sempoi la kuih ni. unik! lemak-lemak manis dan wangi ....
resepi dari izahdaut
Bahan-bahan
3/4 cwn + 2 sb tepung gandum
1/4 cwn tepung ubi kayu
1/2 cwn gula halus
1 cwn air pandan (drpd 5-7 helai daun pandan)
1 cwn santan pekat
1/2 genggam bawang goreng - cheq pakai hat yang beli siap ;-)
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
3. Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
5. Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
6. Kukus sehingga selama 30-40 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan sebelum di potong.
Tips:
1. Adunan kuih menghasulkan kuih yang agak kecil, gunakan loyang paling kecil.
2. Disarankan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bawang goreng yang dibuat sendiri, santan perah dan daun pandan.
3. Bawang goreng supaya tidak menjejaskan rasa.
.
.
.
.
ttfn
mala
must try this. rasanya kalau bubuh bawang goreng, my princess mesti suka. thnx mala for the recipe.
ReplyDeletesalam mala dah buat juga ye sdp kan akk punya dah habis ingat nak buat lagi kuih ni sempoi aje..ank akk siap mkn same sambal lg...katanya mcm kuih talam belauk
ReplyDeleteuit..sama menu la..kita pun buat petang ni..tapi esok baru upload..memang sedapkan..harum bau bawangnya...
ReplyDeletekak jee - cuba kakjee sebab ringkas dan senang nak buat.
ReplyDeletesheila - eh eh makan dgn sambal ;-)
nazrah - sama menu ek? hehehe memang wangi betul ...
as-salam mala
ReplyDeletekuih kukus bawang goreng tu ady tak pernah mkn..1st time npk kuih macam ni mala..
Salam Mala....
ReplyDeleteWah! nampak cam senang je nak buat...rasanya mesti sedap ni kan...tuko ngan Bingka Ubi pandan boleh ekkk...:D
tq sudi try resepi simple ni..unik kan rasa dia.. mcm kasidah tapi bukan kasidah. sedap merasa kuih yg lain dari yg lain ni skali skala kan
ReplyDeleteizah - thanks izah for sharing this nice recipe
ReplyDeletesalam mala...boleh try ni ...nmpk mcm mudah buat...kuin ni bukan di tempat kita org panggil ghasidah ka...
ReplyDelete