Tuesday, September 21, 2010

acar ikan kurau


Bahan-bahannya

500gm isi ikan kurau kering (di rendam sebentar dalam air panas dan toskan)
6 ulas bawang putih dikupas dan dibelah dua
6 ulas bawang kecil dikupas dan dibelah dua
3cm halis - hiris halus
1 sudu kecil biji sawi
8 - 10 biji cili padi - di belah dua
4 tangkai  daun kari
sedikit gula
sedikit gula merah
4 sudu besar cuka

Bahan-bahan giling
10 tangkai cili kering (dibelas dua dan rebus)
2 biji bawang besar
sedikit kunyit hidup

Bahan-bahan rempah
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar

Cara memasak
1. Ikan kering digoreng separuh masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan giling. Biar sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau dan biar sampai naik bau wangi.
4. Masukkan ikan kering, bawang kecil, bawang putih, cili padi dan daun kari. Kacau rata dan biarkan sebentar.
5. Masukkan gula merah, gula dan cuka secukup rasa serta sedikit air.
6. Masak sehingga kering.

Tips: Minyak untuk menumis boleh dilebihkan sedikit supaya acar lebih tahan lama (disimpan dalam peti sejuk). Acar bertambah sedap jika dimakan selepas satu hari apabila semua rasa dah sebati.




1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...