Thursday, November 22, 2012

as suwayq castle

kalau berkunjung ke oman tak sah kiranya tak melawat kubu dan istana lama. alhamdulillah dapat juga huda merasa masuk ke dalam kubu/istana. semua kubu/istana lama di oman ni lebih kurang saja bentuk dan rupa dia. istana ni sempat kami lawat dalam perjalan ke dubai. al suwaiq (arabic: السويق‎)  merupakan sebuah bandar di persisiran pantai yang terletak di wilayah al batinah. lebih kurang 121km dari muscat. istana ni menghadap laut.

  

daun hijau kat atas tu di jual untuk makanan kambing. tak pasti la apa nama dia.



kami sampai awal, istana belum di buka lagi. sementara menunggu penjaga istana datang kami singgah gerai jual kuih-kuih dan pekena 'chai' (teh susu). bagi segar sikit badan dan mata sebab jauh lagi perjalanan ke dubai.



setiap kubu/istana selalunya lengkap dengan penjara, bilik stor penyimpanan kurma, menara kawalan, bilik tidur dan majlis.


 bergambar kenangan di atas tangga salah satu menara tinjaun
bukan senang nak kumpul budak-budak ni semua :-) 

dengan ini berakhir lah cerita cuti-cuti oman bersama su & huda ...

lepas ni cerita dubai pula ..

Wednesday, November 21, 2012

muffin pisang



memang lembut muffin ni. tesktur tak sama dengan ck sebab mala belasah pisang tu tak sukat 3/4 cawan. nak perabih punya pasal. jadi moist muffin ni :-)


resepi dari cendanakasih

Bahan-bahan
1 cwn tepung naik sendiri*
1 st baking powder*
1/2 st soda bikarbonat* di ayak bersama
1/2 cwn gula
1 biji telur
3/4 cwn pisang lenyek
1/4 cwn minyak sayur
1 st esen pisang/vanila
coklat rice/chip - hiasan

versi coklat - 2sb serbuk koko + tepung di jadikan 1 cwn

Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan pisang, minyak dan esen. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan ayak dan gaul rata.
4. Sendukkan ke dalam papercup.
5. Tabur coklat rice/chip
6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.

Tuesday, November 20, 2012

bait al zubair

bait al zubair atau rumah al zubair adalah sebuah musuem persendirian yang di buka kepada umum pada tahun 1998. di asaskan sepenuhnya oleh keluarga zubair. musuem ni mempamerkan artifaks omani yang di anggap sebagai koleksi terbaik di miliki oleh pihak persendirian.



yang sebenaqnya tak boleh ambik gambaq dalam musuem. :-)

yang kat luaq ni boleh ambik gambaq . miniture perkampungan oman zaman dahulu kala dengan sistem falaj untuk kegunaan harian dan ladang kurma.


yang ini pula salah satu bangunan yang menempatkan barang-barang rumah. yang ni dia bagi ambik gambaq.


Sunday, November 18, 2012

bimma sinkhole

salah satu tempat yang mala idam-idam sangat nak pergi dan tengok sendiri sekiranya dapat peluang menetap di sini iaitu bimma sinkhole (melayu panggil apa ek? lubang tenggelam?) di dunia hanya terdapat beberapa saja sinkhole. boleh baca lebih lanjut di sini.


keajaiban alam semula jadi dunia ... sangat menakjubkan ... 

sinkhole terjadi apabila terdapat pergerakan pada muka bumi dan dengan keadaan yang tidak stabil kawasan terbabit runtuh/tenggelam dan membentuk lubang. kawasan bimma sinkhole ni terdiri dari batu kapur ...... macam belajar geografi pulak!  >>>>>>>>>>>>>>> dengan keluasan 500 meter - 40 meter lebar - 20 meter dalam, sinkhole ini di kata mempunyai terowong semulajadi yang bersambung dengan laut.belum pernah ada penyelam yang berjaya menyelam menerusi terowong tersebut dan tembus ke laut. air di dalam sinkhole ni air masin laut. dari jauh air  ni nampak sangat hijau kebiruan. sangat cantik!


dari dam wadi dayqah kami terus mencari bimma sinkhole. ini merupakan destinasi ke3 kami selepas sultan qaboos grand mosque dan dam wadi dayqah. sampai saja kat kawasan park terus cari port bawah pokok untuk rehat dan makan. budak-budak dah tak sabar nak turun. kita makan dulu lagi pun tengah panaih rembang! menu untuk piknic tengahari ni bihun goreng. semua selamat!

