Friday, December 16, 2011

donut lembut hasue




jom makan donut! bawak kopi/teh sendiri naa ....

resepi dari hasue

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/ tepung gandum
1 pkt yis segera (11gram)
1 sb (penuh) shortening
2 sb (penuh) gula pasir
2 sb susu pekat/tepung 
1 biji telur
1/2 st garam
gula halus atau topping kegemaran anda
190ml- 200ml air suam kuku (bergantung pada kualiti tepung) 

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati dikacau satu arah sahaja menggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. 
6. Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng. 
7. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sebab adunan mengandungi telur)
8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran.
.
.
.
.
ttfn
mala

7 comments:

  1. as-salam mala
    mala apa khabar..dah lama mala tak updata blog mala ni..hari ni baru npk..npk gebu donut tu..anak2 memang suka mkn donut, cuma belum pernah buat donut..

    ReplyDelete
  2. Dok tayang2...tak nak ke tapaukan tuk akak bawak balik...boleh buat minum petang nanti...:)

    ReplyDelete
  3. wasalam ady - kl hujan .. sedap makan donut!

    cc - dah siap bungkuih ni!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    donut ni salah satu feberet jugak sebab simple kan kaedah nya. tak perlu tunggu lama sanat dah boleh makan donut. cantik gambar. sukeee tengok donut tu posing

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    nampak gebu donut tu..dah lama rasanya nak mendonut..my kids pun suka.trm kasih krn mencuba..hrp kena dgn selera mala sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  6. Wasalam izah & hasue
    Donut mmg anak2 suka. Terima kasih sudi singgah sini.

    ReplyDelete
  7. Kalau bawak Neskepe leh? Hehehe.. Sedap memang donut ni... lembut je. Semalam bawakkan satu bekas, habis semuanya. Alhamdulillah. Thanks to Hasue...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...