Sunday, December 8, 2013

kek gula hangus


salah satu kuih yang mala sediakan untuk kuliah bersama prof kamil. resepi ni sangat sesuai kalau ada yang nak buat meniaga atau majlis keramaian. hasil dia gebu, lembut dan besaq. kira lumayan la hehehe.

resepi dari zairiasrul

Bahan-bahan (loyang 9x9x3)
2 cwn gula
2 cwn air panas
2 sb marjerin - mala guna mentega
1 cwn susu pekat
6 biji telur - saiz B
2 cwn tepung gandum - diayak
2 sb soda bikarbonat - diayak
1 st esen vanila 

Cara-cara
1. Hanguskan gula di dalam non-stick pan. Tuang air panas perlahan-lahan dan kacau sehingga gula cair kembali. Sejukkan
2. Pukul mentega dan susu pekat sehingga sebati.
3. Masukan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul sebati.
4. Masukan esen vanila.
5. Masukan tepung gandum dan soda bikarbonat.
6. Akhir sekali masukan gula yang telah dihanguskan tadi. Kacau hingga sebati
7. Untuk mendapatkan kek yang gebu. Perap adunan minimum selama 1 jam (mala perap 4jam)
8. Bakar dalam oven 170C selama 45 minit. Mengikut oven masing-masing.

8 comments:

  1. wahhh dah boleh buat sarang dah ni hiii.. semut2 pun suka hiiii.. cantik la tengok.. lama dah tak buat kek ni

    ReplyDelete
  2. nampak sedap la kek gula hangus ni...

    ReplyDelete
  3. assalam
    cantik bersarang, wat minum ptg pun sodappp ni

    ReplyDelete
  4. Mmg sedap kek ni...kek sepanjang zaman nih..:-)

    ReplyDelete
  5. lama dah nak buat...tak terbuat....;)

    ReplyDelete
  6. salam mala
    cantik sgt2 kek gula hangus tu...npk jelas sarang2nye....

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaaaaaaa....aku first time buat raya tuh hari....tapi tak jadi sarang dia tuh...rupanya kena tunggu dulu before baking...tapi rasa sedap,...cuma takdak sarang.....kalo rajen nak buat la next week aku clear cuti...yahoooooo....heheheh

    ReplyDelete
  8. Cantiknya rumah semut Sis Mala..
    kalau semut masuk sure tak mahu keluar.. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...