Monday, July 5, 2010

puding roti





Bahan A
8g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
3 cawan air

Bahan B
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manit
170ml susu cair
1/2 cawan air
2 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh pes pandan

Cara-cara

Didihkan semua bahan A hingga larut.
Kisar semua bahan B. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah di didih tadi.
Masukkan mentega dan kacau rata sehingga mendidih dan matikan api.
Bahagi kepada dua adunan. Adunan pertama dicampurkan pes pandan dan kacau rata. Adunan kedua dimasukkan serbuk koko dan kacau rata.
Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli. Satu senduk setiap adunan.
Proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan puding cepat membeku.
Setelah siap bolehlah di simpan di alam peti sejuk sekurang-kurangnya selama sejam.
Enak dimakan ketika sejuk.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...