Sunday, August 12, 2012

eid mubarak dari muscat


nak raya dah ?? hehehe lama tak keluar sini :) 2 bulan ... sebabnya sejak pindah rumah ni, lepas 1.5 bulan baru masuk line talipon. sampai la belum ada internet. dah dekat 3 bulan. sementara tak dak home internet kita pakai prepaid. bila tak larat nak top up kita dok diam. dah sebulan tak online, tak tahan dah pi reload. kali ni ambik OR12 untuk umlimited usage dari 11pm - 8am. nak upload gambaq kena time ni la. dok berjegey lepaih soq!

gambaq masak-masak (macam la banyak) kita peram dulu la bila tak dak cerita nanti. kali ni kita tengok kurma merah dan juadah berbuka dari orang oman.


kakak dan adam posing bawah pokok kurma merah di kawasan masjid
ada yang komen kat FB kata rendahnya buah
sebenaqnya buah paras lutut pun ada


sebelum puasa hari tu ke pasar beli stok ikan. singgah ke bahagian sayur dan buah.
beli kurma merah dan buah riang (utara sebut ...ghriang) dah lama dok perati buah ghriang ni. dalam hati dok kata macam pernah tengok buah ni. masa beli kurma pakcik yang jual tu bagi rasa, laaa ... buah ghriang! lama dah tak makan dan nampak buah ni. ada kot 30 tahun!! rasa dia kelat masam manis amaran! makan buah ni jangan bagi kena baju! pupus dah kot pokok ni

husband ada berkenalan dengan seorang lelaki oman di masjid. dia tegur dalam bahasa melayu. rupanya kami berjiran. lelaki ni tengah buat master kat UIA. berkahwin dengan orang jelutong, penang. bila dah sembang-sembang dia dapat tau mala dulu pernah tinggal di jelutong bukan main ecxcited lagi. terus ajak dinner kat rumah. keluarga ni sangat open minded dan peramah.



juadah berbuka pertama

harees (yang putih, ni kira bubur ), omani soup (rasa masam), onion salad (hirisan bawang, cili padi, cuka) lamb kabuli (nasi kabuli kambing ada kacang kuda)
http://en.wikipedia.org/wiki/Harees


ini pulak judah yang kedua hari khamis yang lepas

harees yang berempah (warna oren), sebelah yang kuning tu tak tau apa benda, yang bekas kecik tu sup.

sangat la banyak makanan yang di bagi tu. boleh buat kenduri. tak habis makan. cuma sup saja yang habis. dah simpan fridge, perangat 2 -3 hari pun tak habis jugak.

ok la setakat ni saja ... yang nak balik kampung tu hati-hati memandu. tahun ni cheq tak balik. biskut raya pun cheq malaih nak buat sebab selalu dok kena perabih sorang.  tahun depan inshaAllah.


selamat hari raya
maaf zahir batin

26 comments:

  1. salam mala..selamat hari raya maaf zahir dan batin ..wow ..minta sikit kurma fresh tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam azumaya, sedap kurma fresh. yang merah ni rasa lemak manis.

      Delete
  2. selamat hari raya Mala...tahun ni beraya di perantauan yer...mesti dh pandai masak makanan orang sana...nanti balik sini, masakkan utk kita yer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak makanan arab tak pandai, makan pandai hehehe

      Delete
  3. eid mubarak juga untuk mala di oman. beraya diperantauan lah ya. geramnya tengok kurma fresh. apa perbezaan besar kurma oman dgn madinah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mala tak pandai la sangat jenis2 kurma ni tapi kurma madinah la yang terbaik dan termahal. mmg sedap berbuka dgn kurma fresh simpan dalam peti ais.

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Mala and family. Miss you guys.

    ReplyDelete
  5. Fresh nye kurma tu... food tu seme makanan orang Oman ye mala. Fuh dasat gak menu depa kan.

    ReplyDelete
  6. Mala, kalau aku jadik hang... memang akan aku mintak belajor masak-masak lauk arab nih. Nak tanya kat orang arab... takde yang kenal.
    Selamat kembali beronline walaupun terpaksa berjegey... ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan la huda. depa ni kaya. bapak dia ni bekas menteri. dah pencen. rumah mak ai siap ada tempat ambik wuduk macam kat masjid. swimming pool bagai. kebun kurma sendiri. madu sendiri ... pekerja dia punya la ramai.

      Delete
  7. selamat berpuasa dan salam aidilfitri Mala
    lama x bersiaran ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe lama ... tension betul tak ada tenet ni

      Delete
  8. Salam aidil fitri dari Sabah ni Mala, maaf lambat kunjung balasnya. Line tenet kat rumah akak pula ada quotanya, tengah bulan nanti baru laju. Celcom 3G pun mengong jugak nak2 raya ni, tu yg akak tak dpt online selalu.
    Bestnya makanan arab ni, akak teringin nak makan di restoran Arab bila balik raya nanti. Asyik tengok kat blog kwn je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak dah restoren arab kat kl .. try la Saba di Jelatek/cyberjaya

      Delete
  9. alaaaa...lupa nak bgtau, akak add link kat blog tau. blogger jauh2 ni susah nak jumpa..hehe.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya.. Padan la dah lama x nmpk updated Blog yer.. pindah rmh baru rupanya..

    ReplyDelete
  11. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Mala sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap .

    ReplyDelete
  12. selamat hariraya Mala..maaf zahir batin..tak sangka disana pun ada buah keriang...bila nak balik malayssia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...