Monday, October 31, 2011
si daniel
kelmarin kena babysit daniel sebab mama dia ada kelas. abah pulak nak ke Seksyen 8, Shah Alam untuk ambik buku yang di order online.
usung la si kecik ni ke Shah Alam. perginya tak lama tapi macam nak pi piknik. siap satu bakul penuh barang daniel.
dah lama tak ngusung banyak-banyak barang bila pi berjalan. nasib baik daniel tak banyak karenah masa dalam kereta. kalau pergi jalan memang nombor satu budak ni.
cuma bila dah masuk Shah Alam daniel mula meneran. aduh! budak-budak dah bising busuk! buka habih tingkap bagi oksigen masuk. hahaha nasib baik dah dekat masuk seksyen 8. sampai saja terus tukar diaper. kalau tak mau pitam semua orang.
daniel dah nak masuk 9 bulan. dah merangkak laju, boleh duduk tapi kadang-kadang tumbang, asyik nak memanjat cuba nak berdiri, pandai tepuk tangan, ada sepasang gigi bawah. bubur pun masak lembik saja. dah tak payah kisar. suka kunyah-kunyah biskut.
lately bila mak dia hantar rumah pagi-pagi nak pi kerja dia dah pandai tak mau dengan kita. takut kena tinggal. paling merap dengan kakak. pantang nampak kakak.
sat saja dah besar daniel ni. dah pandai macam-macam.
.
.
.
.
ttfn
mala
Friday, October 28, 2011
patin temerloh
semalam mama daniel ada tugasan di Temerloh. sebelum balik dia talipon tanya nak tak ikan patin? aku pun cakap la nak.
dia tanya nak berapa ketul? aku yang tak pernah beli ikan patin ni kata 2 ketul tanpa usul periksa 1 ketul tu sebenarnya separuh ikan.
maka dinner kami berdua semalam ikan patin masak asam tumis tempoyak. rasa dia masam-masam pedas dengan rasa tempoyak. ada daun kesum dan kunyit.
nama yang betoi tak tau lah pulak. anak-anak tak makan sebab kata tempoyak taste weird! resepi dia mungkin sama dengan resepi asam tumis tempoyak dari cmg
aku pun sms la mama daniel kata duit cik patin tu potong saja la dari upah mengasuh daniel. mama daniel pun ketawa dalam sms ... banyak nak kena potong tu!! RM100 maka terkejut beruk la aku yang tak pernah beli ikan patin. tapi tak pa la ... makan sedap punya pasal.
yang paling sedap mama daniel kata tak pe dia belanja. yahoo!!
moral of the story ... tak rugi buat baik sesama jiran dan manusia sejagat :-)
3 biji mangga juga dari jiran buah tangan dari Kampar.
.
.
.
.
ttfn
mala
Monday, October 24, 2011
adam's graduation
semalam berlangsung majlis graduasi dan konsert tahunan tadika Adam di Bangunan RISDA Jalan Ampang. Adam satu-satunya anak mama yang graduate kat Malaysia. kakak Alia dan Aimi lulusan obersi hahaha
tak banyak gambar yang di ambil sebab lighting kat dalam dewan teruk. sound system pun ntah apa-apa. boleh budak-budak tengah syok nyanyi-joget lagu stop. budak-budak pun boleh aik? potong stim.
overall konsert tahun lepas lebih menarik dan menghiburkan.
.
.
.
.
ttfn
mala
tak banyak gambar yang di ambil sebab lighting kat dalam dewan teruk. sound system pun ntah apa-apa. boleh budak-budak tengah syok nyanyi-joget lagu stop. budak-budak pun boleh aik? potong stim.
overall konsert tahun lepas lebih menarik dan menghiburkan.
pentas di hiasi hasil kerja tangan pelajar-pelajar tadika
persembahan aksi ganas tae kwan do.
acara memecah piring tak dapat buat sebab pentas agak sempit.
piring-piring milik mama is a big NO ok...
posed untuk mama setelah dapat sijil.
segak aih! hero mama sorang ni
I paid RM50 for this costume.
akan di jadikan baju melayu tahun depan :-)
nak kena cari kain yang sama untuk buat baju.
persembahan terakhir lagu Hijau dari Zainal Abidin
Alhamdulillah, pagi ni dah pun selesai buat
bayaran pelbagai untuk Adam di SRK Setiawangsa.
tahun depan Adam dah masuk darjah 1. sempat ke tak ... ;-)
.