 

hijau biru kan air dia .. ? sambil duduk-duduk kat atas batu tu ada ikan-ikan kecik mai segala daki yang ada di kaki. tak gaduh nak pi fish spa!



nampak haluih ja orang dok turun tangga ... lengguh lutut gak la nak naik tangga tu


budak-budak oman dok seronok main lawan terjun. tinggi tu! seriau! tapi depa suka sebab pengujung semua dok bersorak bagi semangat!




susahnya la nak suruh budak-budak ni jangan bergerak dalam 5 seconds

puas hati berendam ....







Friday, November 16, 2012

wadi dayqah dam


setelah selamat hantar su di airport kami meneruskan perjalanan ke dam wadi dayqah. rumah di muscat ... gerak ke sultan qaboos grand mosque kemudian ke airport yang terletak di seeb (arrow merah) dari airport patah balik ke wilayah quriyat tanda A kawasan merah.



dam wadi dayqah merupakan dam terbesar di oman yang terletak di wilayah quriyat. dengan kapasiti simpanan lebih kurang 100mn cu m. kawasan tasik merangkumi keluasan sekitar 350 hektar dan sepanjang 6km dari dam utama. kajian teknikal untuk projek dam di inisiatif oleh kerajaan oman pada tahun 1978 untuk kajian penyimpanan air banjir. 

jangan tak tau kalau hujan lebat kat sini banjir kak! teruk-teruknya. cuba google  gonu klik imej. taufan gonu mengganas sekitar bulan jun 2007. lebih kurang 30 korban nyawa. kemusnahan yang di tanggung tak terkata. rata-rata proses pembaikan bangunan dan infrastruktur ambik masa dalam 2 tahun.

air dari dam ni di salur secara percuma pada penduduk wilayah quriyat untuk aktiviti agrikultur.

 

budak-budak ambik kesempatan ikut abah dia turun merasa air dam. mama malas nak turun tunggu dalam kereta saja sebab dah panas. lepas ni sambung jalan lagi.



Thursday, November 15, 2012

sheikh hussein yee di muscat


semalam kami berkesempatan menghadirkan diri ke satu ceramah umum di masjid sultan qaboos. pendakwah sheikh hussein yee di bawa ke muscat oleh kerajaan oman untuk sesi ceramah umum selama 3 malam berturut-turut.

sedikit pengenalan berkenaan huseein yee. beliau adalah warga malaysia berturunan cina. memeluk islam ketika berumur 18 tahun pada tahun 1968. beliau merupakan presiden pertubuhan al khaadem di malaysia

kami juga menyaksikan seorang wanita warga filipina melafazkan dua khalimah syahadah semasa sesi soal jawab. saat yang cukup indah dan bermakna. bergenang air mata .....

apam polkadot diwali



memenuhi jemputan makan tengahri ni sempena diwali di rumah member. buat la apam polkadot diwali ni sebagai buah tangan.

pernah buat sekali dah apam ni... macam nak patah pinggang. ni kali kedua buat pun macam nak patah pinggang. tapi tak pa untuk kawan punya pasal. saja nak bagi meriah.


resepi dari sheely

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/cair
3 sk baking powder
1 sk ovalette
1 st esen vanilla (tambah)
pewarna

filling - blueberry/strawberry/kaya/coklatcip

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan dan kacau rata.
3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag dan picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja. Letakkan filling secukupnya. (untuk memudahkan proses memasukkan filling masukkan filling ke dalam plastik/piping bag kemudian picitkan)
4. Picit lagi adunan sama atau berbeza sehingga hampir penuh.
5. Akhirnya sekali picitkan dot-dot  atau corak pilihan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15minit atau sehingga masak pada api sederhana. Tudung pengukus hendaklah dibalut kain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...