Monday, June 11, 2012

terung goreng telur berkicap


lauk yang ringkas dan sedap. boleh terlupa lauk lain sebab ralit dok makan terung saja, terpepak cili dan bawang. fuh!

resepi dari ietabeepee

Bahan-bahan
1 biji terung panjang ( saiz besar)
1 biji bawang besar - dihiris
5 - 10 biji cili padi - di hiris
kicap lemak manis 
1 biji telur
secubit garam

Cara-cara
1. Buang kulit terung berselang seli atau ikut suka.
2. Potong terung 3 atau 4 bahagian sebelum di belah 6.
3. Celup terung ke dalam telur dan goreng hingga terung masak.
4. Dalam pinggan satukan terung, bawangda n cili kemudian tuangkan kicap dan gaul.

Friday, June 8, 2012

after school snack


snek mudah untuk budak lepas balik sekolah. walaupun dah makan nasi masih mencari benda nak makan, nak mengunyah. bukak fridge bukak segala tupperware yang ada kat rumah walaupun dah tau tak ada benda nak di kunyah ... :)

roti panjang perancis
tuna dalam minyak bunga matahari
mayonis
keju
sos tomato

senang saja nak buat ...

hiris roti dalam1/2 inci.
tuna di gaul rata bersama mayonis. agak-agak saja kuantiti mayonis.
sapu tuna dan mayo atas roti.
tabur/susun keju.
bakar 180C - 200C dalam 10 minit sampai garing dan keju cair.
dah garing keluarkan dari oven. letak sikit sos tomato.






Thursday, June 7, 2012

kek pisang blended



dah lama tak buat kek. ada kot 2 bulan. ni yang pertama dari oman.

pergi carrefour beli pisang. cepat saja habis macam tak pernah makan pisang. dok esok tanya pisang ada lagi tak? mama kata dah habih nanti kita beli lagi.

the following week pi carrefour lagi dan beli pisang lagi. makan jugak tapi tinggal dua biji. tak sentuh-sentuh seminggu dok melangut dalam fridge sampai hitam legam. nampak gaya pisang ni dalam sehari dua nak kena masuk cik tong dah ni.

google resepi kek pisang blended. cari resepi yang guna minyak dan pengisar. yang senang nak buat la. keluar rahel punya resepi. apa lagi terus buat dapat 12 biji. gebu dan lembut! buat minum petang, bagi jiran 'bujang' 2 biji, aimi dan abah buat bekal sekolah dan office sorang sebijik.

resepi dari rahel

Bahan-bahan
150g pisang ranum*
180g minyak jagung*
3 biji telur gred B*
1 cwn gula kastor*
1 st esen vanilla* - I added
1 1/2 cwn tepung gandum }
1st baking powder }
1/4 st soda bikarbonat } disatukan dan diayak

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada 160C selama 15minit.
2. Kisar bahan* sehingga halus selama 10 saat.
3. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata.
5. Tuang ke dalam loyang dan bakar 160C selama 1jam atau sehingga masak.

mamat ni menyelit lagi ;-) 
budak ni posing saja lebih tapi makan separuh saja.

Sunday, June 3, 2012

nasi ayam panggang

inspirasi dari huda ...

menjamu seorang jiran dari rumah transit dan juga jiran di rumah tetap. oh ya... kami dah pindah masuk rumah tetap. jiran ni lone ranger kat muscat dah dekat 3 bulan. kesian dia tau. hari-hari makan maggi. siap offer la kat kami nak maggi tak :) hahaha tengah bulan ni baru famili nak datang. jemput la dia makan nasi sebelum pergi sembahyang jumaat.

mala buat dua ekor ayam. dinner pun nasi ayam juga. sekor guna resepi huda, sekor lagi kicap madu. gambar nasi tak snap ...


Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1 btg serai
2" halia
2" lengkuas - x letak
5 biji cili padi
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk lada putih
garam secukupnya

Rempah tabur untuk ayam
1 sb garam + 1/2 sb serbuk lada hitam + 1/2 sb serbuk lada putih + 1/2 sb serbuk bawang putih + 1 sb serbuk halia

Sambal
10 biji lada merah
2 ulas bwg putih
1" halia
1/4 cwn cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Bawang besar dipotong empat. Bawang putih, serai, halia, lengkuas dan cili padi diketuk.
2. Masukkan semuanya ke dalam periuk dan isikan air secukupnya.
3. Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan didihkan air.
4. Kecilkan api dan masukkan ayam. Renehkan selama 15 minit. Keluarkan ayam.
5. Satukan rempah tabur untuk ayam dan gaul rata. Lumurkan rempah pada ayam dengan rata.
6. Masukkan ke dalam oven bersuhu 180C dan panggang hingga ayam garing. guna rotisseries
7. Sambal - Kisarkan semua dan sesuaikan rasa masin dan manis. Siap untuk dihidang bersama ulaman yang disukai.

  • Gunakan air rebusan untuk memasak nasi. tambah serbuk kunyit untuk warna kuning
  • Asingkan sedikit air rebusan dan tambahkan kicap.
  • Selebihnya untuk sup. tambah celery, carrot, kentang.


adam nak posing jugak :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...