Monday, September 30, 2013

majlis corner

yeay! yeay! we finally have a majlis corner in our house.


via wikipedia .... Majlis (or Mejlis; Arabic: مجلس‎, pl. مجالس Majālis), is an Arabic term meaning "a place of sitting", used in the context of "council", to describe various types of special gatherings among common interest groups be it administrative, social or religious in countries with linguistic or cultural connections to Islamic countries. It shares its root with the verb meaning 'to sit,' جلس jalasa (cf. British English 'sitting room'). The Majlis can refer to a legislature as well and is used in the name of legislative councils or assemblies in some of the states where Islamic culture dominates. The term Majlis is used to refer a private place where guest are received and entertained.

adam & aimi posing atas majlis. boleh buat baca buku, main game, majlis keramaian ... sambil minum teh/kopi arab, teh tarik, milo pun boleh. makan-makan kurma, halwa, baklava. paling-paling cekodok, choq udang, biskut 4 segi pun ok ;-)


memang hebat ... tempahan untuk 2 set majlis 3 seater ni siap dalam masa 2 jam sahaja. tukang jahit dari pakistan. cuba tengok sofa-sofa yang di letak kat luar kedai. orang sini memang suka tempah sofa. tapi taste tak kena betoi la dengan taste cheq.


selingan ... perut kena isi dulu. breakfast paratha sebelum jelajah dari satu kedai ke satu kedai. paratha di sini di goreng tanpa minyak.
 

Friday, September 27, 2013

me jadi hangkebun?

this post is dedicated to a friend yang tak ku sangka rajin berkebun. show off time hahaha

mencuba nasib bercucuk tanam di oman. kat sini tanah kena la beli kalau nak menanam. nak pi korek belakang rumah pun tak ada tanah hitam. penuh dengan pasir dan batu. kat depan rumah ni memang dah ada macam batas untuk menanam cuma masalah dia penuh dengan pasir. so terpaksa la keluarkan duit sikit untuk beli tanah. 

kalau malas nak menanam pun masalah jugak. bila angin kuat saja habis pasiaq ni terbang sampai depan pintu rumah. pasir jenis halus. dalam rumah jangan cakap la.  untuk menggelakkan pasiaq terbang kena la letak tanah. walaupun tak mau tanam apa-apa.


antara koleksi herba yang di tanam * serai di tanam sebelum balik cuti summer. alhamdulillah survived! ada 3 pokok * pudina dah tanam tapi bila cuaca mulai panas pudina pun start kering ... tinggal belen sikit yang nyawa-nyawa ikan. nampak gaya akan terus menghijau dan segar nak masuk musim sejuk ni * kesum ... bawak dari malaysia. daun di petik dan simpan dalam fridge. rendam batang biar tumbuh akar. cucuk balik ke tanah * daun bawang (alaaa ni budak sekolah pun boleh tanam!) yang di beli hiris-hiris daun dia simpan dalam fridge dan tanam balik hujung batang dia yang ada akar * selasih pokok yang lasak mampu bertahan musim panas di oman. mana dapat selasih ni? oh! my husband ambik kat masjid (with permission dari tok imam opkos)


yang ini pula husband main lempaq biji yang kemungkinan dan berharap akan menjadi rock melon. hahaha tak tau biji apa yang dia main taboq. menjalar bukan main lagi. pokok ni pun tahan panas. sebelum cuti summer dah tumbuh. balik dari malaysia, seminggu lepas tu dah nampak putik-putik buah.


yang atas bunga betina. yang bawah bunga jantan kalau tak silap. nanti chek balik.


ada dua biji buah yang ketara tiba-tiba saja besar tanpa di sedari tuan dia. 
 
gambar-gambar ni semua di ambil minggu lepas. minggu ni dah banyak buah yang dah besar sikit. 

sapa tau atau ada tips macamana nak tau buah ni dah ready untuk di petik? mana pi hangkebun? oohhh hangkebun .... tau tak bila nak masak ni?


