Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
2 cwn kurma (buang biji, hiris dan sukat)
1 ketul mentega Golden Churn
1 cwn gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
- untuk gula hangus
½ cwn gula
1 susu besar air
Cara-cara:
Sediakan 3 mangkuk untuk bancuhan. Setiap satu untuk bancuhan tepung, gula + mentega dan telur + esen vanilla.
1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan bicarbonate of soda. Gaulkan kurma ke dalam tepung. Pastikan setiap butir kurma disalut tepung dengan rata. Ketepikan dahulu.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Ketepikan.
3. Pukul telur hingga naik dan campurkan esen vanilla.
4. Satukan bancuhan gula dan mentega dengan bancuhan telur. Sebatikan keduanya.
5. Masukkan satu senduk campuran tepung ke dalam adunan di atas, gaul rata dan ulangi hingga campuran tepung habis. Ketepikan.
6. Permukaan kuali / periuk kecil, letakkan sesudu air dan tuang gula. Masakkan gula di atas api sederhana sehingga gula menjadi cair dan berwarna hitam. Tutup api dan tuangkan terus ke dalam adunan tadi. Lakukan berhati-hati kerana percikan air gula sangat panas. Gaul rata.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan dilengser dengan mentega. Bungkus kemas dengan aluminium foil. Pastikan foil tidak berlubang ataupun terkoyak.
8. Pastikan air kukusan sudah sedia mendidih. Kukuskan kek selama 3 jam. Tambahkan air kukusan dengan air mendidih kira-kira 1 ½ jam selepas mula mengukus.
9. Hati-hati dengan wap dan air panas ketika mengalih kukusan. Pastikan masa kukusan dengan betul supaya air kukusan tidak kering dan waktu kukusan tidak melampui 3 jam. Sekiranya berlaku, kek akan kering atau hangus.
adunan yang telah siap & di tutup dgn foil dan diikat rapi supaya wap tidak masuk kedalam kek
selamat raya. dah balik kg ke?
ReplyDelete