Tuesday, February 22, 2011

karipap inti daging berlada hitam



Bahan-bahan
1kg tepung gandum
100g minyak masak
100g marjerin
500ml air + 2 sdt garam

Cara-cara
1. Panaskan marjerin dan minyak hingga betul-betul panas
2. Buat kolam di tengah-tengah tepung dan curahkan minyak dan marjerin panas tadi. Hati-hati adunan adalah panas.
3. Gunakan senduk kayu untuk mengaul dan masukkan air yang telah di campur garam sikit demi sedikit sambil di uli hingga jadi doh . Rehatkan doh seketika.
4. Genggam tepung karipap sebesar bola golf, dan kemam-kemam supaya ia menjadi sedikit padat. Kemudian lenyekkan dengan roller sehingga ia betul-betul nipis sehingga kita boleh lihat cahaya di belakang karipap tersebut. Senipis duit sepuluh sen. Kalau terlalu tebal ia akan jadi keras.

Inti
ubi kentang
bawang merah
bawang putih
halia
lada hitam
daging lembu
kiub pati lembu
daun bawang
daun sup

Cara-cara
1. Ubi kentang di potong dadu bawang dan ubi kentang.
2. Tumbuk bawang merah, putih, halia dan lada hitam dan tumis.
3. Masukkan daging cicang, kentang dan air secukupnya untuk memasak inti. Hancurkan kiub pati lembu ke dalam inti dan perisakan dengan sedikit garam. Masak sehingga ubi kentang empuk.
4. Setelah ubi empuk, masukkan daun sup/bawang yang telah diracik untuk bau yang wangi.
5. Tapiskan inti tersebut supaya minyak dan airnya tertos ke bawah, dan tinggal inti karipap sahaja.

Nota:  Gorengkan di dalam api perlahan sehingga karipap itu berwarna kuning keemasan, dan angkat sebelum karipap itu bertukar menjadi perang.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...