Thursday, September 26, 2013

biskut suji


hari rabu pagi ada jemputan coffee morning oleh salah sorang jiran. tujuannya untuk saling mengenali antara satu sama lain. walaupun dah duduk setahun lebih. kami semua tak pernah bersembang. setakat senyum, angkat tangan. dalam compound ni ada 10 buah rumah. 2 keluarga malaysia, 1 singapore, 3 india, 1 libya, 1 syria-amerka, 1 egypt dan 1 latin. hanya 2 yang bekerja. yang lain suri rumah. memandangkan ada yang vegetarian ... memamg mati akal nak bawak apa. yang jadi hos kata dia nak beli saja dari carrefour kemudian panaskan. I ok ja ... pikiaq punya pikiaq, last-last cari resepi biskut suji. suji pun ada belen 3/4 tin lagi. ok la kan ...


resepi dari azimahliyana

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung suji
1 cwn gula aising
minyak sapi secukupnya
ceri merah untuk hiasan

Cara-cara
1. Tepung gandum diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan dengan tepung suji dan gula aising.
2. Gaul rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk bola-bola kecil.
3. Bulat-bulatkan doh kemudian susun di loyang dan letak hirisan ceri kecil di atasnya.
4. Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit .

Tuesday, September 24, 2013

sambal totok johor

 

kalau ada sambal macam ni .. mmg cukup bahaya! asyik nak tambah nasi. sambal ni macam sambal gesek n.sembilan cuma ia di tumis. so amacam orang johor ... betul ke sambal totok macam ni?

resepi dari amoyziee

Bahan-bahan 
1 bawang merah besar * hiris kasar
4 - 5 cili padi * potong sedikit sahaja supaya tidak meletup
ikan bilis
garam dan gula gecukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Panaskan minyak terlebih dahulu .
2. Tumis bawang, cili padi dan ikan bilis sehingga layu
3. Goreng sehingga bawang layu atau nampak sedikit perang kemudian angkat dan toskan
4. Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng ke dalam batu lesung, jangan lupa letak garam dan gula secukup rasa. Tumbuk sehingga lumat.

Nota : kuantiti ikan bilis bergantung pada kuantiti bawang yang di gunakan. Sama juga dengan cili padi. Nak pedas lebihkan cili.

Sunday, September 22, 2013

kita tengok penyu telor ...

lokasi pilihan kali ini berkhemah di ras al hadd dan aktiviti melihat penyu pada sebelah malam di pantai ras al jinz. lebih kurang 2 jam perjalanan dari muscat. cuaca masih agak panas di sebelah tengahari lagi-lagi kat tepi pantai ni. semua pakat dahaga. kali ni group agak besar, seramai 17 buah kereta/family termasuk beberapa keluarga yang baru sampai di oman dan juga kali pertama berkhemah. semua excited nak tengok penyu.


lepas asar semua pakat lari ke pantai. ada yang mandi dan ada yang sekadar lepak saja. memang agak berbeza pantai di sini. patut la penyu banyak naik untuk bertelur. ada kawan kata setengah-setengah pantai kalau kita jejak kaki boleh tenggelam sampai paras lutut.



geng bapa-bapa semua mula buat unggun api untuk barbeque. star of the night kambing sekor di bawa dari muscat dan fresh seafood yang di order dari nelayan berdekatan.


lebih kurang pukul 9pm datang seorang lelaki oman yang juga kenalan pada sorang member di sini. baik hati sungguh dia tolong bawakkan anak penyu satu baldi nak tunjukkan pada budak-budak semua. dia jugak yang akan guide kami semua bawak pergi ke lokasi tenyu bertelur. bukan main seronok lagi. mak pak pun apa lagi. sama jakun gak hehehe


aktiviti tengok penyu bermula jam 10 malam ke atas. alhamdulillah kami di bawa ke 3 lokasi. di semua lokasi ada penyu. tak payah termenung tunggu penyu naik. sampai saja dah ada penyu. subhanallah tak terkata cantik dan menakjubkan. macam tak percaya pun ada.


lokasi yang terkahir memang sangat-sangat tak terkata dan menakjubkan. kawasan pantai yang tertutup dan berbayar sekiranya ingin masuk. tapi kami masuk selepas pukul 12 malam. lelaki oman tadi dah arranged untuk kami masuk dengan percuma. kami sampai dah 12:30 tgh malam. dalam kawasan pantai ni kena berhati-hati masa berjalan sebab takut terpijak anak penyu. memang banyak sungguh. kami bertuah sangat malam tu ada dua ekor penyu sedang bertelur. anak-anak penyu memang tak terkira banyaknya kat pantai.