.
.
.
ttfn
mala
Sunday, October 23, 2011
oat waffle
pagi ni kita breakfast dengan waffle kerana tayang oat waffle ni. guna oat abah yang tersadai lama di dalam tupperware. makan dengan strawberry jam & butter dan sliced cheddar cheese.
sumber dari tun_telani
recipe from allrecipesIngredients
1 cup all-purpose flour
1-1/4 cups quick-cooking oats (processed in a blender until finely ground)
4 tsp baking powder
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt
2 eggs
1 3/4 cups fat-free milk
2 tbsp canola oil
1 tsp vanilla extract
Method
1. In a bowl, combine the first five ingredients. Combine the eggs, milk, oil and vanilla; stir into dry ingredients just until combined.
2. Pour batter by 1/2 cupfuls into a preheated waffle iron; bake according to manufacturer's directions until golden brown.
.
.
.
.
ttfn
mala
Thursday, October 20, 2011
muffin pandan kurma
made this muffins last two weeks. *dah habih dah*
di tengahari yang panas ketika sedang membonceng motor cik abang, kedengaran ada orang memanggil Mala! Mala! ah! sudah apa pulak ni!
Oh .. it was my neighbour tengah mengemas pokok-pokok *di tengah panas* depan rumah. she gaved me a bunch of pandan leaves and I made pandan paste out of it. orang bagi kita ambik saja.
tiba-tiba I remember I still have some chopped dates which I used for making steamed cake for raya.*elok lagi OK tak berkutu, berkulat ;-)*
resepi dari rinnchan
sumber cari.com
Bahan-bahan
200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikabonat
1/2 sk garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 sk pes pandan (extra kalau nak lebih hijau)- I used homemade pandan paste
*1/2 sk esen pandan
Cadangan bahan topping- hirisan almond, kismis, ceri, kurma, coklat cip, coklat rice.
Nota :
Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan di tapis.
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul-ketul sedikit (lumpy). (I add chopped dates)
4. Isikan adunan ke dalam paperliners hampri penuh dan
5. Bakar selama 20minit.
Tips:
Jika mahu muffin naik membumbung dan teksturnya lembut, jangan diputar/kacau adunan terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering bercampur dengan bahan basah. Isi adunan hampir penuh dalam paperliners. Selamat mencuba.
.
.
.
.
ttfn
mala
Wednesday, October 19, 2011
broken glass birthday agar-agar
hajat di hati birthday party Adam hari tu nak buat puding kasih bertaut yang so sweeeet tu tapi tak terbuat lah pulak. dia jadi lain lebih kurang la konsep agar-agar ni. :-)
Bahan-bahan
Agar-agar kaca
1 pkt serbuk agar-agar
1L air
250g gula
Cara-cara
1. Sediakan agar seperti arahan pada paket.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang dikehendaki mengikut warna pilihan.
3. Sejukkan. Setelah keras bolehlah dipotong dadu.
Bahagian putih
1 pkt serbuk agar-agar
1 kotak kecil santan (boleh tukar pada susu atau soya)
air
gula
Cara-cara
1. Satukan santan dan air sehingga menjadi 1L.
2. Sediakan agar-agar seperti arahan pada paket.
3. Tuang agar-agar ke dalam loyang dan biarkan sehingga hampir pada suhu bilik.
4. Bolehlah ditabur agar-agar kaca. Jika ditabur ketika masih masih panas ia akan mencair dan kurang cantik la resultnya.
.
.
.
.
ttfn
mala
Tuesday, October 18, 2011
cucur bom manis
tea time with cucoq kebabOm!! untuk kanak-kanak riang yang lapaq memanjang! ramai jugak yang dah cuba cucoq ni. macam kak sheila, izahdaut & tun_telani bulat-bulat elok saja cucoq depa. kita punya standard la ... macam-macam bentuk ada.
resepi dari daun_kesum fNR@Jurnal Alkiram
Bahan-bahan
1 sdt yis
1 cwn tepung gandum
2 sb gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Campurkan yis, gula, susu dan sedikit air. Larutkan dan biar sampai pekat berbuih.
2. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambahkan sedikit air, agak-agak macam nak buat jemput-jemput biasa.
3. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik dan kuih jadi bulat masa menggoreng.
4. Panaskan minyak masak.
5. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
.
.
.
.
ttfn
mala
karipap tun inti sardin & kentang
rasanya karipap ni paling glamor tahun 2011 ;-)
memang gebu kulit dia ... inti pun sedap.
tapi macam biasa kejadian dia amat mengecewakan. ternga-nga ja semua. may be I was born to make carry puffs from play-doh saja huhuhu
pakai acuan pun macam tu jugak. tension ... seb baik sedap!
resepi dari tun_telani
Bahan-bahan (dlm 35 biji)
Doh
4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
1/2 cawan minyak (panaskan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk. Tutup api. (I used non-stick wok dari step 1 sampai 4)
2. Tengah panas-panas, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu (Jangan guna tangan, melecur nanti).
3. Setelah agak sejuk, masukkan garam dan air sedikit-sedikit.
4. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Sedia untuk digunakan. (Cara gaul dengan minyak panas ini adalah untuk mendapat kulit yang rapuh)
Bahan-bahan
Inti
1 tin sederhana sardin
2 biji kentang besar- dadu
1 labu bawang besar- dadu
2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
1/2 inci halia- ketuk
2 sudu besar cili giling
garam/gula secukup rasa
1 biji limau nipis
Cara-cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan sardin bersama kuah sos.
4. Masukkan kentang dan air yang agak banyak dan sentiasa gaul-gaul sehingga kentang empuk. (Jangan dibarkan di atas api takut hangus bahagian bawah). Perasakan garam dan gula. Masak sehingga kuah kering. Tutup api dan perah limau nipis..
5. Setelah inti sejuk, boleh dibuat karipap.
Tips untuk frozen kan karipap atau kuih-kuih lain.
1. Susun kuih atas dulang yang di lapis plastik. Biar ada jarak antara kuih supaya tidak melekat.
2. Masukkan dalam freezer sehingga keras (dalam setengah jam)
kemudian boleh di alih dalam bekas atau plastik.
.
.
.
.
ttfn
mala
Monday, October 17, 2011
homemade angry bird birthday cake
this is how I made the angry bird birthday cake for my son's birthday
Cake
I was too lazy to make the cake from scratch so I used premix :-)
Prepared according to the instruction given at the back of the cake box.
Eyebrows - Kit Kat
Eyes - Oreo
Eyeballs - M&M
Beak - mini ice cream cone
Frosting
1 block unsalted butter
1 block cream cheese
200gm icing sugar (sifted)
Method
1. Beat butter and cream cheese till soft and fluffy.
2. Add icing sugar and continue beating till well mix.
3. Divide into two. Add red food coloring to one portion.
.
.
.
.
ttfn
mala
Thursday, October 13, 2011
lepat liat
jom makan lepat liat!
lepat liat ni memang dah lama tak makan. di KL ni memang tak pernah jumpa orang jual. bila kak sheila tayang lepat liat resepi dari izahdaut rasa tak tahan sungguh nak makan.
setelah di google ada dua lagi resepi yang berkenan di myresepi. satu dari maksu om menggunakan santan dan hanazmanis. jumpa pulak resepi di bawah. lebih kurang sama saja semua resepi.
bila di bandingkan kita guna resepi nondatindiaries sebab tak banyak sangat hasilnya nanti. anak-anak belum tentu mau makan lagi. nanti jenoh nak perabih sorang-sorang lepat liat. lagi satu sebab first time buat lepat. apa-apa jenis lepat pun. hahaha
mala gantikan air dengan santan cara maksu om untuk rasa lemak dan juga tak perlu sapu minyak pada daun pisang.
resepi dari non-datin-diaries
Bahan-bahan
2 - 2 1/4 cwn tepung pulut
3/4 cwn gula merah
1 cwn
daun pisang sebagai pembalut
1 cwn kelapa parut putih
sedikit daun pandan
garam
Cara-cara
1. Gula merah dimasak dengan air (santan) dan daun pandan (di tapis) sebelum di campurkan dengan tepung pulut dan di kacau hingga sebati.
