Sunday, February 27, 2011

blueberry cheese tart






resepi dari azitakitchen

Tart Crust
 
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sk esen vanilla

Cara-cara
 
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula aising
1 biji telur Saiz B
½ st esen vanilla

blueberry filling


Cara-cara
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan blueberry filling ke dasar kulit tat.
4. Isikan adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.

5. Picitkan adunan hingga penuh sehingga sampai ke bahagian sisi crust.
6. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

I omit below process :-)

Mencorak permukaan cheese 

1. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
2. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
3. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil-kecil di bahagian tepi.
4. Bilangan garisan kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik)
5. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.






Friday, February 25, 2011

rich choc pudding


resepi dari  junis11

Bahan-bahan

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar mentega
1 paket serbuk agar-agar (10-11gm)
 

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali mentega dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan mentega, kacau hingga pekat dan tutup api
3. Tapiskan ke dalam acuan yang telah di basahkan terlebih dahulu supaya mudah menggeluarkan puding setelah beku.





Tuesday, February 22, 2011

karipap inti daging berlada hitam



Bahan-bahan
1kg tepung gandum
100g minyak masak
100g marjerin
500ml air + 2 sdt garam

Cara-cara
1. Panaskan marjerin dan minyak hingga betul-betul panas
2. Buat kolam di tengah-tengah tepung dan curahkan minyak dan marjerin panas tadi. Hati-hati adunan adalah panas.
3. Gunakan senduk kayu untuk mengaul dan masukkan air yang telah di campur garam sikit demi sedikit sambil di uli hingga jadi doh . Rehatkan doh seketika.
4. Genggam tepung karipap sebesar bola golf, dan kemam-kemam supaya ia menjadi sedikit padat. Kemudian lenyekkan dengan roller sehingga ia betul-betul nipis sehingga kita boleh lihat cahaya di belakang karipap tersebut. Senipis duit sepuluh sen. Kalau terlalu tebal ia akan jadi keras.

Inti
ubi kentang
bawang merah
bawang putih
halia
lada hitam
daging lembu
kiub pati lembu
daun bawang
daun sup

Cara-cara
1. Ubi kentang di potong dadu bawang dan ubi kentang.
2. Tumbuk bawang merah, putih, halia dan lada hitam dan tumis.
3. Masukkan daging cicang, kentang dan air secukupnya untuk memasak inti. Hancurkan kiub pati lembu ke dalam inti dan perisakan dengan sedikit garam. Masak sehingga ubi kentang empuk.
4. Setelah ubi empuk, masukkan daun sup/bawang yang telah diracik untuk bau yang wangi.
5. Tapiskan inti tersebut supaya minyak dan airnya tertos ke bawah, dan tinggal inti karipap sahaja.

Nota:  Gorengkan di dalam api perlahan sehingga karipap itu berwarna kuning keemasan, dan angkat sebelum karipap itu bertukar menjadi perang.





Monday, February 21, 2011

harvest cinnamon rolls



 

 

recipe by Linda Stadley 

Makes 15 Cinnamon rolls. 

Ingredients
1 cup milk (heated approximately 1 minute in microwave)
1/4 cup warm water (110 degrees F.)
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup butter, room temperature
2 eggs, room temperature and beaten
1/2 teaspoon salt
1/2 cup granulated sugar
5 cups bread flour
3 teaspoons instant active dry yeast 






Method
1. Put dry mixture in a large bowl Add the liquid ingredients, butter, and egg. Mix with a knife until it starts to come together into a rough dough. Turn out on to a lightly oiled bench top and knead until elastic - roughly 10 minutes.
2. Place back into the large bowl - cover with plastic wrap and let rest for 10 minutes.
3. After dough has rested, roll and stretch the dough into approximately a 15 x 24-inch rectangle. I haul out the measuring tape for this and try to make the edges as even and straight as possible, this makes it easier when you come to roll it up.
4. Brush the 1/2 cup softened butter (in the Cinnamon Filling) over the top of the dough with a rubber spatula or a pastry brush. Sprinkle Cinnamon Filling over the butter on the prepared dough. Starting with long edge, roll up dough; pinch seams to seal. NOTE: Rolling the log too tightly will result in cinnamon rolls whose centres pop up above the rest of them as they bake.
5. With a knife, lightly mark roll into 1 1/2-inch section and then slide a 12-inch piece of dental floss or heavy thread underneath. I like to make mine slightly smaller than this and get 17 rolls, I bake 12 in a rectangular pan and 5 in a small square pan.
6. Place cut side up in prepared baking pan, flattening them only slightly. The unbaked cinnamon rolls should not touch each other before rising and baking. Do not pack the unbaked cinnamon rolls closely together.
7. Cover and let rise in a warm place for approximately 45 to 60 minutes or until doubled in size (after rising, rolls should be touching each other and the sides of the pan).
8. Preheat oven to 350 degrees F or 180C and bake for 20-25 minutes.
9. Remove from oven and let cool slightly. Spread icing while still warm - they’re best served at this point. They are still fine at room temperature though if there are any left to cool down that long