dah selesai tengok penyu kami pun balik ke tempat perkhemahan lebih kurang 1:30 pagi. ada khemah yang roboh di tiup angin. tinggal lebih kurang 3 jam masuk waktu solat subuh. ada yang tidur pukul 2 pagi membetulkan khemah. tapi semua memang tidur nyenyak sebab teramat letih berjalan atas pantai nak tengok penyu punya pasal. esok pagi lepas breakfast semua balik. bila sampai rumah yang 1st sekali kena buat ... mandi :-)

Wednesday, September 18, 2013

currently reading ..... sebarkan cinta-mu



dah lama tak baca novel ... lagi-lagi novel yang tebal-tebal macam ni. baru separuh jalan baca. novel ni lain sikit. bukan novel cintan-cintun tapi novel tauhid. berkisarkan poligami ... wohooo!! hehehe 

latar belakang cerita berkisarkan seorang anak remaja di sebuah kolej. di mana ibubapa mengamalkan poligami. kisah seorang wanita indonesia yang suatu ketika dulu seorang pelajar terbaik dan end-up sebagai cleaner di kolej tersebut. yang menarik tentang novel ni ialah pengisian yang di selitkan dengan ilmu-ilmu berguna untuk kita. dari segi hukum poligami, sejarah poligami Nabi Muhammad saw. banyak lagi sebenarnya informasi dalam buku ni yang mana dulu tak tau ... la ni cheq dah tau.

sesuai di baca oleh semua baik lelaki mahupun perempuan. yang beum kahwin, yang dah kahwin, yang dah berpoligami, yang bercadang-cadang nak berpoligami, yang bercadang nak jadi no. 2, no.3 dan no. 4, yang sekarang berstatus no.1.

sesuai juga di jadikan hadiah ...

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit : PTS
RP : RM31.00

Monday, September 16, 2013

homemade weekend breakfast

pizza for breakfast ... why not!

untuk resepi doh boleh klik sini


.
.
.
.
 untuk pagi sabtu kita breakfast sihat ... bubur oat. rasa macam bubur lambuk lak.


resepi dari dorry sweetie  yang telah di ubah suai sedikit

Bahan-bahan 
2 senduk nasi oat segera
1 kiub pati ayam
daging ayam cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia - hiris halus
3 mug air
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Bahan tabur
daun bawang
bawang goreng

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi dan masukkan daging ayam. Kacau sehingga daging ayam masak.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kiub ayam. Pecah-pecahkan kiub ayam. Dan gaul sehingga kiub larut.
4. Masukkan oat. Perisakan dengan sedikit lada sulah dan garam (jika perlu).
5. Perlahankan api dan sentiasa kacau sehingga oat sebati dan memekat.
6. Setelah dapat kepekatan yang di kehendaki. Tutup api.
7. Hidang bersama daun bawang dan bawang goreng.


Friday, September 13, 2013

asam pedas papajoh


asam pedas ikan kacang-kacang berlada hitam dan daun selasih


tau dah ikan ni nama apa. ikan kacang-kacang .. betoi dak? hari tu kan ingat ikan parang. hahaha salah rupanya. 

balik summer hari tu seminggu sekali jadi drebar teman mama pi market kepala batas. dok tanya la ikan ni nama apa?, ikan tu nama apa? masa muda tak mau tanya. buat tak tau saja masa mama dok pilih ikan. bila tua tak kenai ikan!

kali ni masak asam pedas pulak. try resepi dari papajoh dari singapore. letak daun selasih. maklum la pokok selasih tengah suboq ;-)

resepi dari papajoh

Bahan-bahan
1 sk lada hitam
4 sb pes cili (15 cili kering, rebus dan kisar)
3 ulas bawang putih
1/2" halia
2 biji bawang besar  - cincang/kisar
1/4 sk serbuk kunyit
2 batang serao - di ketuk
800gm ikan kacang-kacang (barrracuda)
1 biji limau purut - di ambil jus
6 - 8 keping daun selasih - di koyak kasar (boleh di ganti dengan daun kesum)
2 sb minyak masak

garam secukup rasa
2-3 cwn air


bendi }
tomato } mala tambah

Cara-cara

1. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia sehingga menjadi pes. Kisar cili kering bersama bawang besar.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan di atas dan serai yang telah di ketuk sehingga wangi dan masukkan serbuk kunyit.
3. Masukkan air dan perah limau.
4. Setelah kuah mendidih masukkan ikan. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun selasih. Biarkan masak selama 10-15 minit.

