Lawatiya. rapat-rapat dan agak gelap.


kita singgah masjid untuk solat maghrib sebelum acara shopping di souq! yang ni masjid sunnah kena lalu dalam lorong-lorong sempit.


kalau ke muscat memang tak sah kalau tak singgah ke souq. rugi oh! tak beli pun tak pa tengok-tengok ja ...


kita cuci-cuci mata sampai bersih dan klear ...



Monday, November 5, 2012

ronda-ronda old muscat


tetamu kedua yang di nanti-nanti dari qatar. dua hari dua malam on the road dari doha singgah al ain, abu dhabi dan sampai ke muscat. akhirnya selamat sampai tapi terlepas jamuan di rumah dato dan datin.

hari pertama kami bawa su dan huda sekeluarga jalan-jalan di sekitar old muscat. lokasi pertama ke pantai qantab. melihat kawasan pantai dan perkampungan nelayan di situ.



dah puas ronda-ronda kat sini ambik gambar sana-sini kami terus ke istana al-ilam. sultan qaboos ada banyak istana. istana al-ilam di gunakan untuk majlis-majlis rasmi dan jugak kalau ada kunjungan rasmi. antara yang dah pernah datang istana ni ialah queen elizabeth dan sultan brunei. dari jauh istana ni nampak macam disneyland :-)


berjalan dari pagi sampai tengahari, semua dah berpeluh sebab dah panas. perut pun dah mula lapaq. kami singgah pula ke kalboo park. berkelah nasi goreng cina dan sambal belacan, sosej rebus dan roti ban, buah epal dan oman chips!



dah selesai kami balik rumah dulu .... rehatkan badan sebab petang nanti nak sambung jalan lagi (next entry), masih di kawasan yang sama.

Saturday, November 3, 2012

eid adha di muscat


raya haji kali ni di mulakan dengan solat raya di masjid seawal 6:30am. selesai solat ke rumah kawan undangan sarapan. ada makan nasi tomato, ayam masak merah, bakso dan macam-macam lagi. ni dah terlebih sarapan!


lebih kurang pukul 9:00am kami bergerak ke rumah dato dan datin untuk kerja-kerja memasak dan melapah kambing. untuk sarapan kat sini ada macam-macan jugak lah tapi sebab dah kenyang kita minum teh saja. orang lelaki sibuk melapah kambing. lepas tu masak kari kambing. dato masak sup kambing. geng wanita di dapur siang sayur dan macam-macam lagi. mala and the geng di tugaskan untuk buat sayur campur.

raya kali ni kami bersama suhaila yang datang dari dubai sehari sebelum raya. seronok raya tahun ni. sungguh meriah. berjalan ke sana-sini dari pagi sampai malam. penat tapi syok! cerita jalan-jalan next entry ....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...