Saturday, October 26, 2013

chocolate waffle



semalam breakfast chapati, pagi ni waffle pulak. sedap jugak chocolate waffle ni. rasa macam brownie pun ya jugak. mala ubah sikit cara-cara buat waffle ni. tak ikut cara alongroz.


resepi dari alongroz

Bahan-bahan
1 cwn tepung*
1/2 cwn serbuk koko*
1/2 st baking soda*
1/2 st garam* di ayak bersama
62g mentega - dicairkan dan sejukkan
3/4 cwn gula- kurangkan ke 1/2 cwn
2 biji telur
2 st esen vanilla
1/2 cwn susu segar + 1 1/2 st cuka - rehatkan 5 minit (buttermilk)

Cara-cara
1. Ayak bahan-bahan bertanda* dan sebatikan.
2. Satukan mentega cair dan gula. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan telur sebiji-biji sambil di pukul rata. Masukkan esen vanilla dan sebatikan.
3. Masukkan campuran tepung dan buttermilk berselang-seli.
4. Bakarlah dalam WM telah dipanaskan terlebih dahulu.
5. Hidangkan dengan sos kegemaran anda.

Friday, October 25, 2013

chapati dan kuah dhal


pagi ni kita sarapan homemade chapati cicah kuah dhal ... actually ada interframed belen sambal bilis hehehe tak masuk dalam gambar. nak jugak makan rasa pedas macam kat malaysia kan kan kan baru syok makan.

resepi chapati dari lynnsham

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
225 gm tepung atta
1 sb minyak sapi
125 ml air suam (atau susu utk chapati yg lebih lembut)
secubit garam
sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati (tak buat)
sedikit tepung atta, untuk proses mencanai


Cara-cara
1. Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
2. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
3. Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5. Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
6. Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
7. Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
8. Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
9. Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.




resepi kuah dhal dari s_shamen

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cwn kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat) - tak letak
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
1 inci halia diracik *
2 biji bawang putih diracik *
3-4 biji bawang kecil dimayang *
sedikit daun kari *
sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis *
1 sk biji sawi (mustard seed) *
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)- ganti cili kering
minyak untuk menumis
garam dan gula sesedap rasa

Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
2. Bila kacang dhal dah agak agak empuk, masukkan carrot dan kentang ke dalam rebusan dhal tadi dan teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
3. Kemudian masukkan pula terung dan cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak. (tak buat)
4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda * (termasuk cili kering) sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
5. Rasakan garam dan gula ikut selera masing masing-masing dan siap.


Monday, October 21, 2013

kerabu tomato



resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( semangkuk )
2 biji tomato (pilih yang keras) - dihiris
1 biji bawang besar bersaiz besar - dihiris
15 biji cili api kampung - dihiris
2 sb kerisek kelapa
1 inci belacan bakar 
1/2 st pes asam jawa / perahan 1/2 limau nipis
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun ketumbar - di hiris kasar (mala tambah)

Cara-cara
1. Gaul rata hirisan bawang, cili api, belacan, asam jawa dan kerisek.
2. Masukkan hirisan tomato. Jika nak kerabu yang kering, buang biji tomato.
3. Sesuaikan asam, garam dan gulanya mengikut citarasa. Tabur daun ketumbar.

Tuesday, October 15, 2013

kek coklat minyak kakbesah



salam aidiladha semua. balik dari masjid pagi tadi buat kek nak bawak pi jamuan raya kat rumah duta. kek yang simple dan cepat nak buat. tak ada masak apa-apa special pun kat rumah. rebus ketupat/nasi impit sebiji dan 16 biji ketupat palas. tapi instant la. panaskan kuah satay brahim, instant jugak hehehe makan dengan sambal tumis sotong semalam dan serunding. ketupat semua masih berbaki. kuah satay brahim dah habis. kalau lapaq petang sat gi makan la dengan serunding dan sambal sotong. makan tengahari nanti dah kawtim :-)

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( satu acuan bengkang )
2 cwn tepung gandum*
1 cwn gula pasir
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko (kalau nak kek lebih gelap tambah sesudu lagi)
3 biji telur
1 st baking powder*
1 st soda bicarbonate*
secubit garam
1 st coffee emulco - mala tambah

Cara-cara
1. Panaskan oven, sapu minyak/majerin pada acuan dan lapik dengan kertas.
2. Ayak tepung, koko, soda bicarbonate dan baking powder.
3. Kisar telur, susu dan gula hingga gula hancur dan berbuih dengan pengisar kemudian masukkan minyak dan garam. Kisar lagi selama 5-6 saat.
4. Campurkan bahan kisar tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Tambah coffee emulco, gul rata dan tuang ke dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 40 minit mengikut oven masing-masin.