Monday, September 9, 2013

roti sosej


menu ringkas untuk bekal sekolah anak-anak ...

Bahan-bahan
roti sandwich
sosej - yang telah di rebus
campuran tepung gandum dan air - sebagai bahan pelekat

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Trim keliling roti supaya nampak kemas. Susun dalam pengukus dan kukus sebentar. Tujuan untuk melembutkan roti dan roti tidak serap minyak setelah di goreng nanti.
2. Ambil sekeping roti, gelek sehingga nipis dengan pengelek.
3. Letak sosej pada satu hujung. Gulung roti dan sapu 'gam tepung gandum' pada hujung roti dan lekat kemas. Tekan sedikit supaya melekat betul.
4. Buat semua sehingga habis. Boleh di bekukan atau goreng terus dalam minyak yang sederhana panas.

Friday, September 6, 2013

daging kaprau


pertama kali rasa daging kaprau ni di Ali Tomyam kat dato keramat setelah di cerita oleh kakjee kat blog dia. memang sedap masakan dan puas hati kalau makan kat situ. nak tau lebih klik kat link atas.

dalam lauk ni mala tambah kacang panjang. kat rumah ni tak suka masak banyak-banyak lauk sebab selalu tak habis. setiap kali masak akan tambah sekali sayur-sayur yang ada. lagi pun lauk ikan sambal yang semalam ada lagi (kan dah kata tak habis). panaskan balik dalam rice cooker. lepas nasi dah masak letak ja dalam bekas pengukus plastik yang dapat sekali dengan rice cooker.


my selasih ... tanam masa sebelum balik cuti. memang dah kering kontang pokok ni sebab panas. balik ja dari cuti suka tengok bila nampak si selasih sihat walafiat. senang hidup pokok ni. ntah brapa kali ubah tempat. cabut tanam, cabut tanam. masih hidup lagi.

resepi dari kakjee

Bahan-bahan
250 gm daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam) (mala guna daging cincang)
2 sb pes tomyam (mala guna pes cili thai)
5 - 10 cili api -  di ketuk, ikut tahap kepedasan
3 ulas bawang putih - di cincang (mala tambah)
2 labu bawang besar - dibelah lapan dan dileraikan
1 sb kicap manis
1 sb sos cili Thai
1 sb sos ikan (nampla) - (mala tambah)
hirisan kacang panjang - (mala tambah)
segenggam daun selasih

Cara-cara
1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu pes tomyam selama ½ jam. 2. 2. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
3. Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan nampla, terus goreng. Masukkan kacang panjang dan daun selasih yang telah dipetik, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Wednesday, September 4, 2013

kakak's latest creation



kakak alia's latest creation. masih belum berani guna mesin jahit mini yang mama beli. dia jahit tangan. kain beli kat daiso . banyak benda dia dah buat. nanti la senang-senang ambik gambar. dari beg ke sepit rambut ... gelang tangan. produk dari clay pun ada.

Sunday, September 1, 2013

back to school!

setelah 2 bulan bercuti adam dah start sekolah hari ni. kakak-kakak dia dah sekolah minggu lepas. habis la segala lemak dan malas yang ada. ipad dan tab di larang sentuh masa hari sekolah. handsome tak saya? kasut recycle ... pakai kasut sekolah agama kakak aimi masa di brunei. seluar pun recycle (walaupun dah agak senteng) seluar sekolah sk setiawangsa :-)



dinner semalam nasi arab pertama sejak balik ke oman. di restoren yaman, wadi hadramout. nama sama ja kan macam restoren kat kl tu.


bagi yang tak biasa, bila tengok gambar nampak macam best je makan nasi arab ni kan? kan? 
tapi percaya lah ... nasi malaysia lagi best!


sebab budak-budak ni suka makan kat restoren ni adalah sebab sup dia. jangan tanya resepi ok ... agak pekat. kalau pernah makan sup mamak cicah roti benggali ... hah! macam tu la lebih kurang rasa dia cuma kurang berempah.

jenuh nak baca menu. bab mengorder ni serah pada husband la. order standard saja mandhi .. ayam satu, kambing satu.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...