Tuesday, November 30, 2010

egg in toast


Bahan-bahan (untuk 1 set)
2 keping roti sandwich
1 telur
mentega (untuk di sapu pada roti)
serbuk lada hitam/putih
kicap
cookie cutter saiz besar atau gunakan apa-apa bekas bulat yang nipis contoh cawan atau bekas plastik

Cara-cara
1.Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat.
2.Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi.
3.Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Drizzle dengan sediki kicap ;-)










Monday, November 29, 2010

MAHA International 2010

photos taken during our visit to MAHA 2010 at MAEPS, Serdang


must have thing at any expos









baja untuk orang malas ada tauke?

pokok idaman abah

geramnya....
boleh bakar kek selalu :)
pokok johor... tak kenal..
kambing paling handsome di MAHA2010


beli la saya .... lelong dari RM1,500.00






Thursday, November 25, 2010

fairy bread


Ingredients
white bread
butter or magarine
 rainbow sprinkles

Method
1. Take out white bread, cut off the crusts. Or, leave them on.
2. Spread the bread slices evenly with butter or magarine.
3. Put sprinkles on top.
4. Slice in half, diagonally.
5. Baked until it is slghlty crispy or serve as it is.

chocolate rice version :-)







Tuesday, November 23, 2010

bun burger poket

resepi dari mamapanda

Bahan-bahan:
1 paket roti burger (6biji)
1 tin kecil sardin (di buang sos)
2 ula bawang ptih (dicincang)
1 labu bawang merah (dimayang)
1 biji cili hidup merah sebiji (hiris nipis)
sedikit mayonis
2 biji telur dikocok
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Tumis sardin yang telah dilenyek, bawang dan cili . Tumis sekejap sahaja dan apabila sejuk lumur dengan mayonis.
2. Bun burger dibelah dua dan dibuat poket tengah-tengah. Masukkan inti sardin tadi.
3. Celup hujung poket yang terbuka dengan telur kocok dan tekapkan pada kuali yang telah diletak sedikit minyak. Tekan sedikit roti pada kuali supaya tidak menyerap minyak. Apabila telah tertutup poket boleh di angkat.







Monday, November 22, 2010

daging masak kicap


resepi dari seorang junior dan roommate Hasrina Bakar. daging pula adalah daging qurban pemberian dari jiran. thank you ladies.

tidak ada sukatan yang tepat. resepi agak2 :-)

Bahan-bahan
daging lembu
lada hitam kasar
kicap lemak manis
kicap pekat
cili kering *
bawang besar *
kulit kayu manis
bunga lawang

Cara-cara
1. Daging direbus hingga lembut dan toskan. Hiris nipis dan perapkan dengan lada hitam kasar dan sedikit kicap manis selama 1/2 jam.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Tumis bahan kisar dan masukkan kayu manis dan bunga lawang. Tambah kicap manis dan kicap pekat.
4. Masukkan daging yang telah di perap tadi dan perisakan garam dan gula jika perlu.





Wednesday, November 17, 2010

kek pisang gebu berkeju

resepi dari jintanmanis

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak jagung
esen vanila
2 biji telur
1 cawan keju cheddar parut (I added)

Hiasan
hirisan pisang
sedikit gula perang

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3. Masukkan keju parut dan gaul menggunakan spatula.
4. Hias dengan hirisan pisang dan tabur gula perang.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak, curah dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan.

adunan yang telah siap di bancuh



baru keluar dari oven


setelah dipotong tak sempat raya :)







Tuesday, November 16, 2010

eid ul adha mubarak


image from google

Eid Mubarak to all Muslims on the occassion of Eid ul Adha
*the Feast of Sacrifice* which is tomorrow for Malaysia.

May Allah accept from us & you;
and accept the Hajj of all those who went to perform it.

Ameen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...