Friday, October 11, 2013

roti naik pahang tok mak


pagi ni kami breakfast roti naik. sangat puas hati dengan resepi dari tokmak ni. roti lembut dan gebu. lagi satu suka resepi ni sebab guna sepenuhnya tepung gandum. kat sini tak jumpa lagi tepung roti.

tokmak ni famous dengan rempah soto dan puding raja. rempah soto tokmak boleh guna untuk macam-macam masakan bukan setakat buat kuah soto saja.


resepi dari FB tokmak

Bahan-bahan
500g tepung gandum
3/4 cwn gula (mala kurangkan sikit, sukat tak penuh 3/4 cwn)
2 sb marjerin
1 sk shortening
2 sk yis
1 biji telur*
2 sb susu pekat manis*
1 sb susu tepung*
air - masukkan bahan* ke dalam jug penyukat dan masukkan air sehingga paras 300ml

Cara-cara BreadMaker
1. Masukkan bancuhan air ke dalam BM.
2. Masukkan mengikut susunan: tepung, gula, marjerin, shortening dan yis.
3. Pilih setting bread dough.  
4. Setelah doh siap. Keluarkan dari BM. Tumbuk-tumbuk untuk buang angin. Boleh isi inti dan bentukkan mengikut kehendak masing-masing. Susun atas loyang dan biarkan naik sekali lagi. 
5. Bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan mentega dan sejukkan di atas redai.

Thursday, October 10, 2013

adam is 8!

happy birthday adam!


untuk birthday yang ke 8 ni mama buatkan 'creeper cake' ... sapa-sapa yang ada anak main game minecraft tau ala apa benda si creepy ni.


this is a carrot cake with cream cheese frosting. I used the heavenly carrot cake recipe as it is  a small cake enough for our small family with small tummy :-) 


Wednesday, October 9, 2013

chocolate muffin



hari ni bakar muffin untuk adam. dia nak bawak pi sekolah bagi kawan-kawan. excited birthday dia esok. bungkus satu-satu dalam plastik kecik. aik! sama ja macam tahun lepas? memang la sama sebab plastik tu tak habis-habis lagi :-)



recipe from culinaryarts

Ingredients
2 cups all-purpose flour (260 grams)
¾ cup cocoa powder
¾ cup granulated sugar
1 tbsp baking powder
½ tsp salt
1¼ cups whole milk
2 large eggs, beaten
2 tbsp butter, melted
1/3 cup vegetable oil
1 tsp pure vanilla extract
1 cup semi-sweet chocolate chips, plus 1/3 cup additional chocolate chips for sprinkling

Method
1. Preheat oven to 180°C.
2. Combine the flour, cocoa powder, baking powder, sugar and salt in a large bowl.
3. Combine the milk and the melted butter. Then add the oil, and finally whisk in the beaten eggs and stir in the vanilla extract.
4. Thoroughly grease and flour a muffin pan or use paper muffin liners.
5. Add the liquid ingredients to the dry ones and mix no more than ten seconds. The batter should be visibly lumpy. That's OK! It's extremely important not to overmix the batter, or the resulting muffins can be hard or misshapen.
6. With a rubber spatula, gently fold 1 cup of chocolate chips into the batter. Don't overwork the batter.
7. Carefully spoon the batter into the prepared muffin pan (you can use a small ladle or even an ice-cream scoop).
8. Finally, sprinkle the remaining chocolate chips onto the tops of the muffins, and transfer to the oven immediately.
9. Bake 18 minutes or until a toothpick inserted into the center of a muffin comes out clean.
TIP: The dry and wet ingredients, respectively, can be mixed in advance, but as soon as the wet and dry ingredients have been combined with each other, the liquid will activate the baking powder and the batter needs to be baked right away.
Remove pan from the oven and let the muffins cool for five minutes in the pan. Then remove the muffins from the pan and let them cool another five minutes on a wire rack. Makes 12 to 18 chocolate chocolate muffins.

Tuesday, October 8, 2013

cencalur


resepi telur lagi ... kali ini cencalur iaitu cencaluk + telur.

resepi dari ibumimi

Bahan-bahan
3 biji telur ayam
1 sb cencaluk - tos air
2 - 5 biji cili padi - hiris halus
1 labu bawang besar yang kecil saiznya - hiris halus
2 sb minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan semua bahan (kecuali minyak) ke dalam mangkuk dan pukul sehingga telur kembang. 
3. Panaskan minyak dan tuang adunan telur. Goreng macam biasa kita buat telur dadar.

Saturday, October 5, 2013

biskut kacang mazola

terbuat biskut kacang pulak petang-petang ni. ini semua salah kacang dhal. nak beli kacang dhal ternampak kacang tanah. dah tu teringat kat biskut kacang maktok.

pic credit to aimi

minyak mazola keluaran arab saudi. cantik botol dia macam jagung


tapi tak guna resepi maktok. kita guna resepi chef norman musa.

resepi dari FB Chef Norman Musa



Thursday, October 3, 2013

telur hangit



hahaha sempoikan resepi ni. selalunya cuma letak sedikit kicap dan pukul kembang. yang ini ada letak sos sekali. actually warna sos dan kicap yang menampakkan macam telur ni hangit. tu sebab kot nama dia telur hangit.


boleh ajar anak-anak dara dan bujang. pelbagaikan menu telur goreng. penyelamat time-time lapaq dan tak dak lauk ataupun lauk habih  di rumah.

resepi dari sue_ginola


Bahan-bahan ( 1 orang )
1 biji telur ayam
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
beberapa titik kicap masin/manis

sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali minyak dan pukul kembang.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur kacau tadi.
3. Goreng sehingga telur garing dan sedikit hangit. Angkat dan hidangkan.

Nota: Telur akan hangit diluar, tapi tidak di dalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...