2. Kelapa parut pula dicampur dengan sedikit garam untuk di jadikan inti lepat dan daun pisang di bersih dan di potong cantik-cantik untuk di jadikan balutan lepat.
3.
4. Letakkan sesudu makan adunan tepung ke atas daun pisang dan ratakan.
5. Letakkan inti kelapa di tengah-tengah adunan dan terus balut adunan tu dengan daun pisang tadi.
6. Buat sehingga habis bahan-bahan dan kukus di dalam periuk kukus selama 15 - 20 minit dengan api yang sederhana sahaja.
.
.
.
.
ttfn
mala
Wednesday, October 12, 2011
tumis kacang kelisa
dapat kacang kelisa hasil dari tanam kat belakang rumah oleh jiran sebelah. tanah kat belakang rumah kecik saja. boleh la nak tanam sikit-sikit.
Alhamdulillah ....lepas lauk sayur untuk tengahari kelmarin. kita tumis dengan cili, belacan dan udang kering.
.
.
.
.
ttfn mala
Tuesday, October 11, 2011
lempeng pisang @ peknga
pagi ni kita sarapan lempeng pisang. guna pisang emas yang di bagi jiran.
abah (Kedah) panggil peknga. mama (penang) panggil tempek. anak-anak tak kenai kuih ni. senang cerita pancake
resepi dari kakfiza
Bahan-bahan ( 4-5 org )
7 biji pisang emas
5 sb gula - (kurangkan ke 2 sb)
11/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn kelapa muda (parut)
1/2 st garam
Cara-cara
1. Lecek pisang hingga halus, kemudian masukkan gula, garam dan kelapa parut.
2. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul rata.
3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak, sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali.
4. Balik-balikkan hingga kedua-dua bahagian masak.
5. Angkat dan bolehlah di hidang sebagai sarapan/minum petang.
.
.
.
.
ttfn mala
Monday, October 10, 2011
happy 6th birthday adam!
today is my son's 6th birthday. my baby is growing up too fast!
he is currently obsessed with angry bird.
so I baked and decorated this birthday cake for him.
happy birthday my son ...
.
.
.
.
ttfn
mala
he is currently obsessed with angry bird.
so I baked and decorated this birthday cake for him.
happy birthday my son ...
.
.
.
.
ttfn
mala
Friday, October 7, 2011
kuih kukus bawang goreng
sempoi la kuih ni. unik! lemak-lemak manis dan wangi ....
resepi dari izahdaut
Bahan-bahan
3/4 cwn + 2 sb tepung gandum
1/4 cwn tepung ubi kayu
1/2 cwn gula halus
1 cwn air pandan (drpd 5-7 helai daun pandan)
1 cwn santan pekat
1/2 genggam bawang goreng - cheq pakai hat yang beli siap ;-)
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
3. Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
5. Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
6. Kukus sehingga selama 30-40 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan sebelum di potong.
Tips:
1. Adunan kuih menghasulkan kuih yang agak kecil, gunakan loyang paling kecil.
2. Disarankan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bawang goreng yang dibuat sendiri, santan perah dan daun pandan.
3. Bawang goreng supaya tidak menjejaskan rasa.
.
.
.
.
ttfn
malaTuesday, October 4, 2011
sambal sotong Rex
tergoda tengok sambal sotong REX mamafami dan kakjee. Sabtu lepas pi cari kat Giant. yang ada tin besar, harga RM10.99 kalau tak silap. ni kita ikut resepi mamafami cuma tambah sedikit belacan. not bad rasa dia. sedap jugak!
Bahan-bahan
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 sb cili kisar - malas tahap gaban ni, guna cili kisar Giant saja :-)
sedikit belacan (tambah)
sedikit pes asam jawa
sedikit air
garam gula secukup rasa
1 tin besar sotong REX - toskan kuah kicap dan sotong disiat (isi dia tebal)
minyak masak
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan wangi. Masukkan belacan dan hancurkan. Kalau guna belacan serbuk lagi senang.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
3. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air jika perlu.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan sotong dan gaul sebati. Biarkan seketika dan boleh tutup api. Siap!
.
.
.
.
ttfn
mala
Subscribe to:
Posts (Atom)