Tuesday, October 18, 2011

karipap tun inti sardin & kentang



rasanya karipap ni paling glamor tahun 2011  ;-)

memang gebu kulit dia ... inti pun sedap.

tapi macam biasa kejadian dia amat mengecewakan. ternga-nga ja semua. may be I was born to make carry puffs from play-doh saja huhuhu

pakai acuan pun macam tu jugak. tension ... seb baik sedap!

resepi dari tun_telani

Bahan-bahan (dlm 35 biji)
Doh
4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
1/2 cawan minyak (panaskan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk. Tutup api. (I used non-stick wok dari step 1 sampai 4)
2. Tengah panas-panas, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu (Jangan guna tangan, melecur nanti).
3. Setelah agak sejuk, masukkan garam dan air sedikit-sedikit.
4. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Sedia untuk digunakan. (Cara gaul dengan minyak panas ini adalah untuk mendapat kulit yang rapuh)



Bahan-bahan
Inti
1 tin sederhana sardin
2 biji kentang besar- dadu
1 labu bawang besar- dadu
2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
1/2 inci halia- ketuk
2 sudu besar cili giling
garam/gula secukup rasa
1 biji limau nipis

Cara-cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan sardin bersama kuah sos.
4. Masukkan kentang dan air yang agak banyak dan sentiasa gaul-gaul sehingga kentang empuk. (Jangan dibarkan di atas api takut hangus bahagian bawah). Perasakan garam dan gula. Masak sehingga kuah kering. Tutup api dan perah limau nipis..
5. Setelah inti sejuk, boleh dibuat karipap.

Tips untuk frozen kan karipap atau kuih-kuih lain.
1. Susun kuih atas dulang yang di lapis plastik. Biar ada jarak antara kuih supaya tidak melekat.
2. Masukkan dalam freezer sehingga keras (dalam setengah jam)
kemudian boleh di alih dalam bekas atau plastik.
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, October 17, 2011

homemade angry bird birthday cake


this is how I made the angry bird birthday cake for my son's birthday

Cake
I was too lazy to make the cake from scratch so I used premix :-)
Prepared according to the instruction given at the back of the cake box.


Eyebrows -  Kit Kat
Eyes - Oreo
Eyeballs - M&M
Beak - mini ice cream cone

Frosting
1 block unsalted butter
1 block cream cheese
200gm icing sugar (sifted)

Method
1. Beat butter and cream cheese till soft and fluffy.
2. Add icing sugar and continue beating till well mix.
3. Divide into two. Add red food coloring to one portion.
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, October 13, 2011

lepat liat



jom makan lepat liat!

lepat liat ni memang dah lama tak makan. di KL ni memang tak pernah jumpa orang jual. bila kak sheila tayang lepat liat resepi dari izahdaut rasa tak tahan sungguh nak makan.

setelah di google ada dua lagi resepi yang berkenan di myresepi. satu dari maksu om menggunakan santan dan hanazmanis. jumpa pulak resepi di bawah. lebih kurang sama saja semua resepi.

bila di bandingkan kita guna resepi nondatindiaries sebab tak banyak sangat hasilnya nanti. anak-anak belum tentu mau makan lagi. nanti jenoh nak perabih sorang-sorang lepat liat. lagi satu sebab first time buat lepat. apa-apa jenis lepat pun. hahaha

mala gantikan air dengan santan cara maksu om untuk rasa lemak dan juga tak perlu sapu minyak pada daun pisang.


resepi dari  non-datin-diaries

Bahan-bahan
2 - 2 1/4 cwn tepung pulut
3/4 cwn gula merah
1 cwn air (ganti dengan santan)
daun pisang sebagai pembalut
1 cwn kelapa parut putih
sedikit daun pandan
garam
minyak masak

Cara-cara
1. Gula merah dimasak dengan air (santan) dan daun pandan (di tapis) sebelum di campurkan dengan tepung pulut dan di kacau hingga sebati.
2. Kelapa parut pula dicampur dengan sedikit garam untuk di jadikan inti lepat dan daun pisang di bersih dan di potong cantik-cantik untuk di jadikan balutan lepat.
3. Sapukan minyak masak secukup rasa di atas daun pisang. Supaya adunan tak melekat pada daun. Tak perlu letak minyak sebab guna santan.
4. Letakkan sesudu makan adunan tepung ke atas daun pisang dan ratakan.
5. Letakkan inti kelapa di tengah-tengah adunan dan terus balut adunan tu dengan daun pisang tadi.
6. Buat sehingga habis bahan-bahan dan kukus di dalam periuk kukus selama 15 - 20 minit dengan api yang sederhana sahaja.
.
.
.
.

ttfn
mala

Wednesday, October 12, 2011

tumis kacang kelisa


dapat kacang kelisa hasil dari tanam kat belakang rumah oleh jiran sebelah.  tanah kat belakang rumah kecik saja. boleh la nak tanam sikit-sikit.

Alhamdulillah ....lepas lauk sayur untuk tengahari kelmarin. kita tumis dengan cili, belacan dan udang kering.


.
.
.
.
ttfn mala

Tuesday, October 11, 2011

lempeng pisang @ peknga


pagi ni kita sarapan lempeng pisang. guna pisang emas yang di bagi jiran.

abah (Kedah) panggil peknga. mama (penang) panggil tempek. anak-anak tak kenai kuih ni. senang cerita pancake


resepi dari kakfiza

Bahan-bahan ( 4-5 org )
7 biji pisang emas
5 sb gula - (kurangkan ke 2 sb)
11/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn kelapa muda (parut)
1/2 st garam

Cara-cara
1. Lecek pisang hingga halus, kemudian masukkan gula, garam dan kelapa parut.
2. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul rata.
3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak, sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali.
4. Balik-balikkan hingga kedua-dua bahagian masak.
5. Angkat dan bolehlah di hidang sebagai sarapan/minum petang.
.
.
.
.
ttfn mala

Monday, October 10, 2011

happy 6th birthday adam!

today is my son's 6th birthday. my baby is growing up too fast!
he is currently obsessed with angry bird.
so I baked and decorated this birthday cake for him.

happy birthday my son ...


.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, October 7, 2011

kuih kukus bawang goreng


 

sempoi la kuih ni. unik! lemak-lemak manis dan wangi ....

resepi dari izahdaut

Bahan-bahan
3/4 cwn + 2 sb tepung gandum
1/4 cwn tepung ubi kayu
1/2 cwn gula halus
1 cwn air pandan (drpd 5-7 helai daun pandan)
1 cwn santan pekat
pewarna hijau
1/2 genggam bawang goreng - cheq pakai hat yang beli siap ;-)


Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
3. Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
5. Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
6. Kukus sehingga selama 30-40 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan sebelum di potong.


Tips:
1. Adunan kuih menghasulkan kuih yang agak kecil, gunakan loyang paling kecil.
2. Disarankan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bawang goreng yang dibuat sendiri, santan perah dan daun pandan.
3. Bawang goreng supaya tidak menjejaskan rasa.
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...