Cinnamon Filling
1/2 cup butter, melted or softened
1 cup firmly-packed brown sugar
5 heaped tspns ground cinnamon
3/4 to 1 cup chopped nuts (optional)

Make cinnamon filling and set aside. 

Soften the butter; set aside. In a bowl, combine brown sugar and cinnamon; stir in chopped nuts (optional). You might like to sift the brown sugar and cinnamon to make sure you don’t have any large lumps.


I omit this frosting and I just used icing sugar glaze : dilute icing sugar with a little bit of water and drizzle on buns.



Make Cream Cheese Icing and set aside.
Cream Cheese Icing
2 ounces cream cheese, room temperature
1/4 cup butter, room temperature
1 cup icing sugar
1/2 teaspoons pure vanilla extract

In a medium bowl, combine cream cheese and butter until creamy. Add icing sugar, vanilla extract, until well mixed and creamy. Use the icing at room temperature.










Friday, February 18, 2011

homemade oreo vanilla ice cream




recipe from norlinda zakaria

Ingredients
500ml whipping cream
375ml condensed milk
3 egg yolk
4tsp vanilla essence
2 pcs oreo - cream removed and finely crushed
enough oreo biscuit - coarsely crushed

Method
1. In a mixing bowl, whip the cream until soft peaks form. Set aside.
2. In another bowl, beat the egg yolks until thick and pale. Stir in the condensed milk and vanilla. Fold in the whipped cream.
3. Take 2 pcs of oreo (cream removed) and finely crushed using a blender. Gently fold in the ice-cream mixture.
4. Pour into the container and freeze about 1 hour.
5. Remove from freezer then fold in the remaining coarsely crushed oreo. Continue freezing another 5 hours or until firm.



Thursday, February 17, 2011

spring roll



Ingredients
1 medium size turnip - sliced thinly into matchstick size
1 carrot - sliced thinly into matchstick size
1 egg
a handful of dried shrimp- soak, toss and pounded
2 -3 garlic - chopped
salt and pepper to taste
enough spring roll pastry

Method
1. In a wok heat the oil and fry garlic and dried shrimp and until fragrant.
2. Add in turnip and carrot. Fry till the water evaporate.
3. Break in the egg and let it cook. Do not stir at this point.
4. Combine all and stir till coated. Let cool completely before making the spring roll.




alhamdulillah ... these were prepared this afternoon for my neighbor Lina. she ordered 50pcs from me.







Friday, February 11, 2011

apam beras




resepi dari cha

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
5 helai daun pandan
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut digaul bersama sedikit garam

Cara-cara

1. Daun pandan di potong kecil dan di kisar bersama air dan tapis.
2. Kisar nasi  bersama air pandan sehingga hancur dan halus.
3. Setelah nasi hancur, masukkan gula dan kisar lagi sehingga sebati.
4. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
5. Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
perap selama 3 jam.
6. Masukkan dalam acuan kecil yang telah dilenser minyak dan dipanaskan. Kukus adunan selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.






Monday, February 7, 2011

kek oren perawan



resepi dari matgebu

Bahan-bahan
125g mentega
150g gula halus
3 biji telur
1 sb parutan kulit oren
1 sb jus oren
250g tepung naik sendiri*
1/2 st soda bikarbonat* (*digaul rata dan diayak)
1/2 cawan kismis, gaul dengan 1st tepung (agar kismis tidak mendap dlm kek)

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 4 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula halus hingga kembang, masukkan parutan kulit oren dan jusnya, putar sebati. 3. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
4. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masuk kismis dan gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
5. Uji dengan mencucuk lidi sate di tengah-tengah kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...