kek kembali ke sekolah
adam chom ja ntah apa yang dia tak puas hati ..
daniel (almost 11 months) pun nak posing dengan kek :-)
saja-saja buat kek coklat untuk budak-budak makan ...esok kakak ada orientasi tingkatan 1, lusa adam pula untuk darjah satu. hemmmm sekejap saja masa berlalu.
resepi dari fendi75
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang
Bahan A
1 sk esen vanila
1 1/2 cwn susu segar perisa coklat (I used 1c chocolate milk + 1/2c milk)
1/2 cwn air + 2 sk nescafe
Bahan B - di ayak
2 sk sodium bicarbonate
1 sk baking powder
1/2 cwn serbuk koko
2 cwn tepung gandum
Bahan Topping
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
1 sb minyak masak (I used butter)
Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Kemudian masukkan minyak masak.
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak.
Untuk topping - Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecil panaskan sehingga cair dan gaul sebati. (boleh juga microwave) Tuang ke atas kek yang dah sejuk.
.
.
.
.
ttfn
mala
nak back to school pun dapat cake ker? bertuahnya anak2 sekarang. Mala, sepatutnya you buat cake in the form of beg sekolah or books. hehehe
ReplyDeleteBagi semangat ye. Hehe.. Slamat bersekolah balik anak2 yee
ReplyDeletewah..menarik ni..hehe
ReplyDeletekakjee - tak pandai nak buat kek canggih2 hahaha
ReplyDeleteizah - lebih kurang hehehe
anna - tq