Tuesday, November 9, 2010

donut


resepi dari skyblue

Bahan-bahan
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik atau dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar kerana doh bahagian dalam tidak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan gula halus semasa donut itu masih panas.





5 comments:

  1. salam kak mala,

    donut nampak gebu dan yummy :D____

    p/s: pad warna merah plain ye? okay, boleh! no prob, emailkan kat saya detailnya :)

    ReplyDelete
  2. wasalam...
    Lynn, mmg lembut la donut ni. actually ni 1st time buat donut. sampai mengatuk hah lps buat :)
    dah email order

    ReplyDelete
  3. salam mala..
    Tergugat tgk donut tue..mmg gebu..buat mkn ptg cicah kopi sedap ni..

    ReplyDelete
  4. ni buat utk minum petang, bawak bekal pergi swimming, balik rumah makan lagi.. hahaha... buat size sedang dapat byk jugak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...